BAB 12

Romance Completed 4638

TEKA TEKI

Aku mengetuk pintu bilik Tara untuk kali yang keberapa juta. Sudah tiga
hari kami tidak bercakap, malah bersua muka pun tidak.

Tara baru pulang dari Genting, menguruskan majlis perkahwinan Susan yang
berlangsung di sana. Mengikut rencana, sepatutnya aku ikut sekali tetapi
selepas apa yang berlaku di butik tempoh hari, Tara dengan tegar
meninggalkan aku di rumah.

"Sue kan dah besar. Dah boleh atur hidup sendiri. Sue dah tak perlukan
kakak untuk atur hidup Suelagi. No Kyle dah ada kat speed dial no 1
kan," itulah ayat terakhir Tara sebelum dia bertolak ke Genting. Itu pun
dalam bentuk sticky note yang ditampal di peti sejuk yang aku jumpa
dalam keadaan terpinga pinga setelah bangun dari tidur.

Tiga hari aku bersendiri. Tiga hari berlalu tanpa komunikasi dengan
sebarang manusia kecuali WhatsApp daripada Kyle yang bertanya tentang
kesihatan aku.

Mr Barista. Aku cuba dail nombor telefonnya tapi langsung tidak
berjawab. Yang ada hanyalah bunyi sambungan yang tiada sambutan dari
sebelah sana. Apa hubungan dia dengan Saphiya? Mungkin dia masih lagi
cintakan Saphiya, kalau tak dia takkan terkesan melihat gadis itu dalam
gaun pengantin.

Aku menarik nafas dalam. Dadaku terasa sesak. Kalau aku kembalikan
Saphiya kepada Mr Barista, Kyle akan dapat bersama dengan Tara. Apa
salahnya berkorban demi melihat senyuman orang yang aku sayang. Lagipun
aku bukan punya banyak masa lagi dalam dunia ni.

Tiga hari berlalu dengan aku memikirkan perkara itu. Air mata laju
menuruni pipi seperti empangan yang tiada henti. Maybe I'm the only one
who can fix the thing.

Aku mengetuk pintu bilik Tara lemah.

"Tara, we need to talk. I'm sorry for everything that I've done. You are
right. Sue tak kenal pun siapa Mr Barista tu. We both hurt sis. I know
that," aku terduduk di hadapan pintu bilik Tara.

Aku bersandar pada pintu sambil memeluk lutut. Teringat kembali zaman
kecil kami berdua. Waktu itu kami masih terlalu mentah dalam mengenal
dunia. Tara satu satunya kawan yang aku ada. Sewaktu aku berusia 5
tahun, Tara sudah pun menginjak 9 tahun.

Setiap kali Tara pergi ke sekolah, aku akan menunggu dia pulang ke
rumah. Kami akan bermain bersama sama di dalam rumah sehingga lah aku
tidur baru lah Tara menyiapkan kerja sekolahnya.

Memasuki usia 7 tahun, aku tak sabar untuk ke sekolah bersama sama Tara.
Namun, papa katakan yang cikgu aku akan datang ke rumah dan aku tak
perlu ke mana mana. Ruang dunia aku sempit dan terhad. Hanya beberapa
nama sahaja yang ada dalam ingatan.

Pada mulanya aku memberontak, kenapa Tara boleh bebas? Kenapa tidak aku?
Seringkali aku menyalakan paru paru ku yang tidak berfungsi secara
normal seperti orang lain. Namun, Tara lah yang menjadi peneutralisasi
keadaan.

"God loves you more, that's why He created you like that so that you
need to be protected," kata Tara setiap kali aku mempersoalkan takdir.

Aku dapat rasakan setitik air mata jatuh ke pipi.

Memasuki usia remaja, Tara meninggalkan aku untuk menyambung
pengajiannya di peringkat universiti. Tinggalah aku di rumah bersama
sama mama dan papa. Kesihatan mama pada masa itu sudah kritikal dan
tidak menentu.

Tara selalu cakap, "Don't cry too much. Nanti Sue sesak nafas,".
Disebabkan itulah aku kuat menghadapi mama yang sedang sakit. Aku tahan
air mata daripada selalu jatuh. Aku cuba. Tetapi semuanya runtuh jua
saat mama menghembuskan nafas untuk kali terakhir.

Aku menangis semahunya sehingga dunia ku menjadi gelap. Sebaik sahaja
terjaga, Tara dan papa meluru memeluk aku. Mereka berkata aku pengsan
dan sudah 2 hari aku berada di hospital kerana tidak sedarkan diri.

"Tara, ingat tak masa kita sama sama tengok Princess Diary and I said
that I wanted a boyfriend?" aku membuka bicara lagi kerana aku tahu Tara
sedang mendengar di sebalik pintu.

"Masa tu.... Masa tu akak mintak kawan akak datang, just untuk temankan
Sue. A date untuk sehari lah kononnya," aku tersenyum kecil.

Tara sehabis daya cuba menyempurnakan permintaan aku walau betapa
ridiculous pun permintaan itu. Mungkin dia tak mahu aku rasa tersisih.
She's my fairy god mother. Tara is my fairy god mother.

"You know what, Sue happy sangat masa tu dan Sue rasa macam, oh this is
how you feel when you have a boyfriend. But at the end of the day, I
know it just an acting. I can't force someone to love me," aku terdiam
seketika. Terasa mencucuk di dalam dada sehingga aku tak dapat
membezakan adakah ia kesakitan fizikal atau kesakitan emosi.

"Mr Barista...." aku menyapu air mata yang mahu menerjah keluar lagi.

"He gives me the feel....that feel that when you love someone it just
flow...you don't even have to ask whether it's true or not. It just
happen...but maybe you are right...maybe I'm the only one who had this
feeling..." aku menekup muka dengan kedua dua tapak tanganku, sudah
tidak mampu untuk berkata kata.

Perlahan, terasa pintu bilik dibuka. Ada satu tapak tangan singgah di
bahuku.

"When it comes to love, nothing can stop it no matter how unconditional
it is," kata Tara lalu menarikku ke dalam pelukannya.

"Sorry for being selfish Sue. I - " aku mengangkat muka. Tara juga
sedang menangis. Aku menyapu air matanya yang mengalir di pipi.

"No. Akak tak salah. Akak hanya mahu yang terbaik untuk Sue . Selama ni
akak dah banyak berkorban untuk Sue jadi kali ni biarlah Sue yang
berkorban untuk akak,"

"Maksud Sue?"

Aku tersenyum kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience