BAB 10

Romance Series 7330

Dian yang leka berbual dengan seseorang tersentak apabila bahunya dipeluk dari belakang. Dia lantas menoleh kebelakang dan tersenyum.

"You borak dengan siapa tadi sayang?" Soal Rayyan ingin tahu apabila melihat lelaki yang berborak dengan Dian tadi berlalu saat dia tiba.

"Takde siapa lah bie. He just my old friend." jawab Dian dengan sedikit gugup. Dia takut jika Rayyan terdengar perbualannya dengan Darwisy sebentar tadi.

"Ouh I ingatkan you dah ada scandal baru. Yelah kan buah hati dah kahwin."

"Apelah you ni baby. Dalam hati I hanya ada you je okay. No one else." Kata Dian sambil mencium pipi Rayyan tanpa segan silu.

"Eh you keluar ni wife you tak marah ke?" Soal Rayyan sengaja ingin tahu bagaimana hubungan Rayyan dengan Sofea.

"Dia takkan berani halang I lah. I dah warning dia awal-awal lagi. Lagipun I dengan dia bukan macam pasangan pengantin baru yang lain. I dengan dia hanya suami isteri atas kertas je"

"Takut jugak dia dengan you kan. I thought dia akan ugut you dengan syarat papa you tu."

"Dia ugut I? Kalau dia nak mati awal boleh lah dia buat macam tu" kata Rayyan dengan angkuhnya.

"Dah lah sayang, I datang ni nak enjoy okay. Bukan nak citer pasal minah sampah tu."

"Yeah I know you." Kata Dian lantas menuangkan 'air kencing iblis' ke dalam gelasnya manakala Rayyan hanya minum coke sahaja. Walaupun dia sosial tapi dia tidak pernah meneguk 'air kencing iblis' itu.

Rayyan dan dian yang leka berhibur itu tidak sedar bahawa ada mata yang memerhatikan mereka dari jauh. Siapa lagi kalau bukan orang suruhan Tan Sri Engku Azman Malik dan Datuk Zahari.

*********

Tepat jam 3 pagi, Rayyan tiba di rumahnya. Dia melihatnya keadaan rumahnya gelap gelita kecuali bilik Sofea yang masih terbuka lampunya. Dia malas ambil pusing lantas berlalu ke biliknya. Setelah selesai membersihkan diri dia merebahkan badannya ke atas katil.

Berkali-kali dia cuba memejamkan mata namun tetap gagal. Otaknya masih ligat berfikir tentang apa yang dibualkan oleh Dian dan lelaki tadi. Siapa lelaki itu? Kalau setakat kawan lama kenapa Dian nampak terkejut waktu aku tegur dia? And kenapa lelaki tiba-tiba pergi waktu aku sampai?

Akhirnya dia mengeluh sendiri. Dia cuba mengusir prasangka buruk tentang Dian. Tapi, makin kuat dia cuba usir perasaan prasangka itu, semakin otaknya berprasangka dengan Dian. Dia yang berserabut memikirkan tentang Dian itu akhirnya membawa diri keluar dari biliknya untuk mencari ketenangan sedikit.

Sofea tersedar dari lenanya saat terasa haba hangat di sebelahnya. Dia mencapai telefon pintarnya dan melihat baru pulul 5 pagi. Tiba-tiba jantungnya berdebar ' Eh sape sebelah aku ni? Hantu ke? Ke perompak?' monolog Sofea dalam hati.

"Arghhhhhhh" Sofea tiba-tiba mejerit dengan kuat sehingga menyedarkan gerangan yang tidur di sebelahnya.

Rayyan yang mendengar jeritan itu lantas bangun dari tidurnya.

"Kau kenapa hah! Memang hobi kau ke menjerit terlolong pagi-pagi buta macam ni?" Kata Rayyan dengan marah kerana tidurnya diganggu oleh jeritan 'pontianak' itu.

"Kenapa awak tidur kat bilik saya? Bilik awak kan kat sebelah? Awak jangan cakap yang ni awak mengigau berjalan" kata Sofea sambil cuba menahan tawanya daripada meletus.

Rayyan yang baru tersedar dia bukan berada dalam biliknya lantas mengerahkan otaknya mencerna apa yang berlaku. Yang dia ingat semalam disebabkan terlalu serabut memikirkan Dian, dia keluar dari biliknya dan menuju ke balkoni rumahnya. Setelah dia terjaga dari terlelap di balkoni dia berjalan masuk ke bilik......

"Oh My God!" Tiba-tiba Rayyan menjerit sehingga mengundang tanda tanya dari Sofea.

"Eh awak ni sihat ke tak? Lain macam je saya tengok."

"Aku sihat lah. Kau ingat aku gila ke? Dah lah kau pergi lah buat urusan kau. Aku nak sambung tidur. Nanti kau kejut aku pukul 6.30. Kau jangan lupa pulak kang tak pasal-pasal disebabkan kau aku lambat masuk office. Dah lah hari ni first day aku." ujar Rayyan mendatar lalu merebahkan kembali badannya ke atas katil.

"Awak kalau nak tidur pergilah tidur dalam bilik awak. Saya nak mandi lah."

"Kau nak mandi, mandi jelah. Bukannya aku nampak pun aku nak tidurkan. Ke kau nak aku teman kau mandi?"

"Dasar gila! Pervert!" kata Sofea lalu terus mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Dia sengaja menutup pintu bilik airnya dengan kuat.

"Kalau roboh pintu padan muka kau bilik air takde pintu. Tapi okay jugak hari-hari tengok free show." Kata Rayyan sengaja mahu sakitkan hati Sofea.

''Ish boleh gila aku hidup sebumbung dengan dia ni. Ni baru sehari kalau setahun mahunya aku duduk dekat hospital sakit mental'' gumam Sofea dalam bilik air.

"Kau dah lah buat cubaan robohkan pintu bilik air pastu mengata aku pulak. Kau jangan sampai aku minta ganti rugi baru nak menyesal."

"Eh awak tidur jelah Rayyan. Kang kalau saya kejut awak tak bangun jangan salah kan saya pulak awak lambat FIRST DAY MASUK OFFICE." Saja Sofea menekankan first day masuk office biar lelaki berlagak tu sedar diri sikit asyik nak sakitkan hati aku je.

Setelah selesai menunaikan solat subuh, Sofea berkira-kira mahu mengejutkan Rayyan kerana jam sudah menunjukkan angka 6.25 pagi.

"Rayyan Rayyan Rayyan , bangunlah dah pukul 6.30 ni. Kang awak lambat pulak." Sofea menggoncangkan sedikit tubuh Rayyan. Namun Rayyan tidak menunjukkan tanda yang dia akan bangun.

Sofea yang buntu itu menggaru-garu kepalanya sebelum dia menggoncangkan tubuh Rayyan dengan lebih kuat. Rayyan memusingkan badannya ke arah lain. Disebabkan Sofea tidak sempat mengalihkan tangannya, dia terjatuh di atas Rayyan dan bibirnya selamat mendarat di tetpi bibir Rayyan.

Rayyan yang terkejut lantas memcelikkan matanya.

"Kau kalau nak cium aku cakap je. Tak yah sampai nak hempap aku. Kau tu dah lah berat macam anak gajah." Kata Rayyan mendatar cuba mengawal detakkan jantungnya yang berdetak hebat. Dia sendiri terkejut apabila Sofea tiba-tiba terjatuh di atas badannya.

"Siapa nak cium awka hah! Awak bagi free pun tak ingin lah saya cium awak. Dasar buaya tembaga." Kata Sofea lantas berlalu ke dapur untuk menyiapkan sarapan.

Sofea memegang wajahnya yang terasa panas membahang. 'Ish kenapalah aku bodoh sangat pergi jatuh atas dia. Buat malu keturunan je' marah Sofea dalam hati kepada dirinya sendiri

Rayyan sudah tersenyum sendiri. Dia sendiri pelik dengan dirinya. Dia suka lihat Sofea yang marah-marah ianya terasa mendamaikan. Dia juga baru teringat semalam semasa dia mahu kembali ke biliknya, dia melihat lampu bilik Sofea masih terbuka niatnya hanya mahu menutup lampu bilik itu tapi lain pula jadinya.

Dia melihat Sofea tertidur duduk di atas katil sambil memegang buku di tangannya. Dia lantas mengambil buku dari tangan isterinya dan letakkan di atas meja kecil di sebelah katil. Setelab dia membaringkan Sofea, dia melihat isterinya itu tidur sehingga dia tidak sedar dia sendiri terlena di sebelah isterinya.

Setelah Rayyan ke pejabat, Sofea duduk di ruang tamu, niatnya mahu menonton drama korea tetapi terbantut apabila tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi.

'Siapa pulak yang datang ni? Mama ke? Ke Icha dengan Auntie Sue?' tanya Sofea dalam hati. Persoalannya terjawab tatkala melihat seorang gadis yang tinggi lampai, cantik dan seksi berada di depan pintu rumahnya ketika dia membuka pintu.

"Eh Dian masuklah. Kenapa tak cakap nak datang kalau tak Sofea boleh sediakan makanan." kata Sofea berbasa-basi. Sejujurnya dia terkejut dengan kehadiran Dian ke rumahnya itu. ' Perempuan ni nak apa datang sini?' getus hati Sofea.

"I datang sini bukan nak makan. I tak selera nak makan air tangan perempuan sampah macam you. I datang sini ada benda sikit nak cakap dengan you." kata Dian dengan sombongnya.

"Ouh kalau macam tu kejap eah, I ambilkan juice dalam peti sebab juice tu bukan I yang buat." Kata Sofea sinis sengaja mahu memulangkan paku buah keras.

Dian hanya menjeling ke arah Sofea lantas bergerak menuju ke bilik utama di rumah itu. Tidak lama kemudian Sofea kembali ke ruang tamu dengan satu botol juice dan dua biji gelas. Dia agak pelik apabila melihat Dian tidak ada di situ. ' Kemana pulak perempuan sombong ni pergi?'

" Dian buat apa kat bilik Rayyan ni?" Soal Sofea pelik kerana dia melihat Dian keluar dari situ.

"Ikut suka hati I lah nak buat apa pun dalam bilik buah hati I. You perempuan sampah tak payah nak sibuk. Sedar diri sikit you tu isteri atas kertas je." Tempelak Dian tiba-tiba. Setelah itu dia bergerak ke arah sofa di ruang tamu.

"Dian nak cakap apa dengan saya?" Soal Sofea sambil menuang dan menghulurkan segelas juice buah kepada Dian.

"I just nak cakap dengan you yang I dengan Rayyan akan berkahwin tak lama lagi. So, I nak you minta dekat Tan Sri dan Puan Sri yang bajet alim tu tukarkan nama pewaris harta ke atas nama Rayyan."

"Kenapa saya yang kena cakap? Dian cakap lah sendiri. Lagipun tu harta Uncle Malik kan, ikut suka hati dia lah nak wariskan dekat siapa. Tak pun kalau you nak sangat apa kata you cakap sendiri dekat Rayyan." ujar Sofea dengan berani. Dia sedari tadi panas hati dengan kelakuan Dian yang melampau. Datang ruamh orang buat macam rumah sendiri.

Dian yang panas hati terus menarik rambut Sofea dengan kuat sambil berkata
"Kalau kau tak nak hidup kau hancur lebih baik kau buat je apa yang aku suruh. Lagi satu kau jangan berani nak report kat sesiapa. Kalau aku tau mati kau aku kerjakan." ujar Dian dengan geram lantas menolak Sofea dengan kuat sehingga kepalanya terhantuk di bucu meja dan berdarah.

Setelah itu Dian berlalu keluar dari rumah Rayyan dengan senyuman sinisnya. Dia tahu bahawa Sofea takkan berani melawan cakapnya kerana takut Rayyan naik hantu.

Sofea memegang kepalanya yang berdarah dan bangun menuju ke biliknya. Dia masuk ke bilik air untuk membersihkan lukanya sebelum dia mencapai telefonnya untuk menelefon seseorang.

Agak-agakkan Sofea call siapa? Rayyan? Faiq? Icha? atau mama dan papanya? Kalau nak tau stay tune okay and enjoy reading this chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience