BAB 5

Romance Series 7330

Dua jejaka kacak yang berjalan ibarat model itu menjadi peehatian ramai saat berjalan keluar dari KLIA 2. Dari jauh sudah kelihatan sebuah kereta jenis MPV telah menunggu mereka.

"Assalamualaikum Tuan Rayyan, Tuan Faiq." ujar Pak Mad, driver peribadi Tan Sri Engku Azman Malik.

"Waalaikumussalam Pak Mad." jawab Faiq dengan senyuman manis di bibir. Rayyan pula hanya senyum tipis sambil menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat.

Setelah itu, mereka memboloskan diri ke dalam kereta tersebut. Sebelum bergerak Pak Mad memandang kedua-dua jejaka muda itu melalui cermin pandang belakang sambil bertanya

"Tuan berdua ada nak singgah dimana-mana sebelum pulang ke rumah?"

"Tiada Pak Mad." jawab Faiq mewakili mereka berdua.

"Baiklah kalau macam tu. Faiq nanti kamu balik dengan daddy kamu sebab dia ada di rumah Tan Sri. Makan tengah hari di situ."

"Okay Pak Mad."

Keadaan di dalam kereta itu berubah sunyi setelah Pak Mad menghabiskan bicaranya. Keadaan itu berterusan sehingga mereka tiba di kediaman Tan Sri Engku Azman Malik.

Ketibaan mereka di kediaman Tan Sri Engku Azman Malik disambut dengan daddy,mummy,adik Faiq,mama dan papa Rayyan serta Sofea.

Faiq yang terlalu gembira melihat keluarganya itu terus berlari anak ke arah daddy dan mummynya tanpa menghiraukan orang sekelilingnya.

"Ish kamu ni Iq, dah besar pun berlari-lari macam budak kecik baru balik sekolah." tegur Datin Suraya melihat telatah anak bujangnya itu.

"Alah mummy ni, Iq dah lama tak jumpa mummy,daddy and budak busuk ni mestilah Iq rindu semua orang." kata Faiq sambil menggosok kepala adiknya itu.

"Ish abang ni kan habis rambut orang serabut." kata Falisya dengan geram sambil menayangkan muka cemberutnya. Semua yang berada di situ ketawa dengan telatah mereka.

"Dah lah tu. Jomlah kita semua makan tengah hari. Mak Mah dah lama siap hidang makanan kang sejuk pulak. Lagipun kamu berdua mesti belum makan lagikan."

"Yelah Malik. Aku pun dah lapar ni." ujar Datuk Zahari kepada sahabatnya sambil ketawa.

Mereka semua sudah mula bergerak ke ruang makan untuk menikmati makan tengah hari. Sofea yang baru sahaja mahu melabuhkan punggung di sebelah Puan Sri Issabella Rosemary itu tersentak apabila ada tangan yang menariknya dengan kasar dari belakang.

"Eh perempuan, kau siapa nak duduk sebelah mama aku? Sedar diri kau tu sikit. Tempat makan kau sepatutnya bukan dekat sini tapi dekat dapur sama macam Mak Mah dan Pak Mad." Tempelak Rayyan tiba-tiba. Dia dengan selambanya menolak tubuh Sofea ke tepi dengan kasar. Mujur sahaja tubuhnya sempat diraih oleh Faiq yang baru tiba ke ruangan itu. Jika tidak, sudah pasti dia jatuh menyembah bumi.

"Rayyan kamu boleh tak belajar hormat orang lain. Benda remeh macam tu pun kamu nak bising. Banyak lagi tempat kosong kat meja ni kamu boleh duduk." kata Tan Sri Engku Azman Malik dengan marah. Ye, dia geram dengan sikap anaknya yang semakin hari semakin melampau itu.

"Whatever lah papa. Papa dengan mama memang sayangkan perempuan sampah tu dari dulu kan. Rayyan ni ibarat anak pungut je." ujar Rayyan selamba dengan suara yang mendatar.

Baru Tan Sri Engku Azman Malik mahu membuka mulut Datin Suraya terlebih dahulu manyampuk.

"Takpelah Fea, mari duduk kat sebelah Auntie. Falisya kamu duduk kerusi sebelah tu." kata Datin Suraya dengan senyuman manis di wajahnya. Falisya pula sudah berganjak ke kerusi di sebelahnya.

Sofea yang terkebil-kebil akibat dijerkah oleh Rayyan sebentar tadi terus melangkah dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah Datin Suraya.

Setelah itu, mereka mula menjamu selera dengan suasana yang sedikit tegang. Sofea yang hanya makan sedikit itu ditegur oleh Falisya.

"Kak Fea diet ke? Sikit je Icha tengok Kak Fea makan." kata Falisya memecahkan kesunyian di ruangan itu. Semua mata tertumpu ke arah Sofea.

"Takdelah Icha. Kak Fea tak lapar sangat tu yang makan sikit je." Ujar Sofea dengan wajah yang serba salah. Dia sebenarnya sudah hilang selera apabila dijerkah oleh Rayyan sebentar tadi.

"Fea, ambiklah ikan siakap tiga rasa ni. Ni kan favorite awak." kata Faiq sambil meletakkan isi ikan itu kedalam pinggan Sofea.

"Eh takpelah Iq, saya boleh ambik sendiri lah."

"Iq, kau tak yah layan sangat perempuan ni. Dia bukannya cacat. Dia boleh ambik sendiri. Saja mintak perhatian orang." Rayyan sudah menayangkan muka menyampahnya kepada Sofea.

"Ikut suka hati aku lah nak layan dia ke apa. Yang kau sentap sangat asal. Dia bukannya bini kau pun. Ke kau nak aku cubitkan kau ikan siakap ni jugak?" kata Faiq dengan nada bergurau. Dia sendiri bengang dengan Rayyan yang tak habis- habis memarahi Sofea dari tadi.

Rayyan sudah mendengus geram. Geramnya bertambah apabila Faiq yang tiba-tiba sahaja meletakkan isi ikan kedalam pinggannya. Gamat ruang itu dengan gelak tawa dari semua orang apabila melihatkan muka Rayyan yang seperti udang dipanggang itu.

Usai makan tengah hari, mereka semua berehat sambil berborak di halaman rumah Tan Sri Engku Azman Malik kecuali Sofea dan Falisya yang membantu Mak Mah mengemas ruang makan.

Setelah selesai membantu Mak Mah, Falisya meminta diri untuk ke tandas kerana perutnya sakit. Sofea sekadar mengangguk dan berjalan menuju ke halaman rumah untuk menyertai yang lain.

"Hah Sofea mari duduk kat uncle ni" ujar Tan Sri Engku Azman Malik setelah melihat kelibat Sofea di muka muka pintu rumahnya itu.

Sofea tanpa banyak bicara lantas melabuhkan punggungnya kerusi yang bersebelahan dengan Tan Sri Engku Azman Malik. Saat matanya bertembung dengan mata Rayyan, dia terus menundukkan wajahnya. Faiq yang melihat hanya menggelengkan kepalanya.

"Dah alang-alang semua ada kat sini, saya ada perkara penting untuk dibincangkan." semua mata tertumpu ke arah Tan Sri Engku Azman Malik yang kelihatan serius dan tenang itu.

"Tentang apa papa?" soal Rayyan pelik. Dia sudah rasa tidak sedap hati.

"Tentang perkahwinan kamu Rayyan." jawab Tan Sri Engku Azman Malik dengan tenang.

Semua yang berada di situ kecuali Puan Sri Issabella Rosemary dan Sofea kelihatan terkejut dengan apa yang baru dikatakan oleh Tan Sri Engku Azman Malik itu. Rayyan terus memandang papanya tajam.

"Papa tahukan yang Dian tak ready lagi nak kahwin. Lagipun mama dengan papa tak pernah restu dengan hubungan kami."

"Bukan Dian bakal isteri kamu tapi Sofea."

Sekali lagi mereka disitu terkejut dengan kata-kata Tan Sri Engku Azman Malik. Rayyan mengetap giginya menahan marah. Dia menatap wajah Sofea dan papanya bersilih ganti dengan wajah seperti singa lapar.

sorry for long waiting......huhuhuhuhuhu Btw, Happy Reading...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience