BAB 12

Romance Series 7330

"Rayyan!" Laung Faiq dari jauh. Sakit matanya melihat pasangan kekasi yang sedang berpelukan seperti pasangan suami isteri.

"Iq, kau asal jerit-jerit ni? Tak malu ke orang tengok?" Jerkah Rayyan dengan kasar.

"Ouh malu? Habis kau yang berpeluk dengan betina ni tak malu? Hey kau tau tak Fea tu masuk hospital sebab betina ni!" Kata Faiq lantang sambil jarinya menunjal kepala Dian. Dia sudah tidak menghiraukan orang sekekliling yang memandang ke arahnya.

"Kau jangan nak buat ceritalah Iq. Sofea tu memang cuai. Perempuan sampah macam tu bukan pandai jaga diri. Entah-entah dah tak suci." Tempelak Rayyan. Dia sakit hati apabila Faiq menuduh Dian yang menyakiti Sofea kerana dia tahu Dian bukan jenis seperti itu.

Pang! Satu tamparan padu hinggap di muka Rayyan.

"Hey Rayyan perempuan yang kau cakap sampah dan dah tak suci tu isteri kau!. Kau pasti ke dia dah tak suci? Kalau betina ni aku yakin memang dah tak suci." Sekali lagi tangan Faiq naik menunjal kepala Dian. Kali.ini lebih kuat sehingga Dian hampir tersungkur namun lengannya sempat dicapai oleh Rayyan.

"Hey perempuan! Kau cakap apa yang kau dah buat dekat Sofea?! Kau ingat aku tak tahu ke apa yang kau buat kat belakang Rayyan! Hey aku tahulah yang kau........" Belum sempat Faiq menghabiskan ayatnya ada satu suara yang menegurnya dari belakang.

"Iq!" Panggil Datuk Zahari dengan kuat. Dia bimbang jika rancangan mereka tidak sengaja dibongkarkan oleh Faiq akibat terlalu marah.

"Daddy?" Soal Faiq pelik plus terkejut dengan kehadiran Daddynya dan Uncle Malik di situ.

"Kamu tak payah terkejut sangat Faiq. Kami ni saja keluar ambil angin dekat sini lepas tu dengar orang kecoh-kecoh tadi kami pergilah tengok. Tak tahu pulak ada orang kene tangkap 'basah' kat sini" ujar Tan Sri Engku Azman Malik tanpa perasaan sambil menjeling tajam ke arah Rayyan dan Dian. Perasaan geramnya Tuhan sahaja yang tahu.

"Hah Rayyan, kamu tak temankan Sofea ke dekat hospital? Tak elok biarkan isteri kamu tu sorang-sorang kat hospital. Lagipun kamu tak malu ke orang tengok kamu berdua-duaan dengan bukan mahram sedangankan kamu dah kahwin? Lainlah kalau orang tu takde maruah tu yang sibuk menempel dekat kamu."

Dush! Dian terasa seperti dirinya ditembak dengan peluru berpandu berkali-kali. Dari tadi lagi dia menahan geram. Dia yang terlampau geram lantas berkata

"Hey orang tua! Kau ingat aku ni murah sangat ke? Yang perempuan murah tu Sofea bukan aku!" Balas Dian dengan nada yang tinggi. Amarahnya sudah tidak dapat dibendung lagi.

Pang! Satu tamparan yang kuat hinggap di pipi Dian sehingga telinganya terasa berdesing.

"Perempuan macam ni yang kau nak sangat Rayyan!? Hey Dian! Kau jangan mimpi nak jadi menantu aku. Aku akan buat apa saja untuk halang perbuatan jahat kau dekat keluarga aku. Kau dengar sini baik-baik Rayyan! Kalau kau ceraikan Sofea kau bukan lagi anak aku. Kau ingat tu." Tegas Tan Sri Engku Azman Malik berkata lantas terus berlalu pergi dari situ. Hati tuanya begitu terasa dengan perbuatan anaknya.

"I'm not done yet with you b*tch!" Ujar Faiq lantas terus berlalu mengikuti langkah Tan Sri Engku Azman Malik.

Datuk Zahari hanya memandang sinis ke arah Rayyan dan Dian sebelum berlalu dari situ. Dia tidak menyangka yang Dian akan mengherdik sahabatnya itu. Jatuh simpati melihat keadaan sahabatnya itu. Dia tahu sahabatnya itu kecewa dengan Rayyan.

"Bie, I'm sorry okay? I tak sengaja. Dia orang yang provoke I. I'm sorry okay." Ujar Dian cuba untuk meraih simpati Rayyan yang hanya diam sedari tadi.

Tiba-tiba Rayyan melepaskan pegangan tangannya pada Dian dan terus berlalu pergi meninggalkan Dian terpinga-pinga disitu.

"Bie, look I......" Belum sempat Dian berkata selanjutnya Rayyan bersuara.

"Leave me alone!" Kata Rayyan dengan tegas.

'Tak guna punya orang tua. Sebab kau Rayyan terus tak layan aku. Tak pe hari ni hari kau. Aku akan tundukkan Rayyan semula. Dia milik aku!' ujar Dian dalam hati dengan geram sambil menggenggam tangan. Dalam dia mendongkol geram tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Setelah melihat nama pemanggil dia tersenyum gedik.

"Youuu, I miss you too! Jom kita enjoy malam ni. Okay as usual!" balas Dian dengan gedik terhadap si pemanggil. 'Baik aku puaskan diri aku dulu malam ni. Dapat jugak aku seribu dua.'

**********

Rayyan tiba di wad Sofea tepat jam 12 am. Dia menguak sedikit pintu wad Sofea. Kelihatan Sofea sedang tidur dengan lena. Dia melangkah masuk ke wad Sofea dan melihat tiada siapa yang menemaninya ketika itu. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak. Dia akui bahawa hatinya sedikit terusik dengan kebaikan Sofea terhadapnya. Namun egonya melebihi segalanya.

Dia duduk di atas kerusi di sebelah katil Sofea. Tangannya naik mengusap luka yang berbalut di kepala Sofea menyebabkan Sofea mencelikkan matanya. Rayyan terkedu.

"Awak buat apa kat sini?" Soal Sofea pelik. Dia terkejut dengan kehadiran Rayyan yang tiba-tiba itu. 'Mimpi apa mamat ni tiba-tiba datang sini malam-malam macam ni? Pagi tadi bukan main lain marah kat aku.'

"Jaga isteri sakit"

"Isteri? Mana isteri awak?"

"Kau lah. Aku ada seorang je isteri dan Insya-Allah takkan ada isteri lain."

Sofea pelik dengan bicara Rayyan yang tiba-tiba lembut dan tidak tegas seperti biasa. 'Dia ni kene sampuk ke apa? Takkan lah dia tiba-tiba jatuh cinta dengan aku pulak?'

"Awak tak sihat ke Rayyan? Lain macam je saya tengok."

Rayyan tidak menjawab soalan Sofea sebaliknya dia menolak tubuh Sofea sikit dan membaringkan dirinya di sebelah Sofea. Sofea yang terkejut terus menolak tubuh Rayyan dengan kuat namun tindakannya sia-sia kerana Rayyan merangkul tubuhnya erat.

"Ish awak ni buang tabiat ke Rayyan? Kalau awak nak tidur, tidur lah kat sofa tu."

"Kau tidur jelah diam-diam"

"Macam mana saya nak tidur kalau awak ada kat sebelah? Mana tau awak ambik kesempatan ke kan? Entah-entah awak mabuk tak? Saya Sofea tau bukan Di....." Belum sempat Sofea menghabiskan kata-katanya, Rayyan menyambar bibirnya. Sofea terus terkaku.

"Ni balasan untuk mak cik yang banyak cakap macam kau. Kalau kau berbunyi lagi, lebih daripada ni aku buat." Kata Rayyan sambil merenung muka Sofea yang kelihatan terkebil-kebil dengan tindakan drastiknya sebentar tadi.

"Dah kau tidur jelah aku janji tak buat apa-apa okay? Good night sayang!" Satu kucupan hinggap di dahi Sofea. Sofea yang terkejut terus mengalihkan pandangannya dan menyembamkan mukanya ke dada Rayyan.

Rayyan yang melihat gelagat Sofea itu tersenyum. Jujur dia katakan hatinya tenang saat melihat wajah Sofea. Terus dia lupakan apa yang berlaku sebentar tadi. Setelah melihat Sofea yang sudah lena, dia pun memejamkan matanya dan mengeratkan lagi pelukannya terhadap Sofea sebelum dia juga turut terlena.

Sorry lambat update......Sis kering idea nak menulis....hihihihi..... apa-apa pun enjoy reading okay!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience