BAB 2

Romance Series 7330

"Sofea,aku dengar tak lama lagi Tan Sri nak serahkan jawatan CEO kat anak dia betul ke?"

"Ish kau ni sibuklah Rai. Aku manalah tau." Balas Sofea sambil menjeling kawannya yang busy body itu.

"Alah kau kan PA Tan Sri mesti kau tau dulu apa-apa info syarikat. Eh jap, nanti kau jadi PA anak dia lah pulak kan?" Tanya Raihana lagi.

"Eeee kau ni aku tak tau lah....tapikan aku rasa aku tak nak lah jadi PA anak dia."kata Sofea kepada Raihana dengan suara mendatar.

"Eh asal pulak? Kau ada masalah ke dengan anak dia? Yelah kan kau dah macam keluarga dengan keluarga Tan Sri tu." Soal Raihana pelik sambil mengerutkan mukanya.

"Aku bukan apa Rai, memanglah aku dah macam keluarga dengan Tan Sri tu tapi kau pun tau kan yang anak dia tu bencikan aku." Air muka Sofea berubah sedih saat menjawab pertanyaan Raihana.

"Hmmm.....habis tu kau nak resign ke kalau Tan Sri serahkan syarikat ni ke anak dia?"

"Kalau ikutkan perancangan aku macam tu lah tapi aku kene tanya Tan Sri dulu takut dia tak benarkan."

"Ikut kau lah Sofea. Aku sokong je apa yang kau nak buat asalkan kau bahagia." Ujar Raihana sambil mengusap lengan sahabatnya itu.

Dalam mereka sibuk melayan perasaan itu, tiba-tiba interkom di meja Sofea berkelip
"Sofea masuk bilik uncle sekarang." Kata Tan Sri Engku Azman Malik kepada Sofea melalui interkom.

"Okaylah Rai kau sambunglah kerja kau aku nak pergi jumpa Tan Sri kejap"ujarnya kepada Rai lantas bangun dan menuju ke bilik Tan Sri Engku Azman Malik.

Raihana hanya membalas kata-kata kawannya itu dengan isyarat okay di jarinya sambil tersenyum.

"Uncle nak jumpa saya?" Soal Sofea setelah di benarkan masuk oleh Tan Sri Engku Azman Malik.

"Ye Sofea, uncle ada something nak bincang dengan Sofea. Have a sit!" Jawab Uncle Malik sambil menayangkan senyuman nipis di bibirnya.

"Uncle nak bincang apa dengan Sofea pasal projek dekat Bangi tu ke?" Soal Sofea sejurus dia melabuhkan duduknya di atas kerusi di hadapan meja Uncle Malik.

"Bukan pasal projek tu Sofea, projek tu okay je dan nak siap dah pun. Uncle nak bincang pasal pewarisan syarikat ni."

"Ouh! Uncle nak bincang apa dengan Sofea?"

"Macam ni Sofea tahu kan tak lama lagi Rayyan akan balik Malaysia and waris syarikat ni?"

"Tahu uncle."

"So, uncle and auntie dah decided nak letakkan syarat sebelum dia boleh waris syarikat ni. Sebab uncle dengan auntie tak nak syarikat ni rugi gara-gara girlfriend kesayangan dia tu Dian."

"Jadi apa syaratnya and apa kaitannya dengan Sofea?" Soal Sofea yang masih kebingungan dan dalam masa yang sama dia merasakan ada sesuatu yang tak kena.

"Syaratnya kalau doa nak waris syarikat ni, dia kena kahwin dengan Dian selama setahun. Kalau dia tak setuju syarikat ni akan jadi hak milik Sofea sepenuhnya. So, Sofea setuju dengan syarat uncle dan auntie?"

Terkejut bukan kepalang Sofea mendengar syarat yang diletakkan oleh Uncle Malik tapi dia cuba mengawal reaksinya.

" Sofea tiada bantahan uncle tapi Rayyan mesti bantah sekeras-kerasnya syarat uncle ni.Lagipun uncle tau kan dari dulu lagi Rayyan bencikan Sofea and uncle pun tahukan Dian is his first love. So, impossible for him to let her go just like that." Kata Sofea dengan nada serius.

Sejujurnya dia sendiri tidak setuju dengan syarat Uncle Malik, tapi dia kesiankan Uncle Malik dan Auntie Bella yang telah banyak berkorban untuk keluarganya.

"Uncle tahu dia akan bantah untuk kahwin dengan Sofea. Tapi bila melibatkan pewarisan syarikat dan harta dia sanggup lakukan apa sahaja. Sofea pun tahukan kenapa Dian bercinta dengan Rayyan sebab dia tahu Rayyan pewaris tunggal AM Holdings."

"Yeah I know about that. Tapi Sofea tak jamin yang perkahwinan kami akan kekal selama setahun uncle."

"Macam uncle cakap tadi kalau perkahwinan kamu tak kekal selama setahun syarikat ni akan diwariskan kepada kamu."

"It's up to you Uncle. Sofea ikut je as long as both you and auntie are happy." Kata Sofea tanpa perasaan sambil menayangkan senyuman tipis kepada Uncle Malik.

"Sofea jangan risau, uncle takkan biarkan dia menyakiti Sofea." Ujar Uncle Malik meyakinkan Sofea.

"Okay uncle,kalau takde apa- apa lagi Sofea balik ke meja Sofea dulu sebab Sofea ade banyak kerja nak buat."

"Nothing more Sofea.You may go now." Jawab Uncle Malik dengan senyuman manis diberikan kepada Sofea.

Sofea lantas bangun untuk keluar dari bilik Uncle Malik. Sebelum keluar, dia memberikan tunduk hormat kepada Uncle Malik dengan senyuman manis di bibirnya.

Setelah keluar dari bilik Uncle Malik, Sofea melangkah longlai ke mejanya. Dia sendiri rungsing memikirkan syarat yang diutarakan oleh Uncle Malik.

"Kau okay ke Sofea? Tan Sri cakap apa kat kau?" Tanya Raihana kepada Sofea setelah melihat sahabatnya yang kelihatan murung itu.

Sofea hanya membiarkan soalan Raihana sepi. Dia bangun menuju ke pantri untuk membuat secawan kopi dengan harapan dia dapat menenangkan dirinya sedikit.

Semalam sis busy so sis uptade chapter 2 hari ni...happy reading novel lovers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience