Part 22.

Romance Completed 24826

" Ada apa Anim tiba-tiba nak jumpa saya? " soal Faris.

Dia hairan apabila tiba-tiba Hanim mengajaknya berjumpa. Katanya ada benda penting yang hendak diberitahu.

" Anim, nak beritahu sesuatu pada Faris " .

" Apa dia? " .

" Awak sayangkan Aika? " .

" Kejap. Saya tak faham lah Anim. Kenapa tiba-tiba awak tanya ni? " .

" Awak sayangkan dia atau tak? " soal Hanim sekali lagi.

" Sayang. Saya sayangkan dia " jawab Faris.

" Kalau awak sayang. Awak sepatutnya biarkan dia bahagia dengan orang yang dia sayang " .

Faris semakin bingung.

" Saya tak faham lah Anim. Apa yang cuba awak sampaikan ni? Cuba awak terus terang dengan saya " .

Hanim menceritakan segala perbualan antara Amar dan Aika. Dan apa yang telah terjadi dari A-Z.

" Jadi lepas awak dengar semua ni, apa keputusan awak? " soal Hanim.

" Anim, lagi sebulan awak dengan Amar nak bernikah tau " .

" Buat apa saya nak bina kebahagiaan di atas penderitaan orang lain Faris. Lagipun jelas saya dengar Amar cintakan Aika. Bukan saya. Tak mungkin saya akan bahagia bila berkahwin dengan orang yang tak cintakan saya " .

" Anim awak tak rasa ke apa yang awak buat ni akan hancurkan hati awak sendiri? " .

" Lebih baik hati saya hancur sekarang. Faris, mencintai tak beerti memiliki. Kadang-kadang bahagia tu cukup bila kita tengok orang yang kita sayang bahagia dengan orang yang dia cinta. Hati ni tak boleh dipaksa Faris. Kita kena redha " .

" Awak yakin dengan keputusan awak Anim? " .

Hanim mengangguk.

" Saya yakin " .

Aika merenung kad jemputan perkahwinan Amar dan Hanim. Mengalir perlahan air matanya.

" Kuatkan aku Ya Allah. Bantulah aku untuk redha melepaskannya " doanya.

Kad perkahwinan itu di tenung lama. Andai sahaja nama Hanim digantikan dengan namanya. Dialah orang yang paling gembira sekali. Namun dia bukan siapa-siapa untuk melawan takdir Allah. Hanya kepada Allah dia berserah segalanya.

Jodoh pertemuan Allah yang aturkan. Mungkin Faris adalah jodohnya. Dia harus beri peluang kepada Faris.

" Faris? Ada apa datang jumpa saya? " soal Aika.

Faris tersenyum kecil.

" Aika, awak okay kalau kita tak jadi kahwin? " soal Faris tiba-tiba.

Aika mengerutkan dahinya. Dia tidak faham.

" Maksud awak ? " soal Aika.

" Ika, saya tak nak paksa awak mencintai saya. Saya redha seandainya awak bukan untuk saya. Awak layak buat pilihan hidup awak sendiri. Saya tahu dekat hati awak masih ada nama seseorang yang pernah bahagiakan awak dulu. Saya doakan awak bersatu dengan dia. Kita tetap kawan " .

Aika tergamam. Bukan tergamam kerana Faris ingin membatalkan niatnya untuk berkahwin dengan Aika. Tapi bagaimana Faris tahu isi hatinya.

" Saya balik dulu. Assalamualaikum " Faris terus berlalu.

Lidah Aika seakan kelu untuk memanggil Faris.

" Waalaikumsalam " jawabnya perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience