BAB 8

Romance Series 7330

Kediaman Tan Sri Engku Azman Malik kelihatan meriah dengan 7 buah khemah berhias cantik yang dipasang di halaman rumahnya. Di tambah pula dengan kehadiran sanak-saudara, sahabat handai dan jiran tetangga yang memeriahkan lagi majlis perkahwinan di antara Sofea dan Rayyan.

Mengikut perancangan asalnya, dia mahu membuat majlis mereka di hotel tetapi atas permintaan Sofea yang hanya mahu mengadakan majlis akad nikah sahaja, dia membatalkan niatnya. Walaupun di tentang keras oleh Puan Sri Issabella Rosemary dan Datin Suraya, namun permintaan Sofea yang tidak mahu mengadakan majlis resepsi dan hanya mahukan majlis yang sederhana sahaja diturutkan juga.

Kurang dari sejam je lagi Sofea akan jadi milik Rayyan. Dia termenung dihadapan meja solek dalam biliknya. Dia sendiri sudah tahu apa yang bakal terjadi dengan kehidupannya nanti. Lamunannya terhenti apabila ada tangan yang menepuk lembut bahunya dari belakang.

"Fea, auntie tau apa yang Fea menungkan tu. Jangan risau Fea auntie ada untuk kamu Fea." kata Datin Suraya sambil menggenggam tangan Sofea.

"Ye Sofea, mama pun ada untuk kamu." kata Puan Sri Issabella Rosemary pula. Dia sendiri risau akan nasib Sofea.

"Janganlah risau kak Fea, Icha pun ada untuk kak Fea. Dah tak mau sedih-sedih nanti hilang seri muka kak Fea dah buruk gaya macam tempoyak basi" seloroh Falisya cuba untuk meng'happykan' Sofea yang kelihatan sedih dari tadi.

Gelak tawa mereka terhenti apabila pintu dikuak dari luar. Kelihatan Faiq yang segak berbaju Melayu berwarna baby blue sedondon dengan ahli keluarganya yang lain.

"Daddy suruh turun, majlis dah nak mula" ujar Faiq menyampaikan pesanan ayahnya.

"Yelah Iq. Jom Fea" kata Datin Suraya kepada Sofea sambil bangun dan memeluk lengan Sofea.

Faiq kelihatan terpukau dengan penampilan Sofea. Dia akui Sofea memang memiliki kecantikan yang asli. Ditambah pula dengan solekan yang tipis, wajahnya kelihatan sangat berseri. Deheman mummynya mematikan lamunan Faiq.

"Iq, kalau kamu berdiri tercegat kat depan pintu ni macam mana kami semua ni nak keluar."

"Eh, sila-sila. Sorrylah Fea ni lawa sangat sampai terpaku Iq kat sini." kata Faiq cuba menutup malu dirinya.

Sofea hanya tersenyum kepada Faiq yang kelihatan seperti udang kena bakar itu. Dia tahu Faiq sudah lama suka akan dirinya, tetapi dia hanya anggap Faiq tidak lebih dari seorang abang.

"Ish ada-ada jelah kamu ni Iq." kata Datin Suraya kepada Faiq yang kelihatan masih melihat kearah Sofea. Dia tahu anaknya kecewa kerana Sofea akan dikahwinkan dengan Rayyan. Tapi siapa dia mahu menidakkan takdir.

Semua tetamu kelihatan terpukau dengan kecantikan Sofea. Tidak terkecuali juga Rayyan yang berada dihapan tok kadi itu. Matanya tidak berkelip melihat Sofea yang sedang menuruni anak tangga menuju ke pelamin. Dia akui yang Sofea kelihatan kelihatan sangat cantik pada hari itu. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang.

"Rayyan jangan tenung lama sangat, kita dah nak mula ni." Rayyan tersentak apabila papanya berbisik kepadanya sambil menepuk peha. Dia lantas mengalihkan pandangannya ke arah tok kadi di hadapannya.

Sofea yang perasan akan Rayyan yang merenungnya itu hanya menundukkan kepala. Sejujurnya, dia sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Dia akui yang dia sudah lama jatuh hati pada Rayyan sejak kali pertama dia bertemu. Namun melihatkan penerimaan Rayyan terhadapnya, membuatkan dia membuang perasaannya jauh-jauh.

"Engku Rayyan Ryqarl bin Engku Azman Malik"

"Saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Sofea Areesya Binti Isa Haris berwali hakimkan aku dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai."

"Aku terima nikahnya Sofea Areesya Binti Isa Haris dengan mas kahwinnya RM 1000 tunai."

"Sah"

Dengan sekali lafaz, Sofea akhirnya sah menjadi milik Rayyan. Setitis air matanya jatuh. Dia pun tidak pasti sama ada itu merupakan air mata gembira atau air mata kesedihan. Dalam hati dia berkata 'ibu ayah, Fea dah kahwin dengan Rayyan'

Sofea menyeka air matanya apabila melihat Rayyan yang sudah berjalan kearahnya. Dia menghulurkan tangannya apabila bahunya dicuit oleh Datin Suraya. Setelah selesai menyarungkan cincin, dia menyalami tangan Rayyan. Dia terkedu tatkala Rayyan mencium dahinya.

"Congrats bro! Jaga Fea elok-elok." kata Faiq kepada sahabat baiknya itu. Walaupun dia kecewa tapi dia reda bahawa Sofea bukan miliknya.

"Thanks bro." ujar Rayyan acuh tak acuh. Manakala Sofea hanya tersenyum.

"Tahniah kak Fea and abang Rayyan. Icha doakan semoga korang bahagia hingga ke Jannah and cepat dapat babies. Icha tak sabar nak jadi auntie." uajr Falisya teruja. Sofea sudah menelan air liur nya. Dia sendiri tahu bahawa perkahwinan mereka hanya atas kertas sahaja.

"Thank Icha. Yelah nanti Icha jadilah auntie. Abang dengan kak Fea dah plan nak anak empat. Kan sayang?" Kata Rayyan lantas menayangkan senyuman sinisnya kepada Sofea.

Sofea hanya terkulat-kulat memandang ke arah Rayyan. Setelah tangannya digenggam dengan kuat oleh Rayyan, baru dia menayangkan senyumannya ke arah Falisya lantas menganggukkan kepalanya.

"Yeay! Okaylah abang akak, Icha nak pergi tolong mummu layan tetamu." Kata Falisya lantas berlalu meninggalkan pasangan pengantin itu.

Majlis mereka akhirnya melabuhkan tirai pada jam 6 petang. Keluarga Datuk Zahari dan Datin Suraya pulang ke rumah mereka setelah selesai menikmati makan malam di rumah Tan Sri Engku Azman Malik.

Setelah usai membantu mengemas dapur, Sofea meminta diri untuk naik ke biliknya. Baru sahaja dia mahu memulas tombol pintu biliknya dia ditegur oleh seseorang.

"Kau jangan nak mengada-ada tidur kat bilik kau malam ni. Kau tidur dalam bilik aku. Aku tak nak mama dengan papa bebel pagi esok."

Sofea terus menuju ke bilik Rayyan. Dia masih lagi berdiri di tengah bilik itu kerana dia berkira-kira mahu tidur di mana. Jika tidur di atas katil, takut Rayyan marah tapi jika tidur di atas sofa sudah semestinya dia tidak selesa kerana sepanjang hayatnya dia tidak pernah tidur di atas sofa.

"Kau tercegat apa lagi kat situ? Kau tidur jelah atas katil ni dengan aku. Aku tak ingin lah nak sentuh kau. Takde selera aku. Lagi satu, aku tak nak mama bising bila dia kejut pagi esok tengok kau todur atas sofa." kata Rayyan yang sudah merebahkan badannya di atas katil.

Sofea lantas menuju ke katil dan perlahan-lahan melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia kemudiannya membuka tudung dan melepaskan rambutnya. Rayyan yang hanya melihat dengan ekor matanya terkedu apabila kali pertama melihat Sofea yang tidak bertudung.

Tidak sampai beberapa saat merebahkan badannya di atas katil, Sofea sudah terlena. Rayyan yang melihat isterinya sudah terlena itu, lantas mengiringkan badannya menghadap Sofea. Dia merenung muka Sofea dalam samar-samar cahaya lampu tidur biliknya itu. Dia akui Sofea memang memiliki kecantikan yang asli jika nak dibandingkan dengan Dian. Namun, sayangnya Sofea merupakan manusia yang paling dia benci kerana status dia sebagai pewaris tunggal harta keluarganya tergugat.

Rayyan akhirnya terlelap sendiri setelah dia leka menilik muka Sofea sambil berperang dengan hatinya sendiri. Dia sendiri buntu dengan hatinya. Sejak dia terpukau dengan kecantikan Sofea sewaktu majlis akad nikah tadi, hatinya seperti berputik satu rasa yang dia tidak pernah rasa sewaktu dia bersama dengan Dian.

Sebab dah banyak hari tak update, so hari ni sis update dua bab terus ~Happy Reading~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience