Part 20.

Romance Completed 24826

" Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam. Eh Ika? " Faris terus keluar dari rumahnya apabila melihat Aika ada di depan rumahnya.

" Amir macam mana? Dah okay dah? " soal Aika.

" Alhamdulillah. Demam dia dah kebah sikit " jawab Faris.

" Oh Alhamdulillah kalau macam tu. Lega saya dengar " .

" Awak tak nak masuk? " .

" Eh tak apa. Saya duduk luar jer. Tak manis pulak nanti orang tengok " .

Faris mengangguk faham.

" Faris, sebenarnya saya datang ni nak bagi jawapan atas lamaran awak " .

Faris terus memandang Aika. Bibirnya mengukir senyuman.

" Faris, sejujurnya saya takut untuk bercinta lagi. Saya tak nak lukakan hati saya lagi. Saya tak nak menderita sebab cinta. Saya takut kalau semuanya berulang kembali. Tapi saya tahu Faris, saya tahu awak ikhlas dengan saya. Tapi satu jer saya mintak, jujur dengan saya " .

" Jujur apa Ika? " .

" Betul awak nak memperisterikan saya sebab awak cintakan saya? Ataupun kerana Amir? Saya taknak awak pilih saya sebab Amir " .

" Ika, demi Allah. Saya ikhlas cinta dan sayangkan awak kerana hati saya sendiri. Bukan hanya sebab saya nak awak jadi mama kepada Amir. Percayalah " .

" Sebelum tu saya nak jujur pada awak, saya masih belum mampu untuk cintakan awak Faris. Tapi saya akan cuba. Saya akan cuba cintakan awak macam awak cintakan saya. Saya terima lamaran awak Faris " .

" Saya akan tunggu Ika. Ambil lah sebanyak mana masa. Saya akan terus tunggu awak " .

" Terima kasih Faris " .

Faris menghadiahkan sebuah senyuman manis kepada Aika. Gadis itu menerimanya itu sudah cukup bahagia buatnya.

Hanim dan Amar leka membelek album baju perkahwinan. Sesekali kedengaran gelak tawa dari mereka.

Sebaik habis photoshoot Aika cepat-cepat ingin pulang. Malas dia mahu berlama-lama di situ.

" Ika " panggil Hanim.

Aduh ! Lambat lagi lah aku boleh balik ni.

" Ya? " soal Aika.

" Marilah sini dulu. Awal lagi nak balik " panggil Hanim.

" Takpalah. Ika balik dulu " tolak Aika.

" Alah Ika ni. Macam tak sudi jer nak borak-borak dengan Anim. Marilah sini " pujuk Hanim.

Aika akhirnya akur juga. Dia melangkah ke arah meja yang di duduki oleh Amar dan Hanim.

" Duduklah " .

Aika menarik kerusi di sebelah Aika. Lalu melabuhkan punggungnya di situ.

" Ika, cantik tak yang ni? " soal Hanim sambil menujukkan gaun kembang berwarna ungu terang.

Aika mengangguk.

" Cantik " .

" Tapi Anim nak cari yang sesuai untuk nikah pulak. Tak tahu yang mana satu sesuai " .

" Sayang, apa kata kita suruh Ika pilihankan jer " sampuk Amar.

Aika mengetap giginya. Amar memang sengaja ingin menyakiti hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience