BAB 2

Romance Completed 4638

SIMBAHAN KOPI

"Iced Americano satu," pesan pelanggan yang baru masuk tadi setelah aku
berada di belakang kaunter.

"Nama?" soalku bersedia dengan sebatang marker.

"Miss T," balasnya sambil mencari cari sesuatu di dalam beg tangannya.

How ironic. Tea drinker tapi minum coffee pula.

Setelah membayar, dia melangkah pergi meninggalkan kaunter. Aku mula
lincah bekerja.

"I nak tambah lagi satu. Iced Caramel Macchiato." Perempuan itu
tiba-tiba muncul lagi secara tiba-tiba. Aku agak terkejut dengan
kemunculan drastiknya memandangkan aku sedang ralit membuat kerja tadi.

Aku mengangguk dan menekan butang di mesin pembayaran. Selepas menulis
namanya di atas gelas, aku meneruskan kerjaku sebentar tadi.

"Miss T, your drink is ready," laungku setelah kedua-dua minuman itu
siap. Perempuan itu ku lihat sedang duduk di meja yang sama dengan
Suzanne. Mungkin kawannya kot.

Setelah mengambil kopinya, Miss T kembali berjalan menuju ke meja yang
didudukinya tadi.

"How does the coffee taste?" tanyanya setelah berdiri di hadapan Suzanne

"Sedap," balas Suzanne sambil melihat ke arahnya.

"Kalau buat mandi lagi sedap," balasnya sambil menuang kopi yang berada
di tangan kirinya ke arah Suzanne . Suzanne terjerit kecil.

"Hey!" aku membantah lalu berjalan pantas ke arah mereka berdua.

"Later, bitch!" Miss T berlalu pergi setelah selesai memandikan Suzanne
dengan segelas kopi. Gelas itu dibaling di atas lantai sebagai tanda proses.

Suzanne menyapu mukanya yang dibasahi air. Bukan setakat muka, rambut dan
bajunya habis lencun dengan minuman pekat itu.

"Awak ok?" tanyaku simpati. Suzanne mengangguk lemah sementara tangannya
masih menyapu mukanya.

"Here," aku berlutut di hadapannya lalu mengeringkan rambutnya dengan
tuala yang aku guna untuk mengelap tangan.

Suzanne diam. Atau lebih tepat lagi hanya membiarkan perbuatan ku itu.
Sehelai tisu ku ambil lalu mengelap mukanya. Tangannya mencapai tanganku.

Lembut dan hangat terasa tapak tangannya yang berada di atas tapak
tanganku. Tisu yang ku pegang tadi bertukar tangan. Suzanne menyambung
mengelap mukanya yang separuh basah itu.

"Thanks. Guess, today is my bad day," ayat tersebut meluncur keluar dari
mulutnya.

Aku berdiri lalu menuju ke bilik belakang. Sehelai sweater berwarna
hijau lumut ku capai lalu kembali menuju ke hadapan.

"Pakai ni," aku menghulurkan sweater ku kepada Suzanne. Matanya yang
bulat mendongak melihat ke arah ku.

"Tandas ada kat belakang," sambungku lagi.

Dia mengangguk lalu bangun menuju ke tandas. Aku kembali ke belakang
kaunter. Melihat jam yang sudah menghampiri ke angka 4 petang. Sebentar
lagi shift aku akan habis dan diganti dengan Maia.

"Mr Barista," Suzanne tiba tiba muncul dari belakang dengan bersweater
hijau siap dengan hoodie lagi.

"Saya balik dulu. Terima kasih. Nanti saya hantar balik sweater ni," dia
melambai kecil dengan separuh dari tapak tangannya ditutup dengan sweater.

Alahai… Comenlnyalah.

Dia berjalan perlahan, mula melangkah menuju ke pintu keluar.

"Suz.. ann argh payah pulak nak sebut nama dia ni!

Suzanne berpusing kembali, cuba menyembunyikan tawa.

"U can call me Sue,"

"Errr ok Sue Awak balik dengan apa ni?"

"Jalan kaki,"

"Jalan?"

Suzanne mengangguk seperti kanak kanak yang bersetuju di ajak ke taman tema.

"Sorang?" soalku lagi.

"Technically, saya dah kena dump tadi. So yeah, sorang,"

"Kejap, shift saya dah nak habis. Biar saya hantar awak balik,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience