BAB 9

Romance Series 7330

Sofea tersedar apabila mendengar azan subuh berkumandang. Jantungnya berdegup laju tatkala merasa ada tangan yang memeluk pinggangnya. Lantas dia berpusing menghadap ke sebelahnya. Tatkala wajah Rayyan yang menyapa pandangan matanya, dia terkejut lantas menolak Rayyan dengan kuat sehingga lelaki itu jatuh tergolek ke atas lantai.

"Kau ni dah kenapa hah! Suka hati je tolak aku. Kau nak bunuh aku ke apa?" Soal Rayyan dengan kasar namun masih mengawal ton suaranya agar tidak kedengaran sehingga ke luar. Dia sendiri terkejut apabila dia ditolak sehingga jatuh katil oleh Sofea.

"Sorry, saya terkejut tadi. Lagipun salah awak jugak siapa suruh awak peluk saya? " Balas Sofea dengan ton suara yang sama dengan Rayyan. Sejujurnya dia rasa bersalah dengan Rauyan kerana menolaknya sehingga tergolek lelaki itu.

"Ikut suka hati aku lah nak peluk siapa pun. Lagipun aku peluk isteri aku bukan isteri orang lain pun. Yang kau marah sangat kenapa?" kata Rayyan selamba cuba menutup malu. Dia menyumpah dirinya sendiri kerana terpeluk Sofea.

"Eh, sejak bila pulak awak mengaku saya ni isteri awk? Bukan awak benci ke saya jadi isteri awak?" sinis Sofea bertanya. Saja nak membakar laki itu di pagi hari.

"Ikut suka aku lah nak mengaku kau sebagai apa. Tapi kau tetap perempuan sampah." Balas Rayyan geram.

Dalam mereka sibuk bertikam lidah, tiba-tiba pintu bilik mereka diketuk dari luar.

"Sofe, Rayyan cepat siap papa ajak solat jemaah sekali." teriak Puan Sri Issabella Rosemary dari luar. Bukan dia tak dengar Sofea dan Rayyan bertikam lidah dari tadi. Dia juga mengharapkan ada sinar bahagia dalam perkahwinan anaknya itu.

"Baik ma" jawab Sofea dan Rayyan serentak. Rayyan yang geram kerana Sofea menjawab serentak dengannya terus menjeling ke arah Sofea sambil bangun menuju ke bilik air.

Sofea mencebikkan bibirnya sambil berkata dalam hati ' aku cungkil jugak biji mata dia tu kang ' . Dia akhirnya bangun mengemas katil dan menyediakan baju Rayyan sementara lelaki itu mandi.

Setelah usai solat subuh berjemaah berimamkan Rayyan, Sofea Puan Sri Issabella Rosemary dan Mak Mah ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi.

Ketika menjamu sarapan pagi, tiada siapa yang bersuara, ruangan makan itu sunyi sepi yang kedengaran hanyalah bunyi dentingan sudu dan garpu.

"Ma pa, lepas ni Rayyan dengan Sofea nak balik rumah Rayyan." kata Rayyan memecahkan kesunyian ruangan itu.

"Cepatnya nak balik. Mama tak sempat lagi nak bermanja dengan menantu mama."

"Sorry lah ma, esok Rayyan dah start kerja, kalau dari rumah Rayyan dekat sikit nak pergi office."

"Kamu tak cuti ke Rayyan? Cutilah seminggu ke Rayyan. Bawak Sofea ni honeymoon. Kalau tak pun jalan-jalan dalam Malaysia ni je." Ujar Tan Sri Engku Azman Malik kepada anaknya itu.

"Taklah kot papa, lagipun esok kan first day Rayyan masuk office." Kata Rayyan cuba mengelak dari pergi honeymoon. 'Ish memang tak lah aku nak pergi honeymoon dengan perempuan sampah ni.'

"Takpe pa, nanti abang free kiteorg pergi lah honeymoon kan abang?" kata Sofea sambil memandang ke arah Rayyan di sebelah. Dia tahu Rayyan memang takkan pergi honeymoon dengannya.

"Takpelah kalau dah kamu kata macam tu. Rayyan papa nak pesan jangan ikutkan sangat kerja sampai kamu lupa yang kamu tu dah beristeri." pesan Tan Sri Engku Azman Malik kepada anaknya itu. Dia tahu yang kekasih Rayyan si Dian tu sudah pulang seminggu sebelum Rayyan berkahwin dengan Sofea.

"Baik pa." Jawab Rayyan acuh tak acuh.

Seketika kemudian ruangan itu kembali sunyi sehingga mereka semua selesai bersarapan. Rayyan terus menonong ke biliknya manakala Sofea pula naik ke bilik setelah dia selesai membantu Mak Mah mengemas meja makan.

"Rayyan kenapa kita tak tinggal kat sini je? Kat sini bukan ada orang pun. Mama dengan papa pun kadang-kadang bercuti ke luar negara."

"Ikut suka hati aku lah nak tinggal kat mana pun. Lagi satu kalau kita duduk sini aku tak bebas kau tau tak. Boleh buta biji mata aku ni 24 jam menghadap muka kau je." kata Rayyan dengan kasar. Dia tahu kalau dia duduk dekat rumah mama dan papanya itu, misi untuk sakitkan Sofea tidak dapat dilakukan. Dia juga tidak boleh keluar dating dengan Dian.

"Awak nak saya kemaskan baju awak ke? Ataupun awak nak kemas sendiri?" Tanya Sofea dengan sedikit sedih. Dia tidak tahu dimana salahnya sehingga Rayyan membenci dirinya.

"Kau lah kemaskan. Buat apa ada bini kalau semua benda aku kene buat sendiri. Kau ingat kau puan besar ke kat rumah ni hah." jawab Rayyan dengan suara tinggi.

"Lagi satu lepas ni aku tak nak kau kerja. Kau duduk kat rumah je diam-diam je. No objections okay. Aku nak keluar nanti aku balik kita terus gerak." kata Rayyan lantas keluar dari bilik itu selepas mencapai kunci keretanya.

Sofea hanya mampu mengalirkan air matanya sambil mengemas bajunya dan Rayyan. 'Ya Allah, kau kuatkanlah aku untuk menempuh dugaan-Mu ini. Jika benar dia jodohku Engkau lembutkan lah hatinya untuk menerima ku seadanya.' doa Sofea dalam hati.

Tepat jam 5 petang mereka tiba di penthouse milik Rayyan. Sofea terpegun melihat rumah milik lelaki itu. Sangat kemas, nampak simple yet classy. Dia tidak menyangka lelaki itu mempunyai taste yang bagus.

"Tutup mulut tu kang masuk lalat menyusahkan aku nak bawak kau ke hospital bagai. Aku tahulah rumah aku ni lagi besar and cantik dari kondo buruk kau tu." kata Rayyan dengan senyuman sinisnya.

"Dasar berlagak." balas Sofea geram sambil menjeling Rayyan.

"Bilik saya mana? Ke awak nak kita tidur sebilik?"

"Hell no. Bilik kau yang no dua tu. Sebelah bilik aku. Kalau orang tiba-tiba datang takdelah kalut sangat nak pindah bilik." kata Rayyan mendatar. Ye dia bimbang tembelangnya pecah jika ada sesiapa tiba-tiba datang terutamanya mama dan papanya.

"Lagi satu aku nak pesan kau bukan mem besar kat rumah ni. So, kalau kau nak buat apa-apa terutamanya nak ajak orang datang rumah kau kene bagitahu aku dulu. Selain daripada tu kau boleh buat macam rumah kau sendiri cuma jangan sentuh barang-barang dalam bilik aku. Faham?"

"Faham, tuan rumah." Jawab Sofea saja mahu membakar lelaki berlagak tu.

"Lagi satu aku nak cakap, kau tak yah sibuk hal aku. Aku nak keluar ke tak balik ke ikut suka hati aku. Aku buat hal aku kau buat hal kau."

"Okay. Ada lagi yang awak nak pesan?"

"Ni pesanan terakhir aku, apa-apa yang jadi dalam rumah ni kau jangan berani nak bagitahu sesiapa. Kalau aku tahu mati kau aku kerja kan."

"Awak jangan risau, saya takkan citer hal rumah tangga kita dekat orang lain." Kata Sofea lantas berlalu ke biliknya. Dia tahu apa yang akan berlaku selepas ini.

Tidak lama kemudian dia dengar pintu rumahnya tertutup dan dia pasti yang Rayyan sudah keluar. Yelah kan takkan lah Rayyan nak duduk berlama di rumah itu bersama dengannya. Akhirnya Sofea mengeluh kuat. Dia merebahkan badannya ke atas katil mahu menenangkan fikirannya sebentar.

Sofea tersedar apabila azan dari telefon pintarnya berbunyi. Dia tidak sedar bila dia terlena kerana dia hanya mahu berbaring sebentar sahaja. Dia lantas bangun membersihkan diri danmenunaikan solat maghrib.

Ketika dia buka pintu biliknya, dia terkejut kerana Rayyan berada di hadapan biliknya dengan wajah yang tegang.

"Awak ke....kenapa Rayyan?" soal Sofea tergagap kerana dia takut tambah terkejut dengan kehadiran Rayyan yang tegang itu.

"Kau tak reti nak masak ke perempuan? Kau ingat aku kahwin dengan kau sebab nak suruh kau goyang kaki ke kat rumah ni?" Jerkah Rayyan tiba-tiba sehingga terhinjut bahu Sofea dibuatnya.

"Sa...saya ba...baru nak masak. Ta...tadi saya terlelap."

"Banyaklah alasan kau. Kau pergi masak cepat. Dalam masa 30 minit kalau takde lagi makanan atas meja tu mati kau aku kerja kan. Kau ingat eah, kau dalam rumah ni tak ubah macam orang gaji."

"Baik." Kata Sofea lantas bergerak laju ke dapur. Dia mula memasak spaghetti carbonara untuk Rayyan. Dia hanya dapat fikirkan hidangan itu sahaja kerana mudah untuk disediakan.

Setelah hampir 30 minit berperang di dapur akhirnya 2 pinggan spaghetti carbonara bersama air Sanquick siap dihidang di atas meja. Tidak lama kemudian Rayyan tiba di meja makan dengan berpakaian segak seperti mahu keluar.

"Aku nak keluar lepas ni. Kau tak payah tunggu aku, aku balik lewat." Kata Rayyan mendatar dan dibalas dengan anggukkan daripada Sofea.

Mereka hanya mendiamkan diri ketika menikmati makanan mereka. Hanya detingan sudu dan garpu sahaja yang menemani mereka. Setelah selesai makan, Rayyan berlalu untuk keluar tanpa menghiraukan Sofea.

Sorry sis lambat update bab 9. Sis tak de idea nak menulis....huhuhuhuhu Btw, happy reading okay and sorry if banyak typo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience