BAB 15

Romance Completed 4638

PAHIT KEHIDUPAN SEPERTI…

"Well, you only have time until my coffee is cold," kata Suzanne senada
saat kami kembali duduk di meja. Aku mengambil peluang ini untuk menatap
matanya, mencari keikhlasan dalam kata kata yang semakin asing di
telinga. Betul ke ini Suzanne yang pernah ku kenali dulu?

"Cakap sekali lagi yang awak nak saya lupakan awak," pintaku. Suzanne
menembak pandangannya ke arah aku tanda tidak percaya.

"Tak, saya tak pekak lagi, saya hanya mahukan kepastian untuk - "

"Semua benda yang ada dalam dunia ni tak pernah pasti, Mr Barista,"
potongnya sebelum aku sempat menghabiskan ayat.

"Maksud awak?" Suzanne menghirup kopi sebelum menjawab soalanku.
Ekspressi wajahnya sama seperti dulu, menikmati setiap titik minuman
yang melewati kerongkongnya seperti mana dia menghayati saat saat kehidupan.

"Hanya kematian yang pasti dalam hidup ini. Saya, awak, semua orang akan
mati nanti," balas si gadis dingin.

"Tak sangka kata kata ini keluar dari mulut awak setelah saya melihat
begitu kuatnya awak bertarung dengan kematian. Betapa degilnya awak
untuk terus hidup saat itu,"

"Bila?" cawan yang dipegang diletakkan di atas meja.

"Kita berdua tahu, saat pertama kita jumpa adalah di mana awak kelelahan
selepas berlari. Penat.. masa tu..masa tu saya nampak sinaran dalam mata
awak yang bergelut dalam kepayahan bernafas,"

"Mr Barista...."

"Ya.. saya ingat momen itu kerana awak dah selamatkan saya daripada
terbelenggu daripada masa lampau. Betapa selfish nya saya, menafikan
nyawa yang diberikan Tuhan sedangkan ada insan lain yang terpaksa
bersusah payah untuk meneruskan kehidupan," kataku melepaskan apa yang
terbuku di hati.

"Maksud awak? Saya tak faham," katanya keliru.

"Selepas hilang semua keluarga saya, saya lost. Saya dah tak ada
semangat untuk hidup, sampai Saph pun tinggalkan saya. Masa tu saya
memang rasa hidup ni tak berguna. Takde apa apa. Sampailah masa saya
bertemu awak.."

Pandangan kami bertembung seketika.

"You've saved me Suzanne . Now, let me save you.." Suzanne terpaku. Aku
meletakkan tapak tangan di atas tangannya yang berada di atas meja.

"You don't understand, things are far more complicated than this," dia
menggelengkan kepalanya.

"Then make me. Make me understand what's going on in your head," pujukku
cuba meredakan keadaan.

"This is not about us only. Cukuplah segala kelukaan yang pernah -"

"Is this has anything to do with Saph?"

"Do you still love her?" soal Suzanne pula.

"Tipulah kalau tak. Tapi dia tu hanya sejarah. Sejarah yang melukakan,"
tuturku berhati hati.

"Jadi awak akan benci saya jugak kalau saya lukakan awak?" tak ku duga
soalan tersebut muncul dari mulutnya. Aku tergamam, terpaku seketika
memikirkan jawapan.

Suzanne tersenyum nipis, perlahan dia berdiri daripada kerusi yang
didudukinya.

"Selamat tinggal Mr Barista. Saya tak nak menjadi kelukaan dalam hidup
awak. Cukuplah awak mengingati saya sebagai seorang perempuan yang
datang mengganggu hidup awak dan awak mampu tersenyum walaupun sejenak,"

Dia melangkah perlahan lalu keluar dari Coffee Palace. Kali ini, aku tak
mampu menghalang. Hanya mampu mengekori dengan pandangan mata atas dasar
menghormati keputusannya.

"Dia betul betul sayang kau tu," satu suara berkata dari belakang. Aku
menoleh. Maia sedang berdiri sambil memegang sebatang mop.

"Weh, kau jangan salah faham. Aku terdengar perbualan korang masa aku
tengah mop lantai tadi.." kelam kabut Maia menjelaskan situasi setelah
aku memberinya sebuah pandangan kosong.

"Tak, ayat kau tadi. Awal awal tadi, kau cakap apa?" soalku kembali.

"Aku cakap yang si Suzanne tu betul betul sayang kau. Dia korbankan
perasaan dia sebab tak nak kau lagi terseksa dengan keadaan dia. Dia kan
sakit."

"Aku tak kisah pun dia sakit,"

"Tapi dia kisah," aku terpempan mendengar hujah Maia. Jadi begitu
rupanya dari sudut pandangan perempuan.

"Pastu aku nak kena buat apa ni?"

"Kalau sayang kejar lah, kalau tak -" aku tak mendengar ayat seterusnya
yang keluar dari mulut Maia kerana waktu itu aku sudah belari keluar
dari cafe. Aku melihat sekeliling, mencari di mana gadis itu. Aku nampak
Suzanne sedang berjalan sendiri di kalangan manusia yang sibuk dengan hal
masing masing.

" Suzanne !" laungku dari kejauhan.

" Suzanne !" aku menjerit sambil berlari mengejarnya. Suzanne sedikit pun
tidak menoleh, langkahnya terus maju ke hadapan.

" Suzanne ! I'm truly, deeply, madly in love with you," kataku saat
lengannya berjaya ku tarik dari belakang. Suzanne menoleh ke belakang.
Sekali lagi pipinya basah dengan tangisan. Maia betul, dia sayangkan aku.

"Mr Barista, please. Don't make it hard for me," pintanya perlahan.

"Baiklah. I will let you go tapi dengan satu syarat, lunaskan dulu
hutang awak pada saya,"

"Hutang? Kopi tadi ke?" soalnya.

"Bukan. Masa awak salah teka kopi haritu, saya ada cakap pasal denda
kan? Dendanya ialah, spend one day with me dan saya janji saya takkan
muncul dalam hidup awak lagi..sampai bila bila,"

"Boleh?" soalku setelah lama gadis itu mendiamkan diri.

"Sampai bila bila?" soalan diberi berbalas soalan. Aku mengangguk.

"Ok, deal."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience