BAB 6

Romance Series 7330

"Hell no papa! Rayyan takkan kahwin dengan perempuan sampah ni." tengking Rayyan kepada papanya sambil jarinya menunjal kepala Sofea.

"Stop it Rayyan. Jangan sentuh Sofea. Rayyan nak ke tak nak ke kamu tetap kena kahwin dengan Sofea. Keputusan papa muktamad." ujar Tan Sri Engku Azman Malik dengan tegas.

Rayyan yang bengan lantas menarik tangan Sofea dan menolaknya dengan kuat. Sekali lagi dirinya beruntung kerana Faiq sempat menyambutnya sebelum jatuh menyembah bumi.

"Rayyan kau ni dah kenapa nak sakitkan Fea. Kalau kau nak bantah sekali pun tak payah sampai nak sakitkan Fea." ujar Faiq yang bengang dengan kelakuan sahabatnya itu.

"Sofea okay ke? Ada luka kat mana-mana?" Tanya Puan Sri Issabella Rosemary sambil membelek-belek badan Sofea.

Rayyan yang semakin panas hati itu lantas berkata "Hey korang semua ni kenapa hah bela sangat perempuan ni. Korang ni dah kena guna-guna agaknya."

"Jaga sikit mulut tu Rayyan. Jangan nak tuduh sebarangan. Ini lah padahnya berkawan dengan perempuan biadap tu. Kamu pun ikut sekali sama macam dia." jerkah Tan Sri Engku Azman Malik kepada anaknya itu. Anaknya memang sudah melampau.

"Papa cakaplah apa pun. Rayyan takkan sesekali kahwin dengan perempuan sampah ni. Lagi satu, Dian tu jauh lebih baik dari perempuan yang tak sedar diri ni." baru sahaja dia mahu menunjal kepala Sofea lagi sekali, tetapi dihalang oleh Faiq.

"Fine, kalau kamu tak kahwin dengan Sofea kamu jangan mimpi nak waris walaupun satu sen harta keluarga kita. Semua kemewahan kamu juga akan ditarik balik. Semuanya akan jadi hak milik Sofea."

"This is too much papa!" kata Rayyan dengan suarang yang lantang lantas berlalu masuk ke dalam rumahnya.

"Takpe uncle, nanti Iq cakap dengan Rayyan uncle. Lagipun Dian tak balik sini lagi. Next week baru dia balik. Kalau Dian dah balik nanti lagi susah nak pujuk Rayyan." ujar Faiq memecahkan rasa canggung di halaman itu. Dia mencuba untuk menyejukkan sedikit hati Tan Sri Engku Azman Malik apabila muka orang tu itu kelihatan sangat kecewa dengan kelakuan anaknya itu.

"Iyelah Faiq. Tadi kamu kata Dian tak balik lagi. Kenapa dia tak balik sekali dengan kamu berdua? Biasanya bukan main lagi berkepit dengan Rayyan."

"Saya oun tak pasti lah uncle tapi Rayyan cakap photoshoot Dian last next week sebab tu dia balik next week. Tapi saya ada sesuatu nak cakap dengan uncle. Boleh tak kita cakap berdua je?"

"Jomlah kita borak kat kolam sana. Jom Ri ikut sekali."

Sebelum melangkah pergi Tan Sri Engku Azman Malik menegur Sofea yang kelihatan sedih itu sebentar.

"Sofea, kamu okay tak ni? Kamu jangan ambil hati sangat dengan Rayyan itu. Nanti uncle cakap dengan dia. Lagi satu, kamu tidur sini lah hari ni. Jari pun dah nak maghrib ni kalau kamu nak balik pun. Bahaya drive sorang-sorang." Tan Sri Engku Azman Malik kesian melihat Sofea yang sering diherdik oleh Rayyan itu.

"Baik uncle. Sofea okay je." ujar Sofea sambil menayangkan senyuman tipis kepada Uncle Malik.

**********

"Hah Iq kamu nak cakap apa dengan kami ni? Macam penting sangat je." ujar Datuk Zahari kepada anaknya itu.

"Macam ni daddy uncle, haritu masa kat London Iq teman Rayyan dinner sebab dia kata Dian ada photoshoot and habis lambat. Lepastu nak tahu Iq nampak apa?"

Tan Sri Engku Azman Malik dan Datuk Zahari tekun mendengar dan tidak sabar mahu mendengar sambungan cerita Dian itu.

"Iq nampak Dian dengan seorang lelaki. Lelaki tu pulak nampak macam sebaya dengan daddy and uncle. Tapi Rayyan tak nampak and Iq tak bagitahu uncle pun."

"Uncle dah agak dah Dian tu nak kikis harta uncle je. Dia pun nak sangat ke Rayyan pun. Sebab tu uncle nak Rayyan kahwin dengan Sofea."

"Uncle dah tau? Daddy pun tahu ke?" ujar Faiq sedikit terkejut dengan pengakuan Tan Sri Engku Azman Malik.

"Daddy mulanya tak tahu juga tapi lepas ayah dia si Rashid tu scam daddy, daddy pun upah orang siasat keluarga dia. Waktu tu baru daddy tahu."

"Maknanya RM 500,000 daddy yang lesap macam tu je tu angkara ayah Dian lah?"

"Ye Iq. Kalau kamu tak tolong bayarkan hari tu mungkin daddy dah diisytihar bankrap dah." ujar Datuk Zahari sedih dan kecewa dengan apa yang dah berlaku.

"Kenapa daddy tak cakap dekat Iq? Kalau tak dah lama Iq ajar perempuan tu." ujar Faiq dengan geram sambil mengepal penumbuknya.

"Daddy bukan tak nak bagitahu kamu. Tapi daddy tak nak nanti pembelajaran kamu terganggu lagipun masa tu kan kamu tengah final."

"So, sekarang ni daddy dengan uncle nak buat apa?"

"Buat masa sekarang ni uncle akan pastikan Rayyan kahwin dengan Sofea dulu. Lepastu baru uncle nak ambik tindakan dekat Dian dan ayah dia. Lagipun sekarang ni bukti yang kami ada tak kukuh."

"Tapi uncle tak kesian ke dekat Sofea. Iq tak nak nanti Sofea jadi mangsa keadaan and didera fizikal dan mental ileh Rayyan. Uncle pun tahukan Rayyan tu macam mana." kata Faiq yang risau akan Sofea.

"Uncle tahu Iq. Tapi itu sahaja caranya untuk mengelakkan daripada Dian buat syarikat uncle lingkup."

"Kalau macam tu biar Iq jelah kahwin dengan Sofea. Lepas tu uncle bagi syrikat uncle kat Iq. Biar Rayyan kahwin dengan Dian sehelai sepinggang. Baru perempuan tu tahu langit tu tinggi ke rendah." ujar Faiq dengan nada bergurau.

"Jangan jadi tamak haloba Iq. Syarikat daddy tu sape nak uruskan. Dah lah daddy dah banyak tanggung kerugian disebabkan si Rashid gila tu."

"Alah, Icha kan ada. Suruhlah Icha waris syarikat daddy." kata Faiq sahaja mahu mengusik daddynya yang tengah panas hati itu.

"Si Icha tu, dia tak kisah langsung pasal harta daddy ni. Dia dengan mummy kamu sibuk dengan butik yang baru dia bukak tu."

"Alolololo ciannya daddy Iq ni. Iq gurau jelah daddy. Iq saja je test market tadi. Kotlah Uncle Malik bagi green light Iq jadi menantu dia. Untung Iq dapat isteri cantik and baik macam Fea tu. Bukan senang nak cari orang macam Fea tu."

"Ada-ada jelah kamu ni Iq." ujar Datuk Zahari sambil tangannya menampar lembut bahu anak bujangnya itu.

Tan Sri Engku Azman Malik hanya tersenyum melihat gelagat dua beranak itu. Dia berharap sangat yang Rayyan seperti Faiq. Seorang anak lelaki yang sentiasa akur dan utamakan orang tuanya.

Dalam Tan Sri Engku Azman Malik sibuk merenung nasibnya, dia tersentak apabila tangannya digenggam lembut oleh seseorang.

"Uncle janganlah sedih. Iq harap sangat Rayyan akan berubah bila dia kahwin dengan Sofea nanti. Tapi kalau dia tak berubah, Iq akan suruh dia ceraikan Sofea. Then Iq boleh kahwin dengan Sofea sekali gus jadi anak uncle." ujar Faiq dengan nada bergurau. Dia sengaja mahu mengusik Tan Sri Engku Azman Malik dengan harapan dapat menenangkan sedikit hatinya.

"Ish kamu ni Iq, kesitu pulak. Dah tak nak jadi anak daddy ye? Daddy merajuklah macam ni. Dah lah daddy nak balik, kamu tinggal lah sini dengan Uncle Malik kamu ni." Kata Datuk Zahari kepada anaknya dengan nada merajuk sambil berura-ura untuk bangun.

"Ala daddy ni. Tak comel okay daddy merajuk. Iq gurau je." kata Faiq sambil mencucuk-cucuk muka daddynya. Kelakuannya itu mengundah tawa Datuk Zahari dan Tan Sri Engku Azman Malik.

Gamat tempat itu dengan gurauan dan gelak tawa mereka bertiga. Mereka bertiga akhirnya masuk ke dalam rumah setelah azan Maghrib berkumandang. Tanpa mereka sedari, kelakuan mereka itu di perhatikan oleh Rayyan dari balkoni biliknya. Dia hanya mampu mengeluh melihat kebahagiaan mereka itu.

Sebelum pulang, keluarga Datuk Zahari menunaikan solat maghrib berjemaah yang diimamkam oleh Faiq. Mereka juga makan malam bersama.

Happy Reading guys Sorry kalau ada typo....huhuhuhuhuhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience