BAB 10

Romance Completed 4638

BIJIAN DARI SYURGA

Aku lekas lekas menarik selimut sehingga ke paras bahu apabila terdengar
pintu bilikku dibuka.

"sUE, jom. Ehhh kenapa berselimut pulak ni?" soal Tara rungsing. Dia
yang hanya menjengah ke dalam terus menapak ke dalam bilik.

"Entah. Tiba tiba rasa tak larat pulak," sehabis lemah aku menjawab.
Seolah olah tiada tenaga langsung.

"Laa, semalam Sue yang beria nak ajak kitorang keluar kan. Kyle pun dah
sampai dah ni," Tara mula duduk di atas katil. Tangannya menyentuh
lembut dahiku.

"Tak larat lah Tara. Semalam keluar seharian kot," aku membuat muka.

"Kenapa tak cakap awal awal, kalau tak boleh cancel dengan Kyle,"

"Ehhh tak payah cancel. Akak keluar je dengan Kyle. Kesian dia dah
sampai tu. Akak pergi jelah dengan dia," Tara mengerutkan dahi.

"Habis takkan nak tinggal Sue sorang sorang pulak?"

"Takpelah. I just wanna sleep anyway. Kalau akak duk rumah pun bosan
jugak. Baik akak keluar dengan Kyle.Sue kasi can je ni," aku sengih
mengusik.

"Kasi can apa pulak ni? Akak dengan Kyle takder apa apa lah," muka Tara
mula merona merah.

"Bila pulak Sue cakap akak dengan dia ada apa apa?" ikutkan hati nak je
aku usik Tara sampai pecah rahsia tapi nanti nampak macam bertenaga
sangat pulak. Nanti karang tak jalan plan aku.

Tara terdiam tidak mampu menyangkal. Haa lain kali kalut lah lagi. I can
read you like an open book sis.

"Kyle dah lama tunggu tu. Pergi lah cepat. Don't worry about me, I'm a
big girl. I know how to takder care of myself," aku meyakinkan Tara lagi.

Tara berfikir sejenak sebelum kembali berdiri. "Ok, kalau nak makan you
can make a delivery. Kalau ada apa apa, just give me a call. Jangan
keluar pergi mana mana tau," pesan Tara lagi.

"Aii aii chief," balasku sambil menarik selimut. Tara hanya menggeleng
melihat kelakuanku.

"You kids have fun! Don't worry about me," jerit ku apabila Tara keluar
dari bilik. Selepas menunggu lebih kurang 30 minit. Aku melompat keluar
dari katil.

Aku sebenarnya sudah bersiap dengan memakai sweat shirt berwarna kelabu
dan jeans berwarna soft pink. Aku membetulkan rambutku yang berserabai
kerana berbaring tadi.

Telefon ku capai lalu menghantar WhatsApp kepada Mr Barista.

"/On my way. Lagi 15 min saya sampai,"/

Semalam selepas pulang dari shopping mall, aku mendapat WhatsApp dari Mr
Barista yang mengajak ku datang ke Coffee Palace. Katanya ada sesuatu
yang ingin ditunjukkan kepadaku.

Disebabkan harini aku telah berjanji untuk keluar dengan Tara dan Kyle,
maka aku terpaksa berbohong. Kalau Tara tahu, this will be the end of
the world. Tapi tulah, the heart wants what it wants.

Sampai di Coffee Palace, tentera perkataan tutup di depan pintu kaca.

/Ehh Mr Barista ni nak game aku ke?/

Telefon bimbit ku keluarkan, mencari nombor Mr Barista di bahagian
kenalan. Belum sempat aku menekan butang dail, satu suara menyapa dari
belakang.

"Sue, sini," panggil Mr Barista yang tiba tiba sahaja muncul dari
belakang. Aku berjalan mengekori langkahnya yang masuk melalui pintu
belakang kedai.

"Harini kedai tutup tapi saya ada something untuk awak," katanya sebaik
sahaja kami berdua masuk di belakang kaunter.

"What is that?" soalku curious.

"Dah berapa lama awak minum coffee?" soalnya sambil tersenyum.

Aku berfikir sejenak sebelum menjawab, " Since I was 18. Maknanya lebih
kurang 6 tahun lah,"

"So mesti awak dah pernah minum semua jenis kopi kan?" soal Mr Barista lagi.

"Boleh lah. Tapi my preference is Macchiato and Latte,"

"Harini saya akan buat semua jenis kopi, Espresso, Americano, Macchiato
and so on. I want you to differentiate it with your eyes closed. Boleh?"

Aku mengangkat kening tanda hairan, "Boleh tapi kenapa? I mean why so
sudden with this little game?"

Mr Barista melayangkan sebuah senyuman manis, "Saja nak test skill saya
buat kopi. Saya dah nak habis belajar, maybe I can quit and open my own
coffee house,"

Aku tersengih mempamerkan barisan gigi, "Can't wait to see that. So
boleh kita mulakan? Kalau teka semua betul, dapat apa nanti?"

"Sue nak apa?"

Nak awak lah.

"Tak tahu. Nanti lah fikir," Mr Barista tergelak mendengar jawapan itu.

"Up to you then. Ok, meh sini saya tutupkan mata,". Aku berjalan
mendekatinya. Mr Barista menutup mata ku menggunakan sehelai kain
berwarna hitam. Haruman tubuhya jelas menerpa ke hidung saat dia
merapati tubuhku untuk mengikat kain tersebut di kepala.

Mr Barista memimpin tanganku. Kamj berjalan perlahan lahan sehinggalah
dia berhenti melangkah.

"Ok, you can taste the coffee and tell me what type of coffee it is. Ready?"

Aku mengangguk sedia. Semerta semerbak haruman kopi datang menyerbu. Mr
Barista mendekatkan cawan ke mulutku lalu aku hirup perlahan lahan.

"Cappuccino!" kataku yakin. Aku dengar Mr Barista tertawa kecil.

Cawan yang lain pula disuakan ke arahku.

"Moccha!"

"Macchiato!"

"White Coffee!"

"Are you sure?" soalan Mr Barista berjaya membuat aku keliru.

"100% confident. Kenapa? Salah ke?"

"Kalau confident kenapa takut salah?"

"Well, maybe I make mistake. Salah ke?" soalku untuk kali kedua.

"Betul lah tu. Saja nak usik Sue," balasnya sambil tertawa kecil.

Aku mahu mencubit lengan Mr Barista tapi aku sedar yang aku tengah tak
nampak apa apa.

"Ni Sue kot. Came on, bring it on," kataku dengan gaya berlagak.

"Amboi confident nya. What if I told you that you need to be punish if
you make a mistake," Mr Barista berbisik di telingaku. Aku dapat rasakan
yang jaraknya dengan jarakku yang semakin dekat berdasarkan harumannya
makin kuat.

"Apa punishment nya?" soalku pula.

"I will think about it later,"

Ehhh kemain tiru ayat kita. Ayat aku guna tadi lah tu, cuma translate
dalam English je.

"So, this is the forth coffee," sambung Mr Barista lagi. Aku berhenti
sejenak selepas menghirupnya.

"Espresso!"

"Americano!"

"Latte!"

"Long black!"

"Ok done," kata Mr Barista lalu membuka ikatan mataku. Aku mengerdipkan
mata berkali kali. Membiasakan kembali diri dengan suasana bercahaya.

"So how?" soalku sambil membetulkan rambut.

Mr Barista tersengih sebelum menjawab, "Awak tertukar Moccha dengan Latte,"

"Tipu!"

"Betul, cuba rasa sekali lagi kopi pertama dengan kopi yang keenam," Mr
Barista menunjukkan cawan kopi yang tersusun di atas meja.

Aku melakukan seperti yang diminta. Betul lah. Aku salah. Awal awal lagi
dah salah. Patutlah kena gelak.

Mr Barista mengangkat kening. Menunggu respon setelah selesai kedua dua
kopi aku teguk untuk kali kedua.

"My bad. Awal awal lagi dah salah,"

"Tu lah. Lain kali jangan over confident," katanya sambil tergelak. Aku
membuat muka.

"Tapi takper, overall you did well. Saya ada coffee special untuk awak,"

"Caramel Macchiato?" soalku dengan penuh harapan beriringan dengan
langkah Mr Barista menuju ke belakang.

Tiada jawapan tetapi selepas beberapa saat, dia muncul dengan dua gelas
minuman yang aku tak pernah lihat.

Mr Barista meletakkan gelas tersebut di atas meja. Dia memanggilku untuk
datang menyertainya. Kami duduk berhadapan di sebuah meja kecil yang
khas untuk dua orang sahaja.

"Kopi ni namanya Vienna Coffee. Gabungan antara espresso, whipped cream
dan chocolate sprinkling. Have a try," Mt Barista menyorongkan gelas
tersebut kepada ku.

Aku menghirup perlahan.

"Sedap!" pertama kali aku minum kopi yang dicampur dengan rasa coklat.
Rasanya tak dapat ku gambarkan.

"Sometimes the name reminds me of you," Mr Barista mengulum senyum.

"Really? Masa kerja pun ingat saya ke?" aku mengusik.

Mr Barista menyedut minumannya. Aku mengambil kesempatan itu untuk
menatap wajahnya lebih lama. Dari kening, mata, hidung ohh ada tahi
lalat di sebelah kiri hidungnya.

"Sebab awak try hard nak masuk dalam hidup saya," katanya mematikan
lamunanku.

"Ehhh I did what? Mana ada."

"Really? I think I start falling for you but then -

"I like you! I really do." aku memegang tangannya yang berada di atas
meja. Lekas lekas aku tarik balik.

Mr Barista tersenyum. Dia kembali menyedut**minumannya.

Alamak! Macam desperate sangat ke? Damn! Say something please.

"Boleh saya tahu kenapa awak panggil saya Mr Barista. Obviously you know
my name sebab saya pakai tag,"

"Urmmm just a nickname," aku melayangkan senyuman. "Saya tak nak panggil
awak guna nama yang semua orang panggil,"

"Ohhh nickname eh. You sure have a good taste,"

Nak cakap I have a good taste because one of my choice is you ke apa
ni? Confession aku tu tadi macam mana? Dia dengar tak? Takkan nak kena
ulang. Tapi muka dia tenang macam takder apa apa pun. Tapi dia yang
umpan aku dulu tadi -

"Sue, hey," Mr Barista memetik jari di hadapan muka ku. "Jauh termenung.
Fikir apa tu?"

Fikir awak lah!

"Nak fikir apanya, dah ada depan mata ni,"

Ehhh dia dengar ke?

"Hello, is anybody home? Am I sitting with a ghost here,"

"Ada, ada," aku mengangguk pantas.

"Fikir apa tu Sue? Hmmm? Mind sharing with me?" perlahan tapak tangannya
jatuh di atas tanganku.

"Err saya..."

"Tak sangka, Suzanne yang full of life ni pun ada masa speechless jugak.
You know what, you're a troublemaker. But you're my favourite
troublemaker. Saya rasa saya suka awak lah,"

Aku terpaku tak tahu nak respon apa. Mataku terkelip kelip memandang Mr
Barista yang berada di depan ku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience