Part 18.

Romance Completed 24826

" Maaf Faris. Saya tak ada niat nak buat awak sedih ataupun ingat semula kenangan lama " pinta Aika.

Faris tersenyum kecil.

" Takpa Ika. Saya rasa lebih lega bila kongsi dengan awak. Terima kasih jadi pendengar saya " .

Aika mengangguk. Dia rasa simpati melihat Faris. Luarannya nampak kuat. Tetapi hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Itulah sifat manusia, tidak pernah merasa cukup. Sentiasa mahukan yang sempurna. Langsung tidak memikirkan perasaan orang yang di tinggalkannya.

" Ika " tegur Hanim.

" Eh Anim. Ingatkan tam datang butik hari ni " balas Aika.

" Lambat sikit sebab Anim banyak kerja kat office. Ika sihat? " soalnya prihatin.

" Alhamdulillah sihat. Anim? " .

" Anim pun Alhamdulillah sihat jugak. Ika, Ika ada apa-apa ke dengan Faris? Anim tengok lately ni kau orang asyik berkepit jer. Ada apa-apa ea? " .

Aika terkedu seketika.

" Er..er kawan jer " .

" Eleh kawan jer konon. Tak salah pun tak kalau kau orang berdua bercinta " .

" Ika belum fikir lagi semua tu. Tak bersedia lagi " .

" Takpalah Anim doakan yang terbaik untuk Faris dengan Aika " .

Aika mengangguk perlahan. Hanim terlalu baik dengannya. Andai sahaja Hanim tahu dia pernah menjadi kekasih hati Amar, mahukah gadis itu melayaninya sama seperti dia melayaninya sekarang?

Habis sahaja sesi photoshoot, mereka berempat keluar makan bersama. Berat hati Aika untuk sertai Hanim dan Amar makan sekali, tapi setelah di desak dia terpaksa juga untuk sertai mereka.

" Kau orang punya majlis nanti dah siap prepare semuanya? " soal Faris.

" Alhamdulillah dah siap 85%. Kan sayang? " Amar sengaja ingin melihat reaksi Aika.

Hanim mengangguk.

" Eh nanti jangan tak datang pulak tau Faris, Ika. Kau orang kalau jadi pengapit lagi bagus " tambah Amar lagi.

Aika mengetap giginya. Amar sengaja ingin menyakitkan hatinya.

" Insya Allah. Boleh jer. Tak ada masalah. Kan Ika? " .

Aika mengangguk perlahan.

" Kita orang rasa beruntung tau sebab Kak Fia ni banyak koleksi-koleksi baju pengantin. So kita orang boleh pilih jer. Tak perlu susah-susah nak cari " sampuk Hanim.

" Betul tu. Pilih jer mana yang nak kan " balas Faris.

" Ika okay? " soal Hanim.

" Er? Okay. Ika okay " jawab Aika.

" Anim tengok macam tak sihat jer. Kenapa diam jer? Ika sihat tak? " .

" Eh sihat. Ika sihat. Cuma penat sikit " .

Hanim mengangguk faham. Amar menjeling sekilas wajah Aika. Dia nampak riak wajah Aika berubah apabila mereka berbual tentang majlis perkahwinan Amar dan Hanim nanti.

' Ika, Ika. Tingginya ego ' kata Amar dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience