Aika termenung memikirkan tentang Puan Farihah, ibunya. Baru sebentar tadi Puan Farihah menelefonnya. Seperti biasa soalan yang di tanya, bila mahu membawa pulang calon menantu untuknya.
Aika bukan tidak mahu bercinta lagi, tetapi dia takut di permainkan seperti dulu. Dia tidak mahu disakiti lagi.
Bukannya mudah untuk merawat hati yang terluka. Sekali terluka, kesannya masih ada. Tidak semudah itu untuk pulih. Oleh kerana itu dia sangat berhati-hati dalam menjaga hatinya.
Kata Nisa pintu hatinya tertutup kerana dia masih sayangkan lelaki yang pernah membuat dia terluka. Benarkah? Dia sendiri tidak mengerti dengan perasaannya sendiri.
Bagi Aika, biarlah waktu yang menentukan semua. Dia malas mahu fikir soal hati lagi. Apa yang dia ada sekarang sudah cukup buat dirinya gembira.
" Kak Fia, Nisa nak beritahu ni yang Nisa tak ada kat Melaka dalam seminggu sebab kena pergi outstation " beritahu Nisa.
" Alah macam mana ni Nisa. Fashion show kita hujung minggu ni. Dia dah tukar tarikh " balas Sofia.
" Lah yeke? Macam mana ni Kak Fia? Nisa memang tak boleh tolong " .
" Minggu ni pun jadual photoshoot kita padat sebab banyak design baru siap. Nisa tak boleh ke? " .
" Tak boleh kak. Memang Nisa kena pergi outstation minggu ni. Maaf sangat-sangat " .
" Macam ni lah, Nisa tolong akak carikan model untuk gantikan tempat Nisa. Tolong ya. Akak busy jadi tak ada masa nak cari model. Tolong akak ya " .
" Okay Nisa tolong carikan model. Terima kasih sebab faham kerja Nisa " .
" Sama-sama " Sofia menepuk perlahan bahu Nisa.
Otak Nisa ligat berfikir tentang model yang bakal menggantikannya nanti. Bukan mudah untuk mencari dengan waktu yang semakin suntuk.
" Ika, kau tahu kan minggu ni aku outstation " .
" Tahu lah. Kan kau dah cakap hari tu " .
" Kau sayang aku tak Ika? " soal Nisa.
Aika memandang pelik sahabatnya itu.
" Tak " jawabnya selamba.
" Alah Ika. Sampai hati kau " rengek Nisa.
" Sayang lah. Kalau tak sayang tak hingin aku duduk serumah dengan kau lah " .
" Haa macam ni lah kawan aku. Ika, kau cantik sangat malam ni tau " .
" Kau nak membodek aku ni kenapa? Ni mesti ada apa-apa kan? " soal Aika.
Bukannya dia tidak kenal Nisa yang kuat membodek tu.
Nisa tersengih-sengih memandang Aika. Tahu-tahu jer.
Share this novel