Aika tergesa-gesa bersiap. Dia sudah lambat untuk ke taska nya.
Tudung bawal disarungkan ke kepalanya. Ditambah sedikit solekan tipis. Siap!
Aika terus menghidupkan enjin kereta myvi nya. Itulah rutinnya setiap hari. Hasil simpanannya ketika dia remaja dahulu cukup untuk dia membuka taska nya sendiri.
Sejak kecil lagi impiannya ingin membuka taska. Akhirnya tercapai jua.
" Cik Aika, ada ibu bapa yang nak daftarkan anak dia orang " kata Nabila.
" Oh okay boleh. Awak suruh dia orang masuk office saya ya. Erm lagi satu barang-barang yang tak cukup awak tolong listkan. Nanti saya beli " .
" Okay baiklah Cik Aika " Nabila terus berlalu memanggil ibu bapa yang ingin mendaftar tadi.
Aika pula terus masuk ke office nya. Taska milik Aika memang terkenal kerana taska nya sangat mengutamakan keselamatan kanak-kanak. Oleh itu tidak hairan lah jika setiap hari, ada sahaja ibu bapa yang mahu mendaftarkan anak mereka.
Aika juga mengambil pekerja yang ramai kerana kanak-kanak di taska nya semakin bertambah. Apabila pekerjanya ramai, mereka lebih mudah menguruskan kanak-kanak itu.
" Kau tengok cerita apa ni? " Aika melabuhkan punggungnya di sebelah Nisa.
Dia dan Nisa tinggal serumah. Mereka menyewa bersama.
" Ni drama ni. Kau tahu, dia kahwin dengan ex boyfriend dia. Sweet lah Ika " .
Aika mencebik.
" Semua benda kau cakap sweet kan " .
" Eh Ika, kalau kau kahwin dengan ex boyfriend kau. Kau nak tak? " soal Nisa tiba-tiba.
Aika terdiam seketika.
" Entahlah. Kalau jodoh, nak buat macam mana " .
" Oh. Kalau aku yang kahwin dengan ex boyfriend kau macam mana pulak? " .
" Soalan apa kau tanya ni Nisa. Malas aku layan kau lah " .
" Elehh. Mengelat " .
" Esok kau ada photoshoot tak? " soal Aika.
Nisa bekerja sebagai seorang akauntan. Manakala kerja part time nya pula sebagai model baju dan tudung.
" Ada. So esok aku balik lambat sikit. Sebab esok lepas habis photoshoot, Ikram nak bawa aku jumpa parents dia " .
" Seriously Nisa? So tak lama lagi aku boleh lah merasa nasi minyak kau kan? " .
Nisa tersenyum malu.
" Janganlah buat aku malu " Nisa tersipu-sipu.
" Ehh mengada pulak minah ni " Aika menepuk perlahan peha Nisa.
Share this novel