BAB 3

Romance Series 7330

Jam sudah menunjukkan angka 7 p.m. Tapi Sofea masih menyibukkan dirinya dengan kerja-kerjanya. Walaupun sedari tadi fikiran melayang memikirkan syarat Uncle Malik. Akhirnya dia melepaskan keluhan yang berat.

Raihana yang mahu bergerak pulang itu menoleh ke arah kawannya yang kelihatan kusut itu.

"Kau ada masalah ke Sofea? Aku bukan nak busy body tapi dari tadi aku tengah kau rungsung je kerja kau takde satu pun yang jalan. Pastu kau asyik mengeluh je dari tadi. Kalau kau ada masalah kau boleh luahkan dekat aku."

"Teman aku dinner malam ni boleh tak?" Tanya Sofea kepada sahabatnya itu.

"Boleh je tapi kita singgah masjid solat maghrib dulu lepas tu kita terus pergi dinner." Ujar Raihana sedikit teruja seperti mahu keluar dinner dengan kekasih hati.

"Okay, kita naik kereta kau lah. Aku takde mood naik drive." Kata Sofea menayangkan sebaris giginya kepada Raihana.

" Yelah. Bila je kau tak menyusahkan aku." Kata-kata Raihana itu disambut dengan gelak tawa dari Sofea. Raihana sedikit lega melihat kawannya itu kembali tersenyum.

Setelah siap mengemas barangnya Sofea berjalan beriringan dengan Raihana menuju ke kereta Raihana lantas memboloskan dirinya ke dalam perut kereta Raihana.

Dari jauh gerak-geri Sofea diperhatikan oleh Tan Sri Engku Azman Malik. Dia akhirnya melepaskan keluhan yang berat apabila melihatkan keadaan Sofea itu. Dia tahu yang Sofea keberatan dengan syaratnya itu namun dia tiada pilihan lain. Dia tidak mahu anak tunggalnya jauh terpesong kerana seorang wanita yang tamak.

"Weh Sofea jauhnya termenung. Tu nasi goreng kau tu sikit pun kau tak usik. Kau kenapa sebenarnya?"

"Tan Sri dia letak syarat kat anak dia kalau nak jadi CEO, anak dia kene kahwin dengan aku selama setahun kalau tak dia serahkan syarikat tu kat aku"

Tersedak Raihana mendenagar cerita Sofea, hampir saja mee goreng yang berada dalam mulut tersembur keluar. Raihana lantas menyedut fresh orangenya. Berair mata dia.

"Kau biar betul Sofea?! Pastu kau setujulah dengan syarat dia?!"

"Aku cakap aku ikut je mana yang dia rasa terbaik." Ujar Sofea sedikit sedih

"Kau dah gila ke Sofea? Kau nak seksa hidup kau ke Sofea?"

"Entanlah Rai aku buntu sekarang ni. Aku tak setuju sebenarnya tapi kesian kan Uncle denga Auntie."

"Aku tahulah Tan Sri dan Puan Sri dah banyak tolong kau. Tapi banyak lagikan cara lain kau nak bals jasa dia. Kau sendiri tau Rayyan tak pernah suka kan kau. Sekarang ni dah heboh satu Malaysia ' pewaris tunggal AM Holdings bercinta dengan model terkenal antarabangsa Dian Farhana'. Kau nak ke orang tuduh kau perampas?" Kata Raihana tidak berpuas hati dengan sahabatnya itu

Sofea diam tidak berkutik. Dia cuba menghadam kata-kata Raihana. Bila dia fikirkan balik ada betulnya kata-kata Raihana itu. Tapi hatinya masih berbelah bagi.

"Dahlah kau ni aku cakap sikit nak sentap. Kau fikirlah masak-masak sebelum buat keputusan untuk kahwin dengan si Rayyan tu. Sekarang ni aku nak kau makan sebelum aku tinggal kau sorang- sorang kat sini." Kata Raihana apabila melihat sahabatnya itu masih lagi mengelamun.

Sofea yang baru sedar dari lamunan itu memulakan suapan makanannya walaupun terpaksa. Dia sendiri sudah hilang selera untuk makan memikirkan nasib dirinya.

*************************

Di rumah,Tan Sri Engku Azman Malik merenung ke arah kolam renangnya dengan fikiran yang bercelaru. Dia sendiri kesian dengan Sofea yang kelihatan murung selepas dia menyarakan hasratnya.

"Bang, jauh termenung. Syarikat ada masalah ke?"

"Takde apa lah Rose. Saya fikirkan Sofea."

"Sofea? Kenapa dengan dia? Dia sakit ke? Kalau dia sakit jomlah kita pergi tengok dia" kata Puan Sri Issabella Rosemary cemas apabila nama Sofea meniti dibibir suaminya itu.

"Eh awak ni bukanlah. Dia sihat je. Ni pasal syarat kita tu."

"Lega hati saya dengar dia sihat. Kenapa dengan syarat tu, dia tak setuju ke?"

"Dia cakap dia ikut je apa yang kita rasa terbaik. Tapi saya nampak dia murung sangat lepas saya cakap pasal syarat tu dekat dia." Ujar Tan Sri Engku Azman Malik meluahkan apa yang mengganggu fikirannya kepada isterinya itu.

"Kesian pulak dekat dia. Sejujurnya saya pun keberatan nak lepaskan Sofea ke tangan Rayyan. Yelah kita pun tahukan diaorang berdua tu memang tak pernah berbaik. Saya takut nanti Sofea jadi mangsa keadaan. Tapi dalam masa yang sama kita dah takde pilihan lain." kata Puan Sri Issabella Rosemary sebelum melepaskan keluhan.

"Itulah. Takpelah kita berserah jelah kepada takdir. Saya harap dengan syarat ni Rayyan boleh kembali ke jalan yang benar." nada suara Tan Sri Engku Azman Malik berubah sedih apabila mengenangkan sikap anaknya yang berubah selapas dia bercinta dengan Dian.

Puan Sri Issabella Rosemary hanya mampu mengeluh mendengar kata-kata suaminya itu. Ya, dia sendiri akui yang anaknya itu sudah jauh berubah selepas dia Bercinta dengan Dian. Walaupun hubungan mereka itu ditentang dari awal lagi, namun Rayyan tidak mengendahkannya.

"Tuan puan, kita ada tetamu dekat luar." Ujar pembantu rumah mereka, Mak Mah.

"Eh Kak Mah siapa yang datang malam-malam macam ni?" tanya Puan Sri Issabella Rosemary hairan dengan kening yang berkerut.

"Saya tak kenal lah puan, tapi dia cakap dia ada hal mustahak nak bincang dengan tuan dan puan."

"Jomlah Ros kita pergi tengok" ujar Tan Sri Engku Azman Malik lalu bangun menuju ke ruang tamu diikuti oleh isteri dan pembantu rumahnya itu.

"Assalamualaikum" sapa Tan Sri Engku Azman Malik dari belakang tetamunya itu.

"Waalaikumussalam, Malik kau sihat?" Soal Datuk Zahari kepada sahabat karibnya yang sudah lama tidak bersua muka dengannya.

"Ya Allah Zahari. Alhamdulillah aku sihat je. Kau sihat ke?" kata Tan Sri Engku Azman Malik teruja lantas memeluk sahabatnya itu.

"Aku pun sihat je Malik. Aku datang ni ada hal sikit nak cakap dengan kau pasal ayah kepada girlfriend anak kau tu." Terang Datuk Zahari tentang tujuannya datang ke rumah sahabatnya itu pada lewat malam.

Mendengarkan itu Tan Sri Engku Azman Malik berpandangan dengan isterinya. Dia sudah rasa tidak sedap hati dengan apa yang baru didengarnya itu.

Happy Reading u all, sorry kalau klise sikit. Hehehehehehehehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience