" Hish buat hal lah pulak kereta ni " bebel Aika sendirian. Sudah lenguh tangannya menghidupkan enjin kereta tetapi masih tidak hidup.
" Nak mintak tolong siapa pulak ni? Dah lewat malam pulak ni. Aduh " keluhnya.
" Eh Ika. Tak balik lagi ke? Ingatkan dah balik " soal Hanim yang baru muncul.
" Anim. Tak. Kereta Ika buat hal lah pulak " .
" Lah yeke? Takpalah macam ni. Amar belum balik lagi tu. Apa kata Anim suruh dia hantarkan Ika balik. Kereta Ika ni esok bawak pergi bengkel " .
" Eh takpalah. Habistu Anim naik apa? " .
" Anim drive sendiri. Tapi lepas ni terus nak balik rumah. Anim tak bawak cermin mata. So tak boleh drive jauh. Anim mintak Amar hantarkan Ika jer lah ya " .
" Takpalah Anim. Ika tunggu teksi jer lah " .
" Teksi kat sini jarang ada. Lagi-lagi dah lewat macam ni. Bahaya lah Ika " .
" Ika bukan apa. Amar tu kan tunang Anim. Tak manislah nanti " .
Hanim ketawa kecil.
" Jangan risau lah Ika. Anim okay. Lagipun Anim yang suruh kan. Takpa " .
Aika terpaksa akur. Dia sudah tiada pilihan lain.
Sejak dari tadi hanya bunyi radio yang kedengaran. Masing-masing mendiamkan diri.
" Diam jer? " Amar bersuara.
" Tak ada benda nak cakap " balas Aika.
" Awak ada apa-apa ke Faris tu? " soal Amar tiba-tiba.
" Bukan masalah awak pun " .
" Masalah saya. Saya nak tahu apa hubungan awak dengan Faris tu " .
" Tak ada kena mengena dengan awak pun " .
" Ika.. " .
" Amar untuk apa? Awak dah bertunang dengan Hanim. Buat apa awak nak ambil tahu pasal saya lagi. Sekarang ni awak fokus dekat hubungan awak dengan Hanim jer " .
" Sebab saya masih sayangkan awak Aika " .
Aika tergamam mendengar kata-kata Amar.
" Sayang? Habis tu Hanim? Apa semua ni? Awak nak permainkan hati orang ? " .
" Saya tahu saya silap. Awak boleh tipu semua orang Ika. Tapi awak tak boleh tipu saya. Saya tahu awak masih sayangkan saya. Tapi awak tipu. Saya yakin dalam hati awak masih ada nama saya " .
" Jangan mengarut lah Amar. Saya dah move on. Buat apa saya nak sakitkan hati saya sendiri dengan menanti orang yang tak pernah hargai saya. Pergi tanpa alasan. Diam tanpa sebab " .
Amar diam. Kata-kata Aika menyentap hatinya.
Sampai sahaja di hadapan rumah Aika, Aika terus keluar dari kereta.
" Terima kasih. Saya harap kita takkan pernah jumpa lagi " .
" Ika...sampai macam ni awak benci saya? " .
" Amar, dalam dunia ni ada tiga benda yang tak patut awak hancurkan. Pertama kepercayaan, kedua janji dan ketiga hati. Assalamualaikum " Aika terus berlalu masuk ke dalam rumahnya.
" Waalaikumsalam " jawab Amar perlahan.
Share this novel