BAB 13

Romance Series 7330

Sofea mencelikkan matanya apabila azan subuh berkumandang. Dia mengangkat wajahnya untuk melihat wajah Rayyan yang begitu dekat dengannya. Kelihatan Rayyan sedang tidur dengan nyenyak. Dia mula meneliti wajah Rayyan.

"Awak ni handsome sangat Rayyan. Perfect sangat. Sebab tu dari dulu lagi saya jatuh cinta dengan awak. Tapi disebabkan awak benci saya, saya pendamkan perasaan saya. Sebab tu saya pilih untuk sambung belajar kat Malaysia je. Saya ingat bila awak balik ke sini awak dah tak benci saya. Tapi sangkaan saya meleset sebab awak makin bencikan saya dan memilih untuk mencintai Dian. Kenapa awak bencikan saya Rayyan? Tak boleh ke awak cuba mencintai saya?" Ujar Sofea dalam nada sebak. Dia sehabis baik cuba untuk tidak mengalirkan air matanya.

"Saya ada alasan tersendiri kenapa saya benci awak Sofea. Dan saya boleh cuba untuk buka hati saya untuk awak tapi dengan satu syarat." Ujar Rayyan tiba-tiba dalam keadaan matanya masih tertutup.

Sofea yang terkejut terus mengalihakn pandangannya dan ingin memusingkan badannya membelakanginya Rayyan. Namun pelukan Rayyan yang kejap mematikan pergerakkannya.

"Er.... Awak boleh abaikan je apa yang saya cakap tadi saya masih mamai lagi tu yang saya cakap entah apa-apa tadi." Ujar Sofea tergagap-gagap kerana mahu menutup malunya.

"Saya serius Sofea kalau awak terima syarat saya, saya boleh cuba mencintai awak macam mana saya mencintai Dian."

"Apa syarat awak?"

"Panggil saya abang" ujar Rayyan sambil tenung anak mata Sofea.

"Panggil awak abang?"

"Yelah sebab saya kan suami awak. Kalau awak tak nak panggil saya abang awak boleh panggil saya baby atau sayang."

"Er.... Perlu ke?? Saya rasa nak muntah dengar panggilan macam tu"

"Eh dah mual-mual ke? Bila kita making the baby?" Ujar Rayyan sengaja mahu mengusik Sofea.

"Ke situ pulak awak ni. Dah lah tepi sikit saya nak pergi tandas ni kejao lagi nurse datang nak buat check up." Ujar Sofea seraya menolak tangan Rayyan yang melingkari pinggangnya.

"Panggil saya abang dulu baru saya lepaskan."

"Ish mengadalah awak ni. Sana lah"

"Kalau tak nak tak pe. Biarlah nurse tu check up awak dalam keadaan macam ni." Balas Rayyan sambil menyembamkan mukanya dileher Sofea.

"Ab.....bang"

"Apa? Tak dengarlah"

"Abang!"

"Ye sayang! Nak apa? Nak abang dodoikan ke? Ke nak buat projek anak di siang hari abang okay je" ujar Rayyan masih lagi dalam mood ingin menyakat Sofea.

"Ish gatal. Lepaslah saya nak pergi tandas."

"Saya? Siapa?"

"Sofealah siapa lagi. Ada orang lain lagi kat sini? Ada kita dua je kan" ujar Sofea geram. 'Eeeee rasa nak cekik-cekik je dia ni. Dah sewel agaknya tak pun buang tebiat' molong Sofea dalam hati.

"Alolololo..... Marah pulak sayang kita ni. Jomlah pergi tandas." Kata Rayyan sambil tangannya mengangkat badan Sofea untuk dibawa ke tandas.

"Eh awak nak buat apa ni?" Tanya Sofea cemas.

"Awak?"

"Abang nak buat apa ni? Letaklah saya kat bawah saya boleh jalan sendiri lah. Saya bukan patah kaki"

"Tengok saya lagi. Lagi sekali sayang bahasakan diri saya awak abang cium sayang sampai tak bernafas."

"Eleh macam berani sangat. Saya tahu awak takkan buat punya awak kan cinta mati kat Dian tu. Awak...." Belum sempat Sofea menghabiskan ayatnya Rayyan telah melumat bibir Sofea.

Sofea yang terkejut terus meronta-ronta dalam dukungan Rayyan. Namun usahanya kelihatan sia-sia. Dia akhirnya membiarkan saja perbuatan Rayyan itu.

"Lain kali jangan sebut nama perempuan tu depan abang, abang tak suka. Faham!"

Sofea hanya diam sambil menundukkan pandangannya. Sejujurnya dia takut untuk menatap Rayyan apabila lelaki itu bersuara tegas tambahan pula dia malu untuk melihat wajah Rayyan setelah apa yang berlaku sebentar tadi.

"Faham ke tidak?" Tanya Rayyan dengan nada suara yang sedikit meninggi.

"Faham abang." Balas Sofea takut-takut.

"Sayang minta maaf. Sofea tak tahu kalau abang gaduh dengan dia. Sorry okay?"

"Yelah. Nasib baik isteri kalau orang lain tadi abang dah campak dia keluar tingkap tau." ujar Rayyan dengan nada bergurau apabila dia lihat Sofea seperti anak kecil yang dimarahi oleh ayahnya.

Kerana takut Sofea terus memaut leher Rayyan dengan erat. Dia kelihatan seperti trauma dengan sesuatu.

"Dah lah jom kita pergi tandas. Kejap lagi nurse nak datang check up pulak. Ke sayang nak nurse check up sayang atas abang?"

"Ish abang ni kan"

Tawa Rayyan pecah apabila melihat muka cemberut Sofea. Dia terus berlalu sambil mencempung tubuh Sofea menuju ke tandas dengan tawa yang masih bersisa. Sofea hanya mendengus sebal dengan sikap Rayyan yang pelik ni.

Dalam mereka tak sedar ada sepasang mata yang melihat aksi bahagia mereka dengan oenuh kebencian. ' Hari ni kau boleh bahagia dengan Rayyan tapi esok tak mungkin kau akan bahagia Sofea.' ujar Dian dalam hati.

"Hello, aku nak kau hantar gambar yang aku suruh kau buat tu kat aku." Kata Dian kepada orang suruhannya melalui telefon. Dia kemudiannya berlalu kekuar dari hospital itu dengan hati yang penuh dengan kebencian.

**********

"Uncle, Iq rasa uncle mesti nak tengok ni." Ujar Faiq kepada Tan Sri Engku Azman Malik dengan nada yang ceria.

"Apa dia Iq?" Tanya Tan Sri Engku Azman Malik dengan nada yang tidak sabar.

Dia kemudiannya menyambut huluran telefon yang diberikan oleh Faiq kepadanya. Setelah menonton video yang diberikan oleh Faiq, dia menguntum senyum bahagia.

"Alhamdulillah! Nampaknya hubungan mereka ni dah ada perubahan. Uncle harap hubungan mereka akan bahagia macam ni sampai bila-bila" ujar Tan Sri Engku Azman Malik dengan gembira setelah melihat video kemesraan anak menantunya sebentar tadi.

"Insya-Allah uncle. Kita doakan yang baik-baik je untuk mereka" ujar Faiq yang turut gembira dengan perkembangan hubungan Rayyan dan Sofea.

Sorry lama tak update. Sis busy sikit sebab semester baru dah start....huhuhuhuhu.... Thanks tau sebab korang sudi tunggu sis update kisah Rayyan and Sofea ni. Love you all!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience