BAB 4

Romance Completed 4638

DANSA SENDIRI

Aku menggeliat malas apabila terdengar bunyi orang sedang bersembang di
luar bilik. Jam yang berada di penjuru bilik aku kerling, 7.15 pagi.

"Morning sleepyhead," tegur Kyle sebaik saja pintu bilikku dibuka.

Aku menguap malas. "Morning Kyle. It's 7.15 kot. Awalnya,"

"I ada appointment lepas ni, so I need to check you early. How do you
feel today?" soalnya lalu duduk di atas katil.

"Urghhh Kyle. Boleh tak jangan tanya soalan basic doktor doktor,"

Kyle ketawa. "It's for your record Sue. I nak kena tahu you sihat ke tak,"

"Well, as you see today. I'm alive," balasku lalu menghulurkan tangan
supaya Kyle boleh menjalankan prosedur wajib sebagai seorang Doktor.

"Why so grumpy pagi pagi ni? Haven't get your coffee yet? Or your Mr
Barista?" Kyle mengusik.

"Urghhhh Tara kept me so busy lah last week. Dah seminggu tak jumpa Mr
Barista. Sweater dia pun tak hantar lagi,"

"Don't work too hard Sue. U kena cukup rehat," Kyle mengeluarkan
stethoscope lalu menyuruhku menarik nafas.

Setelah selesai memeriksa ku, dia mencatatkan sesuatu di dalam buku yang
sentiasa dibawanya.

"Macam mana?"

"You're still having your short breathing. Elakkan minum ais kalau
boleh. Kopi pun kurangkan,"

"What? Apa kena mengena dengan kopi?" balasku tidak puas hati.

"Kidding," aku mencebik. Ingat kelakar lah tu. Kopi tu minuman kegemaran
aku kot.

"Kyle, can you fake my medical record cakap I dah baik. I nak escape
this country, nak travel!"

"I'm a doctor. I tak boleh buat macam tu."

"Alaaaa u tak penat ke babysit I? Sebulan 2 kali kena check up. Ni kira
private and confidential thing between doctor dengan patient lah. Papa
dengan Tara takkan tahu,"

Kyle tersenyum sebelum membalas. "Habis kalau apa apa jadi kat u nanti
sape yang nak kena bertanggungjawab?"

"Takper, I tanggung sendiri. This is my life Kyle. I nak bebas," aku
tunduk melihat lantai.

"Hey," Kyle mendongakkan daguku menggunakan jarinya.

"U boleh travel kalau u nak. Tapi I kena ikut sekali. In case apa apa jadi,"

"You're an overprotective doctor," aku membantah.

"Because you're my favourite patient," Kyle tersengih.

"I'm dying Kyle,"

"Eventually, everyone will die Suzanne. Cepat dengan lambat je," Kyle
mula mengemaskan peralatannya.

"Kyle, dah siap ke? I dah letak fresh orange untuk u atas meja," kata
Tara yang tiba tiba muncul di hadapan pintu bilik.

"Dah. Thank you Tara. Don't worry. Your girl is good as usual," Kyle
tersenyum.

"Glad to know that. So, nak ikut pergi butik tak?" soal Tara lalu duduk
di sebelahku. Dia mula mengemaskan bantal bantal dan melipat selimut
yang berselerak.

"Kalau tak nak ikut pun kena ikut kan?" aku membalas.

"Why? Sue
dah ada plan ke harini?" soal Tara.

Aku tersengih nakal. "Nak pergi lepak Coffee Palace,"

"No. It's a big no. Sue kena tolong akak. Ada banyak lagi design nak
kena buat," aku buat muka. Kyle ketawa melihat pergaduhan kami dua beradik.

"Tapi Sue nak singgah jugak! Nak hantar sweater dia. Dah seminggu dah
buat macam harta sendiri," aku bangun dari katil lalu mencapai sikat
dari meja solek.

"Kalau u nak cepat, I boleh drop Sue kat butik nanti," celah Kyle. Yes!
Kyle memang penyelamat dunia.

Tara memandang aku dengan Kyle bergilir gilir. Sedang berkira kira untuk
percaya atau tak.

"Ok lah Kyle. Tapi pastikan u hantar Sue sampai butik tau. I kena pergi
ambik laces dengan ribbon kejap,"

Aku bergerak ke bilik mandi. Tidak ku ketahui apa isi perbualan mereka
kerana setelah aku keluar, bilikku sudah pun kosong.

Waktu menunjukkan 15 minit sebelum pukul 9 sebaik saja aku selesai
bersiap. Aku masuk ke dalam kereta, Kyle meluncur laju menuju ke destinasi.

"U nak apa apa tak?"soalku sebelum turun dari kereta. Aku mengambil
sweater yang ku letak dalam sebuah beg kertas.

" Sue nak belanja ke?"

"Kira peras ugut tak doktor mintak belanja dari pesakit?" soalku dengan
wajah serius.

Kyle ketawa kecil. "Tak, kalau pesakit tu yang rela hati nak bayarkan,"

"Oklah. Nak apa?"

"Hazelnut. Pastikan sedap tau,"

"Ehhh mestilah sedap. Mr Barista buat apa pun sedap,"

"Air paip pun kalau dia bagi mesti sedap kan?" Kyle menyindirku.

Aku menjeling tajam sebelum turun. Rambut ku betulkan sebelum masuk ke
dalam cafe.

In one, two, th...

"Welcome to Coffee Palace. Can I take your order?" seorang gadis
tersenyum manis di belakang kaunter.

"Err Hazelnut satu. Latte satu," aku mula menjengah ke belakang, mencari
cari Mr Barista.

"Nama?"

" Sue," balasku ringkas. Setelah membayar harga, aku duduk di sebuah
kerusi sementara menunggu kopi ku siap.

Eeeeee dahla dah seminggu tak jumpa. Aku datang harini, dia takder
pulak. Habis tu macam mana?

" Sue!" aku bangun menuju ke kaunter. Sempat ku kerling nama yang tentera
di tag yang dipakainya, Maia.

"Maia, the other guy, shift dia bila eh?"

"Shaf-"

"Yes. Mr Barista, dia kerja bila?"

"Ohhh minggu ni dia tak kerja. Dia ada exam," balas Maia, menyembunyikan
senyuman.

"What? Seminggu ni dia tak kerja langsung?" Maia menggeleng kepala.

"Kenapa?" soalnya setelah melihat kerutan di wajahku.

"Nothing. Saya nak bagi sweater dia haritu,"

"Tinggal je kat sini. Nanti saya pass kat dia," Maia tersenyum.

Tapiiiiii nak jumpa! Rindu kot. Kalau bagi sweater kat Maia, dah takder
alasan nak datang sini lagi. Aarrrgghhh rasa nak menggelumpur.

Tanpa rela, aku menghulurkan beg kertas itu kepada Maia.

"Ehh, kejap," aku menarik balik beg itu.

"Ada pensel dengan kertas tak?" Maia menghulurkan kertas dan pensel
kepadaku. Aku menulis sesuatu di atas kertas lalu meletakkannya di dalam
poket sweater.

"Thanks Maia," kataku setelah beg kertas itu bertukar tangan.

"My pleasure," Maia tersenyum.

Aku melangkah keluar dari kafe itu. Rindu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience