" Hanim, jom akak nak tunjuk dress pengantin baru " ajak Sofia.
" Jom. Anim tak sabar nak tengok " .
" Jom ikut akak " .
" Sekejap ya sayang " Hanim dan Sofia terus berlalu.
Aika hanya beriak tenang. Padahal dalam hatinya, mahu sahaja dia menghilangkan diri. Macam mana dia boleh tak tahu Sofia adalah kakak Amar. Mungkin kerana Amar mempunya tiga orang kakak. Dia hanya pernah berjumpa dengan kakak sulung Amar.
" Tak sangka kita jumpa lagi. Dunia ni kecil jer rupanya " kat Amar memecah kesunyian antara mereka.
" Saya pun tak minta kita dipertemukan kembali " jawab Aika.
" Mungkin jodoh " kata Amar selamba.
What? Jodoh? Hey dah tunang pun boleh lagi cakap macam tu.
" Kalau saya tahu dari awal Kak Fia kakak awak. Saya takkan terima job ni " .
" Maknanya awak still tak boleh lupakan saya kan? " .
" Mengarut. Saya berharap sangat tak akan jumpa awak lagi. Entah apa yang malang sangat, jumpa pulak dengan awak. Sepatutnya pertemuan ni tak patut berlaku " .
" Ika, Ika. Masih sama macam dulu. Tegas " .
Aika tersenyum sinis ke arah Amar.
" Kalau tak tegas, senanglah orang pijak kita. Buat kita macam sampah " pedas kata-kata Aika.
" Saya minta maaf atas apa yang pernah terjadi dulu. Kalau saya boleh ulang masa, saya tak akan buat awak macam tu. I'm sorry " .
" Saya tak perlukan kata-kata maaf daripada awak " Aika terus berlalu.
Dia malas hendak melayan Amar. Takut nanti perasaanya pada Amar tumbuh kembali. Bukan mudah untuk dia buang lelaki itu di hatinya.
Amar mengeluh perlahan. Tidak guna dia menyesal. Aika sudah tawar hati.
Aika menghempaskan tubuhnya di atas katil. Pandangannya di hala ke siling.
Fikirannya menerawang jauh. Kenapalah di antara berbilion-bilion manusia di dunia ni, Amar juga adik kepada Sofia.
" Saya janji akan setia dengan Ika. Ika pun buat benda yang sama tau. Insya Allah bila kita dah sama-sama habisbelajar nanti dah ada kerja tetap kita kahwin " .
Aika tersenyum kecil.
" Insya Allah " .
Aika begitu berharap Amar setia kepadanya walaupun mereka bercinta jarak jauh. Kata orang jarak bukan penghalang. Jika sudah tidak setia sebelah rumah pun boleh curang. Jadi jarak bukan penentu.
Amar menyambung pelajarannya di Perak. Manakala Aika hanya menyambung pelajaran di negeri sendiri iaitu Melaka.
Share this novel