BAB 7

Romance Series 7330

Sedang Sofea ralit menonton movie 'F9 : The Fast Saga' di ruang tamu rumah Tan Sri Engku Azman Malik, tiba- tiba ada tangan yang menariknya dari belakang.

"Awak nak apa Rayyan? lepaslah sakit tau tak?" kata Sofea dengan geram. Lengannya hampir terseliuh akibat ditarik dengan kuat dari belakang.

"Hey! Hati aku lagi sakit kau tau tak. Aku ada perhitungan nak dibuat dengan kau. Kalau kau tak nak aku patahkan tangan kau baik kau ikut aku sekarang" Jerkah Rayyan sambil menarik tangan Sofea untuk mengikutnya ke halaman rumah.

"Saya boleh jalan sendiri lah. Tak payah tarik-tarik lah sakit."

Rayyan mendengus kasar lantas melepaskan pegangannya pada tangan Sofea. Setibanya mereka di halaman, tanpa menunggu lama Rayyan terus memulakan bicaranya.

"Aku nak kau batalkan perkahwinan ni"

"Kalau awak nak batalkan awak cakap sendiri dekat uncle. Bukan cakap dekat saya." ujar Sofea sambil mengelus lembut tangannya yang memerah akibat dicengkam oleh Rayyan sebentar tadi.

"Kalau aku boleh bantah, aku tak perlu nak hadap muka kau sekarang ni. Mesti kau yang hasut papa untuk aturkan perkahwinan ni kan? Aku tahulah kau dari dulu lagi memang nak bolot harta keluarga aku."

"Rayyan kalau awak nak tahu, tanpa harta keluarga awak pun saya mampu untuk hidup sendiri. Lagi satu, saya sendiri pun tak inginlah nak kahwin dengan lelaki yang sombong dan takde adab macam awak ni." kata Sofea dengan suara yang sedikit tinggi. Baru dia hendak mengangkat kaki untuk berlalu dari situ, tangannya ditarik dengan kuat oleh Rayyan.

"Hey kau dengar sini perempuan, kau nak sangat kan kahwin dengan aku, fine aku setuju nak kahwin dengan kau. Tapi aku akan buat kau menyesal sebab kahwin dengan aku." ujar Rayyan rapat di tepi telinga Sofea.

Tanpa berlengah, Sofea terus merentap tangannya dari pegangan Rayyan dan berlalu masuk kedalam rumah.

Sewaktu dia mahu menaiki tangga untuk menuju ke biliknya, dia bertembung dengan Tan Sri Engku Azman Malik

"Eh Sofea, kenapa dengan tangan kamu tu?" Soal Tan Sri Engku Azman Malik apabila melihat tangan Sofea itu merah dan sedikit biru seperti dicengkam.

"Kene cengkam dengan harimau kumbang dekat luar tu uncle." ujar Sofea selamba lantas terus meminta diri untuk ke biliknya .

'Harimau kumbang?' Tan Sri Engku Azman Malik bermonolog dalam hati. Dia yang mulanya tertanya-tanya akhirnya mengeluh apabila melihat gerangan yang berada di halaman rumahnya.

"Rayyan, kamu buat apa dengan Sofea tadi?"

"Takde apa pun pa, kita orang just bincang pasal perkahwinan yang papa aturkan tu."

"Kalau takde apa takkanlah sampai naik lebam tangan si Sofea tu."

"Er, Rayyan...." baru sahaja Rayyan mahu mencipta alasan, kata-katanya dicantas oleh Tan Sri Engku Azman Malik.

"Kamu cuba terima dia dalam hidup kamu Rayyan, kalau dia tak jadi isteri kamu pun dia tetap akan selalu ada depan mata kamu. Kalau kamu tak suka dia sekali pun jangan sakitkan dia. Hah, sebut pasal kahwin, kamu setuju nak kahwin dengan Sofea?"

"Rayyan setuju pa, tapi dengan satu syarat."

"Syarat? Kamu jangan buat syarat pelik-pelik Rayyan."

"Syarat Rayyan simple je pa, lepas kahwin nanti Rayyan nak duduk dekat penthouse Rayyan. Kiranya Rayyan dengan Sofea takkan duduk dekat sini. Lagi satu, lepas kahwin nanti Rayyan nak Sofea berhenti kerja."

"Kalau itu je, papa setuju. Tapi kamu jangan sakitkan Sofea. Itu je satu-satunya hasrat papa. Lagi satu papa nak cakap, lagi dua minggu majlis akad nikah kamu dengan Sofea. Kamu okay kan?"

"Rayyan okay je pa." kata Rayyan dengan senyuman yang terpaksa dimaniskan.

"Kalau macam tu nanti kamu ajaklah Sofea pergi fitting baju, ni pesanan mama kamu. Benda lain dia dan Auntie Sue dah siapkan. Kalau takde apa kamu nak cakap papa nak keluar ni nak jumpa Uncle Zahari."

"Takde apa pa, hati-hati drive."

"Yelah. Kamu jangan pergi kacau si Sofea tu. Kalau papa tahu kamu sakitkan dia lagi siap kamu." kata Tan Sri Engku Azman Malik memberi amaran keras kepada anak lelakinya itu. Setelah itu dia bergerak menuju ke garaj keretanya.

Rayyan hanya melihat papanya pergi dengan hati yang mendongkol geram. 'Kau tunggu perempuan, aku akan hancurkan hidup kau dengan tangan aku sendiri.' kata Rayyan dalam hati sambil mengepal penumbuk.

***********

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Dian yang baru tiba di KLIA2 menjadi perhatian ramai orang yang berada di situ. Ada yang mengaguminya dan ada juga yang mengkritiknya kerana terlalu seksi. Dia tidak menghiraukan orang-orang yang berada disitu , bahkan dia tersenyum apabila melihat cinta hatinya yang sudah menunggu ketibaannya. Dia lantas mendekati Rayyan dan merangkul pinggang Rayyan.

"Ish you ni, jangan peluk-peluk lah. Ni bukan dekat London, kat sini banyak paparazi. I tak nak nanti kita jadi gosip terhangat pulak." kata Rayyan lantas meleraikan pelukan Dian pada pinggangnya.

"Alah you ni, yelah-yelah jangan marah okay. You mesti rindu I kan? Jom kita pergi makan."

"Okay jom." Jawab Rayyan sedikit dingin. Dia rasa sangat berserabut hari itu kerana dia perlu bagitahu Dian yang dia bakal berkahwin dengan Sofea.

"You, I ada something nak cakap dengan you." Ujar Rayyan memulakan biacara.

"You nak cakap apa ni bie, macam penting je."

"I nak kahwin next week." kata Rayyan sambil merenung ke arah Dian dan dia melihat wajah Dian berubah keruh.

"You tahun kan I tak nak kahwin lagi. Don't you understand me?"

"I bukan kahwin dengan you tapi I akan kahwin dengan Sofea. Ni semua atas permintaan papa I"

"What? Bie, takkanlah you terima bulat-bulat je? You tak malu ke nak kahwin dengan perempuan sampah tu?" uajr Dian dengan nada yang tinggi. Mujur sahaja mereka makan diruangan VIP, kalau tidak sudah tentu mereka akan menjadi perhatian orang ramai.

"You pun tahukan dalam hati I hanya ada you je. Tapi I terpaksa. Kalau I tak kahwin dengan Sofea papa akan serahkan semua harta dia termasuk kekayaan I sekarang ni kepada Sofea. I buat semua ni untuk kita. I janji dengan you, I takkan tinggalkan you. Lagipun papa bagi I tempoh setahun, kalau perkahwinan kiteorg tak bahagia, papa I terima kalau I ceraikan dia."

"You jamin ke yang you tak akan jatuh cinta dengan dia?"

"Sayang, dalam hati I hanya ada you je. Takkan ada orang lain." ujar Rayyan sambil mencium tangan Dian.

"Okay I trust you baby" ujar Dian sambil tersenyum.

Mereka berdua menyambung menikmati makanan mereka. Sambil makan, Dian bermonolog dalam hati 'Kau tunggu perempuan, aku akan pastikan hidup kau hancur.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience