BAB 3

Romance Completed 4638

SEPI SEBUAH HAKIKAT

"Hey tarantula! Yang kau pergi mandikan aku dengan kopi tu kenapa?"
soalku setelah melihat Tara sedang berbaring di atas katil sambil
menonton tv.

Dia tergelak besar. Remote tv dicapainya lalu siaran itu ditutup.

"Hi my lovely sister. Baju sape tu? Amboi seronok kau mengorat Mr
Barista tu eh sampai sekarang baru balik," Tara tersenyum sinis.

"Hihihi. Ni baju Mr Barista lah!" kataku sambil berbaring di sebelahnya.
Aku mula bergolek golek di atas katil gaya perempuan angau dilamun cinta.

"Woi, perangai tu senonoh lah sikit! Ni kalau orang nampak, tak jadi nak
buat bini," Tara menarik bajuku. Aku tersengih.

"Apa jadi tadi? Citer lah sikit," Tara menunjukkan minat.

"Kau nak tahu apa jadi?" aku mula bangun bersila lalu membetulkan
rambutku. Tara mengangguk pantas.

"Lepas kau keluar, dia bagi aku sweater dia ni. Lepas tuuuuuuuu dia
temankan aku jalan sampai depan rumah," aku tersenyum lagi. Bahagia!

"Laa tu je ke?"

"Tu jelah. Kau expect ada scene kiss kiss ke? Ni cerita melayu lah!
Bukan Korea."

Nama sebenar Tara ialah Tiyara. Lepas menonton video sekumpulan gadis
gadis kpop yang lincah menari, dia bising suruh aku panggil dia T-ara.
Tak kuasa aku nak layan, satu kerja pulak lepas huruf T tu kena berhenti
sejenak sebelum sebut ara. Tak ke satu kerja tu.

"Hahaha. So worth the plan lah ni?" Tara mengangkat kening.

Aku tersenyum dengan soalan kakakku itu. Ada kisah sebenarnya macam mana
aku boleh tergilakan Mr Barista tu.

"Yes! Aku rasa aku dah fall head-over-heels dah dengan dia ni. Dahla
Tara. Aku nak mandi kejap. Nanti kita sembang lagi," aku bangun menuju
ke bilikku.

"Mandi air panas taw!" pesan Tara.

"I know, I know," aku keluar dengan laju sebelum dia sambung membebel.

Di dalam tab mandi, aku mengimbau kembali perbualan sepanjang perjalanan
pulang dengan Mr Barista tadi.

"Siapa Miss T tu? Kenapa dia simbah air kat awak?" soal Mr Barista.

"Ohhh, dia lah Tara. Yang ex saya cakap tadi," sorry akak! Kau kena
jadi antagonis dalam kisah ni.

Mr Barista mengangguk faham. "Macam mana kenal pakwe tu? Satu kolej ke?"

"Muka saya macam budak kolej ke?" aku mengujinya.

"Ehh tak. Tak tahu. Awak bukan budak kolej ke?"

Aku menggeleng pantas.

"Ohh dah kerja ke?"

"Tak jugak," muka Mr Barista mula berkerut. Mungkin dia fikir aku
perempuan aneh.

"Habis, awak buat apa?"
"Kalau saya tak buat apa apa, tak belajar, tak kerja, awak rasa saya ni
orang tak berguna lah ya?"

"I didn't say that. Cuma pelik, apa yang awak buat untuk habiskan masa
seharian," Mr Barista tersenyum.

"Saya tolong kakak saya design baju. Sikit sikit je," balasku.

"Haa see. Semua orang perlukan aktiviti untuk escape from - "

"From?" aku bertanya dengan penuh minat.

Mr Barista angkat bahu. "I don't know. Maybe pain, loneliness, life"

Aku berhenti berjalan lalu memandang ke arahnya. Dia juga turut
berhenti menanti tindakan aku seterusnya.

"Mr Barista, awak lonely ke?"

Dia tergelak kecil.

"No, I'm good with my life."

Kami berjalan perlahan lahan menyusuri pejalan kaki. Cuaca waktu itu
tidaklah terlalu panas. Agak redup kerana waktu sudah pun menghampiri
petang.

"Best tak kerja kat situ?" soalku setelah agak lama kami berdiam.

"Biasa je. Boleh jumpa macam macam orang, macam macam drama,"
senyumannya membuatkan aku terfikir apa yang berada di fikirannya ketika
itu.

"Bunyi macam menarik. Hidup saya bosan. Hari hari mengadap kakak saya
je. Kat rumah, kat tempat kerja,"

"At least you have a sister. Be grateful for that,"

"Annoying tahu tak. Semua benda dia nak control," aku mula membebel.
Terikut perangai Tara lah ni.

"Belajar menghargai sebelum kehilangan yang mengajar awak tentang erti
menghargai," Mr Barista tersenyum.

"Apa jadi dengan family awak?" berhati-hati aku menyoal.

"I've lost them in a fire,"

"Ohhhh I'm sorry to hear that,"

"There's no day goes by that I doesn't miss their presence. The
silence, trust me, you don't like it,"

"Errr, saya...." aku kehilangan kata-kata. Aku berhenti berjalan kerana
kami sudah pun sampai di hadapan rumah.

"Sini ke rumah awak?" soalnya. Aku mengangguk perlahan.

"Ok then, saya pergi dulu," Mr Barista meminta diri dengan sebuah
senyuman.

"Thanks hantar saya balik!" dia mengangkat tangan lalu berpusing ke
belakang berjalan meninggalkan diriku.

Aku hanya melihat dengan harapan dia meminta nombor telefon takpun
Fac atau Twitter pun jadi lah. Tapi dia masih lagi berjalan.

"Kena try hard lagi lah ni," bisikku sambil menggenggam hujung lengan
sweater.

"Sue!" aku mengangkat muka. Mr Barista sedang berdiri memandangku.

"Jangan lupa mandi," Cis!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience