Part 19.

Romance Completed 24826

Selesai solat, Aika menadah tangannya berdoa. Hanya Allah yang mampu membantunya dalam membuat pilihan.

" Ya Allah Ya Tuhanku, Kau berikanlah aku kekuatan untuk redha dengan apa yang telah engkau susun. Kau kuatkanlah hati aku untuk melepaskan orang yang aku sayang bahagia bersama orang lain. Jadikanlah aku seorang hamba yang redha dengan segala ketentuanMu. Aku percaya segala ketentuanMu Ya Allah. Kau bukakanlah pintu hati aku untuk mencintai orang yang sepatutnya aku cintai. Kau padamkanlah rasa cinta yang pernah ada dahulu. Sesungguhnya engkau maha mengetahui Ya Allah. Aamin Ya Rabbal a'lamin " .

Aika memegang dadanya. Tangisannya semakin galak. Mencintai itu tak bererti harus memiliki. Mungkin sudah ditakdirkan Allah jodoh kita bukan dia. Redha dengan segala yang telah tertulis.

" Ika, hari ni Ika photoshoot dengan Amar ya " beritahu Sofia.

Terbuntang mata Aika. Photoshoot dengan Amar?

" Kenapa pulak ya? Bukan dengan Faris ke? " soal Aika.

" Sepatutnya memang macam tu. Tapi Faris tak dapat datang. Amir demam. Baru jer Faris call akak tadi. So Amar yang akan gantikan tempat Faris " terang Sofia.

" Anim tak nak gantikan tempat Ika? " soal Aika.

" Tak boleh. Sebab Anim pergi outstation 2 hari. Dia tak ada. Boleh ea Ika? Tolong akak okay? " .

Aika terpaksa akur juga.

Aika memakai baju kebaya songket berwarna ungu gelap. Manakala Amar memakai baju Melayu songket berwarna senada dengan baju kebaya Aika.

" Tak sangka kan kita dapat pakai baju ni. Warna ungu. Pilihan warna kita dulu " kata Amar.

Aika terdiam. Dia cuba mengingati kenangan 6 tahun lepas.

" Awak, kalau kita kahwin nanti saya nak kita pakai baju warna ungu. Cantik kan? " ujar Aika ceria.

" Saya tak kisah. Warna apa pun saya pakai jer. Asalkan saya kahwin dengan awak. Bukan dengan orang lain " .

Aika ketawa kecil.

" Eleh poyo " .

" Betul lah. Saya sayang awak seorang jer Ika. Mestilah saya nak kahwin dengan awak jer " .

" Betul? " .

" Betul Ika. Allah jer tahu apa yang ada dalam hati saya " .

Aika pantas mengelap air matanya. Mujur Amar tidak nampak kerana dia memandang ke arah lain.

" Awak masih ingat Ika? " soal Amar.

Aika menggelengkan kepalanya.

" Macam yang saya pernah cakap dulu. Saya dah buang semua tentang awak. Saya tak ingat apa-apa lagi " bohong Aika.

Amar mengeluh perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience