Part 14.

Romance Completed 24832

" Amboi seronoknya orang tu dating kan " tegur Nisa sebaik Aika melangkah masuk ke dalam rumah.

Aika melabuhkan punggungnya di sebelah Nisa.

" Banyaklah kau punya dating. Kau tahu tak aku jumpa siapa tadi? " .

" Siapa? " .

" Amar dengan Anim " .

" Seriously ? So apa jadi? " soa Nisa.

" Dia orang makan semeja dengan aku. Anim yang nak " .

" Ika, kalaulah suatu hari nanti Anim tu tahu hubungan kau dengan Amar dulu, kau rasa macam mana? " .

Aika terdiam seketika. Dia menjungkit bahunya.

" Entah. Aku tak tahu " .

" Aku rasa mesti dia takkan buat baik dengan kau lagi. And akan jauhkan diri dia dengan Amar daripada kau " .

Aika mengerutkan dahinya.

" Kenapa pulak dia nak buat macam tu? " .

" Yelah dia tu perempuan. Mestilah dia ada perasaan cemburu " .

" Biarlah dia. Tapi aku harap dia tak tahu yang aku pernah ada hubungan dengan Amar. Anim tu baik. Aku selesa kawan dengan dia " .

" Eh kau dengan Faris pulak macam mana? " .

" Macam mana apa? " .

" Ish kau ni Ika. Slow lah. Kau dengan dia lah. Kau tak nampak ke cara dia tu? " .

" Biasa jer. Kenapa? " .

" Dari cara dia tu aku rasa dia suka dengan kau. Kau jer yang tak faham-faham lagi " .

" Merepek lah. Aku tak rasa macam tu. Lagipun dia ajak aku keluar sebab teman dia dengan Amir. Bukannya ajak dating pun " .

" Aduh Ika. Kau ni lambat pickup betul lah. Faris gunakan Amir tu sebagai alasan untuk dia rapat dengan kau. Tu pun kau tak faham-faham lagi lah " .

" Pandai-pandai jer lah kau ni. Dah aku nak naik atas tukar baju " Aika terus melangkah ke tingkat atas.

Nisa hanya menggelengkan kepalanya. Ada sahaja alasan Aika. Dia tahu sahabatnya itu masih sayangkan Amar. Sebab itu sehingga sekarang dia tidak membuka pintu hatinya untuk mana-mana lelaki lagi.

Telefon bimbit Aika berbunyi menandakan ada panggilan masuk. Nama ' Faris ' tertera di skrin telefon bimbitnya.

Aika terus menjawab panggilan itu.

" Hello Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " jawab Aika.

" Busy ke? " .

" Eh tak lah. Tengah duduk-duduk jer " .

" Oh. Saya call ni sebenarnya ada benda nak beritahu awak " .

" Apa dia? " .

" Saya beritahu awak esoklah ya. Petang nanti saya ambil awak " .

" Oh okay boleh " .

" Okay thank you. Jumpa esok. Assalamualaikum " .

" Waalaikumsalam " Aika terus menamatkan panggilan.

" Dia nak beritahu apa ea? " kata Aika sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience