BAB 4

Romance Series 7330

" Kenapa dengan ayah Dian tu?" Soal Tan Sri Engku Azman Malik dengan perasaan yang bercampur baur.

" Macam ni, kau tahu kan aku ada join business cycling dengan Rashid tu?"

" Aku ada dengar tapi aku tak tahu dengan secara detail. Kenapa?"

" Aku kena tipu dengan dia." jawab Datuk Zahari dengan nada yang kecewa.

"Kau biar betul?" soal Tan Sri Engku Azman Malik terkejut.

"Ye Malik. Aku tak expectlah yang sebenarnya dia nak tipu aku. Dia sebenarnya takde pun business cycling tu. Yang aku terkilan sangatnya dia dah scam aku RM 500,000. Aku hampir-hampir diisytihar bankrap."

"Macam kau boleh diisytihar bankrap sedangkan kau just share partner dia je?" soal Tan Sri Engku Azman Malik pelik.

"Macam aku cakap tadi, dia tipu aku. Dia daftar syarikat atas nama aku. Aku dapat tau pun lepas aku terima surat dari LHDN yang menyatakan aku gagal membayar cukai."

"So, sekarang ni kau dah settle ke bayar cukai tu?"

"Aku dah settle kan guna duit anak aku dulu. Nasib baiklah si Faiq tu ada saving. Kalau tak, aku pun buntu nak bayar macam mana."

"So, kau datang jumpa aku ni nak cakap pasal ni lah?"

"Bukan pasal ni je. Aku ada benda lagi penting nak bagitahu kau and benda ni berkaitan dengan syarikat kau." ujar Datuk Zahari serius.

"Tentang apa? Kau jangan buat aku debar Ri."

"Lepas aku terima surat cukai tu, aku pergi jumpa dia dekat rumah dia. Masa aku sampai tu aku nampak dia cakap dengan telefon. Aku pun curi-curi dengar apa yang dia cakap. Kau nak tahu dia cakap apa?"

"Dia cakap apa?"

"Aku dengar dia suruh Dian pujuk Rayyan bagi 3% share syarikat kau kat Dian lepas Rayyan jadi CEO."

Bagaikan terhenti jantung Tan Sri Engku Azman Malik mendengar apa yang baru dikatakan oleh sahabatnya itu. Akibat terlalu terkejut Puan Sri Issabella Rosemary pula rasa seperti mahu pitam lantas dia memeluk lengan suaminya.

"K-kau biar betul Ri?"

"Betul Malik. Aku ada bukti nanti aku send kat kau. In case kau nak jadikan bukti suatu hari nanti."

"Aku dah agak dah Dian mesti ada niat lain bercinta dengan anak aku." ujar Tan Sri Engku Azman Malik dengan geram. Tangannya diggenggam

"Aku cuma nak ingatkan kau supaya berhati-hati. Rashid tu licik orangnya. Dah ramai orang yang terkena dengan dia. Lagi satu, dia sanggup buat apa saja untuk dapat duit."

"Terima kasihlah Ri sanggup datang jauh-jauh ke rumah aku ni semata-mata nak ingatkan aku." ujar Tan Sri Engku Azman Malik sedikit terharu dengan sahabatnya itu.

"Takde apa lah Malik. Kita ni dah macam keluarga dah. Ikutkan aku nak jumpa kau pagi esok. Tapi aku ada urgent meeting pulak. Tu yang aku jumpa kau malam ni sebab aku takut tak sempat bagitahu kau esok. Yelah kau pun tahukan lusa budak-budak tu dah balik ke sini."

"Yelah Ri. Aku hargai sangat maklumat kau ni." ujar Tan Sri Engku Azman Malik sambil tersenyum kepada sahabat karibnya itu.

"Sebelum balik jemputlah minum dulu Ri. Kak Mah dah buatkan air dengan sedikit kudapan tu." ujar Puan Sri Issabella Rosemary memcahkan kesunyian itu.

"Hah, jomlah Ri apa orang muda kata Supper." ujar Tan Sri Engku Azman Malik dan disambut dengan ketawa dari isteri dan sahabatnya.

**************

"Di, kau balik Malaysia sekali dengan Rayyan ke?" Soal Dania kepada Dian.

"Tak. Aku nak habiskan photoshoot aku dulu baru aku fly ke Malaysia."

"Kau nak habiskan photoshoot ke kau nak habiskan masa dengan Dato' Mustafa?" soal Dania dengan senyuman sinis. Dia dah masak sangat dengan perangai Dian yang playgirl itu.

"Ish kau ni, aku memang ada photoshoot. Tapi macam peribahasa Melayu 'sambil menyelam minum air'. Masa ni lah aku nak 'paw' Dato' gatal tu banyak-banyak." ujar Dian dengan gediknya.

Dania sudah tayang muka meluatnya. Dia tahu Dian memang sengaja tidak mahu pulang bersama Rayyan kerana ingin mahu 'meluangkan masa' dengan Dato' Mustafa.

"Aku nak tanyalah, kau tak takut ke kalau Rayyan tahu kau curang belakang dia?"

"Dia takkan tahu kalau kau tak bukak mulut Cik Dania sayang."

"Aku bukan apa, aku tengok Rayyan tu macam dah tawar hati je dengan kau. Manalah tau kan kot-kot dia ada upah PI ke untuk spy kau."

"Ish kau ni! Kau pun tau kan aku ni kan first love dia. And aku tak rasa pun dia tawar hati dengan aku. Sebab kalau dia tawar hati dengan aku takdelah dia still pujuk parents dia untuk terima aku." Kata Dian dengan bangganya.

"Yelah Di. Jangan nanti bila Rayyan tu tinggalkan kau baru kau nak menyesal." kata Dania mengingatkan sahabatnya itu.

" Oh ye, Malam ni kau nak dinner dengan aku ke?"

"Tak malam ni aku ada dinner date dengan Rayyan."

"Okaylah kalau macam tu aku nak pergi shopping dengan housemate aku. Aku nak beli buah tangan untuk family aku."

*************

"Sayang esok you balik sekali dengan I ke?"

"Sorry bie, I memang nak balik sekali dengan you. But I ada photoshoot lagi. After settle all the photoshoot baru I boleh balik Malaysia." kata Dian dengan nada yang dibuat-buat sedih.

"Okay" ujar Rayyan sedikit kecewa kerana Dian telah berjanji dengannya untuk pulang ke Malaysia bersama.

"I'm so sorry bie. I terpaksa break my promise sebab photoshoot I habis next week." ujar Dian sambil mencebikkan bibirnya untuk memujuk buah hatinya itu.

"It's okaylah sayang. I understand your career as a model." Kata Rayyan kepada girlfriendnya itu dengan senyuman nipis di bibirnya untuk menyembunyikan kekecewaannya.

"Sayang, kalau I nak tanya something boleh tak?"

"Tanya apa bie?" soal Dian sedikit gugup. Dia bimbang jika tembelangnya pecah.

"Lepas you balik Malaysia, kita kahwin nak tak? Kalau you kahwin dengan I you dah tak perlu kerja as a model."

"Bie, you tahu kan. I really love my job. I tak bersedia lagi nak kahwin. And you pun tau kan yang your mom and your dad tak suka I. Diaorang takkan terima I as their daughter-in-law." ujar Dian sedikit geram apabila Rayyan menyuruhnya meninggalkan career modelnya dan berkahwin.

"About my parents you don't have to worry. I akan pujuk diaorang untuk terima you. And you pun boleh try ambil hati diaorang."

"Look Rayyan, you tau kan how hard I nak jadi model terkenal antarabangsa macam sekarang. And you senang-senang je nak suruh I quit my job. One more thing, you pujuk lah macam mana pun your parents will never accept me as their daughter-in-law." ujar Dian dengan suaranya naik seoktaf. Dia berasa bengang kerana Rayyan suruh dia ambil hati mama dan papanya.

"I know Dian and you tak perlu tinggi suara macam ni. I just tanya je cause you know kita dah lama bercinta." ujar Rayyan sedikit bengang kerana ditengking oleh Dian sebentar tadi.

"Sorry bie, I didn't mean it. I just got too emotional when it comes to my career. I'm really sorry okay."

"It's okay sayang. I pun salah jugak selalu oush you. I'm sorry okay." Kata Rayyan dengan suara yang mendatar. Makin bertambah kecewanya.

Akhirnya, Rayyan mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan menyambung menikmati makanannya walaupun seleranya sudah mati. Sesekali dia tersenyum dan mengangguk mendengar cerita Dian.

Sorry kalau berbelit-belit.....sis kering idea nak menulis. Huhuhuhuhuhu ~Happy Reading okay~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience