BAB 9

Romance Completed 4638

KERLIPAN DARI ANGKASA

Aku menguap bosan dalam panggung wayang yang gelap itu. Aku tak minat
sangat cerita perang perang macam ni tapi layankan jelah Kyle dengan
Tara ni.

Ini je sosial life yang aku ada. Asal nak keluar je mesti kena keluar
dengan Tara ataupun Kyle. Aku malas nak keluar dengan Kyle je so aku
tunggu lah Tara sekali. Better lah daripada kena hantar duduk dengan
papa balik lepas tu kalau nak keluar kena ada orang ikut sekali sebab
takut tiba tiba collapse.

Dah 2 minggu aku tak pergi Coffee Palace. Bila aku mengadu pasal coffee
craving, Tara suruh beli kat tempat lain. Tak sama kot! Mana sama. Tak
ada rasa cinta dalam kopi tu. Teruk jugak scene aku bercinta sorang
sorang ni.

"Tara, ladies room jap," aku berbisik kepada Tara sambil menghulurkan
popcorn di tangan kepadanya. Tara mengangguk tanpa mengalihkan pandangan
dari skrin. Aku berjalan keluar dari wayang lalu menuju ke floor bawah.
Nak beli makanan lah lepas tu tunggu kat luar sambil makan.

Aku menuruni escalator dengan berhati hati. Otakku ligat berfikir
mengenai jarak mall itu dengan Coffe Palace. Lebih kurang 15 minit je
tapi kalau pergi balik ambik masa 30 minit. Buatnya movie dah habis by
that time, macam mana nak explain kata Tara pulak? Arghhhh payah lah
macam ni!

Kebelakangan ni asyik ingat Mr Barista je. Nampak lelaki je terus
terbayang muka dia. Memang parah dah aku ni.

Langkah ku atur menuju ke bahagian makanan. Susu, tepung, coklat, haaa
cereal. Nak Honey Stars lah. Manis jugak kalau kunyah kunyah ni.

"Suzanne ," aku mengalihkan pandangan ke tepi. Aku terpaku tak berkelip.
Waaaahhh sejak bila imaginasi aku dah jadi bentuk 3D? Real pulak tu.
Mata dia, senyuman dia sebijik macam Mr Barista.

Samalah..boleh pegang -

"Hey, Sue, dah tak kenal saya ke?"

"Mr Barista?" aku menyoal demi sebuah kepastian dan penuh harapan yang
dia tak akan hilang meletup macam belon.

Dia tersenyum, angguk sedikit dan mengangkat tangan ke paras muka.
Sumpah, aku speechless dengan unexpected meeting ni. Mesti rambut aku
buruk sebab aku dah duduk pelbagai posisi dah dalam wayang tadi.

"Kenapa muka pucat macam nampak hantu je?" suara yang dirindui lembut
menyapa telinga.

"Errr.. I thought I was dreaming,"

"Ohhh, ingatkan takut sebab jumpa saya," dia tersengih. Manis!

"Hah? Kenapa nak takut pulak?"

Mr Barista membetulkan rambutnya, "Urm sorry about that day. Masa saya
ajar awak main gitar tu. Tangan awak sejuk and you seem uncomfortable
with it. Balik pun rushing je,"

Aku tergelak kecil. Tak sangka sejauh tu dia fikir.

"Tak. Bukan sebab tu pun. Jangan risau ea,"

"Dah lama tak nampak kat Coffee Palace. Dah jumpa new favourite cafe
ke?" soalnya dalam nada bercanda.

Kenapa? Rindu ke?

"Quite busy actually. Ehhh jom pergi bayar. Awak beli apa ni?" soalku
merujuk kepada trolinya yang terdapat pelbagai barang.

"Barang barang dapur je," balasnya sambil berjalan perlahan lahan
menolak troley.

"How about you? Honey Star?" Mr Barista mengangkat kening.

Aku tersengih.

"Saja. Benda ni manis, boleh kunyah kunyah macam tu je, tak payah makan
dengan susu,"

"It's a cereal Sue,"

"It's not a crime to eat Honey Star like a snack,"

"But it's a crime to being cute without even trying,"

"Huh?"

"Nothing. Kaunter tu takder orang," kata Mr Barista lalu menolak
trolinya menuju ke arah itu.

Did he just said I'm cute?

Selesai membayar, kami berjalan menuju ke pintu keluar.

"Awak datang sini sebab nak beli Honey Stars je ke?" soal Mr Barista.

"Ehh tak lah. Sebenarnya saya tengah tengok movie dengan kakak saya.
Bosan. Saya keluar," aku membuka kotak Honey Star lalu mengoyakkan plastik.

"Hahaha. Bosan?"

"Cliche," balasku senada.

"Define cliche," Mr Barista berhenti sejenak untuk memandangku.

"Err typical benda yang semua orang buat," aku menghulurkan kotak Honey
Stars kepadanya. Dia menggeleng perlahan.

"Kalau saya mintak no fon awak, agak agak cliche tak?" soalnya sambil
tersenyum.

"Agak cliche, but it's ok. I would love to," kawal Suzanne kawal. Jangan
tunjuk sangat excited tu.

Mr Barista mengeluarkan telefon bimbit dari poker jeans nya lalu
menghulurkan kepadaku.

Aku menyambut telefon tersebut lalu menaip 10 nombor dengan pantas.

"Give me a call," kataku saat telefon tersebut aku kembalikan.

"Eh, sape kata saya nak call?"

"Habis tu nak buat apa?"

"Nak tikam nombor ekor. Kaya saya nanti kalau menang," Mr Barista
mempamerkan barisan giginya yang tersusun indah.
Eee sabar jelah. Nasib baik sayang, kalau tak. Ehhh sayang?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience