BAB 11

Romance Series 7330

~FLASHBACK~

"Fea kalau ada apa-apa terus bagi tau uncle tau. Kalau uncle tak angkat call Fea mesej je nanti uncle baca."

"Baik uncle. Insya-Allah takde apa-apa yang terjadi. Uncle janganlah risau eah"

"Uncle bukan apa Fea, kamu tahu kan Dian tu macam mana? Rayyan pulak sentiasa percayakan Dian tu bulat-bulat. Uncle tak nak benda buruk terjadi dekat Fea. Uncle dengan Uncle Malik dah janji dengan arwah ibu bapa Fea untuk jaga Fea baik-baik."

"Ye uncle Fea tau. Uncle jangan risau okay, kalau ada apa-apa yang terjadi Fea terus bagitahu uncle walaupun Fea just sakit perut." Seloroh Sofea dan disambut dengan gelak tawa Datuk Zahari.

"Ada-ada jelah kamu ni Fea. Okaylah Uncle dah nak gerak ni. Jumpa lagi ye." Kata Datuk Zahari lalu terus meloloskan dirinya ke dalam kereta. Selepas melambai Sofea, dia terus menutup kembali cermin tingkap. 'Ya Allah Kau lindungilah Sofea daripada insan-insan yang jahat.' doa dia dalam hati. Dia cukup berat hati mahu melepaskan Sofea ke tangan Rayyan.

~FLASHBACK END~

Berkali-kali Sofea cuba menelefon Rayyan namun tidak diangkat. Akhirnya dia menelefon Faiq.

"Iq, boleh tak tolong hantar saya pergi klinik sekarang?" Tanya Sofea tanpa salam setelah panggilannya diangkat. Kepalanya terlalu sakit akibat hantukkan yang kuat sebentar tadi. Suaranya juga kedengaran lemah sekali.

"Pergi klinik? Awak kenapa Sofea? Awak kat mana sekarang ni? Saya datang ambik awak." Soal Faiq bertalu-talu kerana bimbang dengan keadaan Sofea.

"Saya dekat penthouse Rayyan." Jawab Sofea ringkas lalu tubuhnya rebah ke lantai.

"Fea? Fea? Feaaaa!" Jerit Faiq apabila kedengaran seperti Sofea pengsan. Dia terus bergegas keluar dari officenya dan menuju ke penthouse Rayyan.

Sofea membuka matanya perlahan-lahan kerana kepalanya masih terasa sakit. Dia memandang sekelilingnya dan pandangannya terhenti ke arah susuk tubuh yang berdiri membelakanginya. Baru dia mahu menegur, susuk tubuh itu terlebih dahulu menegurnya.

"Fea dah sedar. Alhamdulillah cuak Iq bila tengok Fea pengsan dengan kepala berdarah tadi." Ujar Faiq sambil tersenyum manis kearahnya.

"Sorrylah Iq susahkan awak pulak. Saya call Rayyan berkali-kali tapi dia tak jawab. Tu yang saya call awak."

"Takde apalah Fea. Kan daddy Iq dah pesan haritu kalau ada apa-apa call je kiteorg. Iq nak tanya, macam mana boleh jadi macam ni? Rayyan pukul ke?"

"Tak bukan dia tapi kekasih hati pengarang jantung dia."

"Dian. Ish tak guna betul lah perempuan tu. Dia nak apa?"

"Dia suruh Fea cakap dekat papa untuk letak Rayyan sebagai pewaris tunggal and minta cerai dengan Rayyan. Bila Fea cakap suruh cakap sendiri dia bengang and tolak Fea kuat then kepala Fea terkena bucu meja."

"Bahaya lah dia tu. Fea kena hati-hati tau. Satu lagi, penthouse Rayyan tu ada cctv ke? Kalau ada boleh ambik rakaman cctv tu then serahkan ke pihak polis. Lagipun sekarang ni Iq dengan daddy tengah kumpul bukti tetang rancangan jahat Dian dengan ayah dia."

"Fea tak sure lah Iq. Tapi...." Ayatnya tergantung apabila pintu wadnya dikuak dari luar. Kelihatan Rayyan datang bersama Dian. Faiq terus membuat muka meluatnya sambil melirik ke arah Sofea yang kelihatan tergamam.

"Kau okay ke? Macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Rayyan cemas. Dia yang tengah menikmati lunch dengan Dian bergegas ke hospital apabila menerima panggilan dari Faiq.

"Saya terjatuh tadi then kepala saya terkena bucu meja kopi dekat ruang tamu."

"You ni kan Sofea clumsy as always. I risau tau bila dengar Iq bagitahu Rayyan yang you warded tadi. Next time hati-hati tau. I tak nak lah bakal madu I sakit-sakit macam ni " ujarnya konon-konon simpati dengan Sofea. Dia juga sempat menggeselkan badannya pada Rayyan sambil tangannya memeluk lengan Rayyan.

"Thanks for you concern Dian. Tapi saya tak perlukan kerisauan dan simpati dari awak." Ujar Sofea sinis. Faiq hampir menghamburkan tawanya tatkala melihat wajah Dian berubah menjadi seperti tapai basi.

"Sayang, kan I dah cakap tak payah ikut I melawat perempuan ni tadi tapi you degil nak jugak ikut. Kan dah sakit hati. Perempuan ni bukannya reti bersyukur." Hatinya terbakar ketika mendengar jawapan yang keluar dari mulut Sofea sebentar tadi.

"Kau okay je kan. Okaylah aku nak hantar Dian photoshoot dulu kang lambat pulak. Iq kau uruskanlah perempuan ni. Aku busy hari ni."
Belum sempat Faiq menjawab Rayyan dan Dian terus melangkah pergi meninggalkan mereka. Dia terus mengepal penumbuknya menahan geram. 'Dasar perempuan tak guna.' kata Faiq dalam hati.

"Fea okay? Nak makan apa-apa tak? Iq nak pergi solat kejap sebab Iq tak solat Zohor lagi"

"Fea okay je Iq dah biasa dah. Iq pergilah solat Fea tak lapar. Kalau Iq nak balik pun tak pe. Fea okay je. Susahkan Iq pulak."

"Eh takpelah Fea. Iq dah call daddy tadi cakap teman Fea kat hospital. Petang nanti daddy cakap dia datang sekali dengan mummy, uncle Malik, Aunty Rose and Icha. Oakylah Iq pergi solat dulu eah. Kalau tiba-tiba terasa nak makan apa-apa mesej je Iq."

"Okay Iq" balas Sofea sambil tersenyum. Dia hanya memandang Faiq yang sudah pergi untuk menunaikan kewajipannya sebagai seoarang hamba-Nya.

Petang itu, wad Sofea riuh dengan kehadiran keluarga mertuanya serta ibu bapa dan adik Faiq. Eh jap mana Rayyan? Rayyan sudah semestinya dengan si buah hati pengarang jantung dia.

"Hah Sofea, ni bila kamu boleh balik?" Soal Tan Sri Engku Azman Malik.

"Kalau takde apa-apa esok dah boleh discharge uncle." Jawab Faiq bagi pihak Sofea.

"Heh, apalah nasib kamu ni Sofea baru kahwin seminggu dah berbalut dahi. Ni kalau setahun tak tahulah uncle nak cakap apa, entah-entah nyawa pun boleh melayang." Ujar Datuk Zahari dengan nada kesian. Ye dia kasihankan Sofea yang terpaksa tanggung sakit seorang diri.

"Kamu ni Fea jangan dilayankan sangat Si Rayyan dengan Dian tu. Dua-dua psiko. Dian pun satu, tak tahu halal haram ke sampai suruh orang bercerai bagai." Giliran Datin Suraya pula melepaskan anarahnya.

"Biasalah tu Sue, orang dah kemaruk sangat nakkan harta orang gitulah jadinya. Bak kata orang bapak borik anak rintik." Ujar Puan Sri Issabella Rosemary pula dan disambut dengan gelak tawa semua mereka yang berada di situ.

"Fea, malam ni tak pe kan kalau Iq temankan Fea?" Soal Faiq tiba-tiba. Yelah dia takut Sofea tidak mahu kerana dia merupakan isteri orang.

"Er....kalau tak teman pun tak pe. Fea bukan apa, tak manis orang pandang nanti yelahkan Fea ni kan isteri orang." Sofea sebenarnya bimbang jika Rayyan tiba-tiba datang pada waktu malam. Dia bukan tidak tahu Rayyan itu macam mana. Kang tak pasal-pasal Faiq pulak yang masuk hospital.

"Betul jugak tu Iq. Kamu pu tahu kan Rayyan tu macam mana. Biar Icha jelah yang temankan Fea. Boleh Icah?" Kata Datin Suraya.

"Boleh je mummy. Icha lagi suka tak yah lah dengar mummy bebel dekat Icha malam ni." Jawab Falisya selamba. Dia sengaja mahu mengusik mummynya yang tengah panas hati sejak dari tadi lagi.

"Eh kamu semua pergilah solat dulu dekat surau lepastu kita boleh makan sama-sama sebelum pulang." Ujar Tan Sri Engku Azman Malik tiba-tiba. Sedari tiba tadi dia hanya mendiamkan diri cuma sesekali sahaja kedengaran dia ketawa.

"Kau tak solat sekali ke Malik?" Soal Datuk Zahari pelik.

"Tak, aku ada benda sikit nak cakap dengan Sofea."

"Yelah. Jom semua, kita solat berjemaah." Setelah itu kesemua mereka beredar ke surau untuk menunaikan solat maghrib berjemaah. Tinggallah Tan Sri Engku Azman Malik dengan Sofea dalam wad vvip itu.

"Sofea, papa nak minta maaf bagi pihak Rayyan. Papa rasa menyesal suruh dia kahwin dengan Sofea." Ujar Tan Sri Engku Azman Malik dengan sedih.

"Tak pelah papa. Sofea okay je. Ni pun sikit je."

"Yelah Sofea. Ni papa nak bagi kamu hadiah sebenarnya. Sebagai tanda terima kasih sebab sudi kahwin dengan Rayyan." Kata Tan Sri Engku Azman Malik lantas menghulurkan sebuah kotak kecil kepada Sofea.

"Eh apa ni papa. Sofea ikhlaslah nak kahwin dengan Rayyan." Dia terpaku melihat seutas rantai dengan loket berbentuk hati berwarna rose gold itu.

"Mari papa pakaikan. Kamu jangan bukak ye." Sofea berasa sedikit pelik dengan kata-kata Tan Sri Engku Azman Malik itu. Namun dibiarkan sahaja. Rantai tersenut dihulurkan kepada Tan Sri Engku Azman Malik untuk dipakaikan di lehernya.

"Cantiknya sesuai dengan kamu. Pandai mama kamu pilih. Okay lah Sofea papa nak pergi solat dulu dah lambat dah ni. Nanti papa datang balik."

"Okay papa. Thanks for the necklace."

Tan Sri Engku Azman Malik hanya senyum ke arah Sofea dan terus berlalu ke surau. Ketika dia mahu masuk ke surau dia bertembung dengan Faiq dan Datuk Zahari.

"Uncle dah bagi ke dekat Fea?" Soal Faiq

"Dah. Uncle dah pesan dekat dia jangan buka rantai tu."

Faiq dan daddynya hanya menganggukkan kepala dan tersenyum lalu terus berjalan menuju ke wad Sofea semula. Tan Sri Engku Azman Malik pula terus mengambil wudhuk dan menunaikan solat maghrib.

Sorry lambat update....Sis busy sikit....apa-apa pun happy reading okay

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience