BAB 1

Romance Series 7330

"Hello sayang! You habis photoshoot pukul berapa harini?" tanya Rayyan kepada girlfriend kesayangan Dian melalu panggilan telefon.

"Hello bie, I habis photoshoot lambat lah hari ni bie, so I tak boleh dinner dengan you today." Kata Dian kepada Rayyan dengan nada yang sengaja disedihkan.Walhal dia tidak mempunyai photoshoot pun pada hari itu kerana dibatalkan.

"Ouh yeke? It's okay then I will have my dinner with Faiq. Take care okay sayang.I love you!"

"Okay bie, love you too!" kata Dian sebelum memutuskan panggilan. Dian ketawa sinis kerana dia berjaya menipu Rayyan. Disebabkan photoshoot dia dibatalkan, dia mengambil keputusan untuk menemani Dato' Mustafa seharian untuk mendapatkan bayaran lebih.

"Rayyan kau tak rasa suspicious ke dengan Dian?"Tanya Faiq kepada teman baiknya Rayyan ketika meraka sedang menikmati makan malam bersama.

"Suspicious? Kenapa kau tanya aku macam tu?" Tanya Rayyan pelik.

"Takdelah aku tengok lately ni Dian selalu sibuk and jarang spend time ngan kau. Banyak sangat ke job modelling dia? And aku perasan dia mesti mengelak kalau kau cakap pasal kahwin or tanya tentang schedule modelling dia. Kau tak rasa ke dia ada hide something daripada kau?"

"Iq, aku taulah kau geng dengan mama and papa aku bencikan Dian. Tapi tolonglah jangan sangka buruk dengan dia. Aku pelik tau kenapa semua orang tak suka Dian. Padahal dia baik je ikhlas cintakan aku." Kata Rayyan bengang

" Sorrylah bro aku just tanya je. Yang kau panas sangat dah kenapa. Okaylah just drop the topic." Kata Faiq lalu meneruskan suapan makanannya.

Dian memeluk lengan Dato' Mustafa sambil berjalan dengan lengguknya memasuki sebuah restoran mewah. Namun langkahnya terhenti apabila melihat gerangan yang dikenalinya sedang menikmati makan malam.

"U kenapa ni sayang tiba-tiba je berhenti?" Soal Dato' Mustafa pelik apabila Dian tiba-tiba berhenti berjalan dan menarik tangannya.

"Er....U kita makan tempat lain boleh tak? I rasa nak makan masakan Itali lah." Kata Dian dengan gugup kerana takut dirinya dilihat oleh Rayyan.

"La...tu je? Boleh sayang anything for you." Kata Dato' Mustafa sambil senyum kepada Dian.

Dian membalas senyuman Dato' Mustafa dengan perasaan meluat. 'Kalau bukan kerana duit kau and job modelling tak ingin aku dengan kau orang tua gatal!' bentak Dian dalam hati sambil berjalan beriringan dengan Dato' Mustafa keluar dari restoran tersebut menuju ke kereta.

Tanpa Dian sedari perlakuannya diperhatikan oleh Faiq dengan perasaan yang geram. Ingin saja dia memberitahu kepada Rayyan namun ditahan dirinya agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku.

hi readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience