BAB 17

Romance Completed 4638

"Makan kat sini ok?" soalku apabila kami melintasi sebuah restoran
makanan barat yang terletak dalam pusat membeli belah itu. Suzanne
mengangguk.

"You?" soalku beralih kepada Kyle.

"I tak kisah," Kyle memberi persetujuan. Kami bertiga melangkah masuk ke
restoran itu. Selesai memilih tempat duduk, waiter datang meletakkan
menu untuk setiap orang.

"I nak Fettucini Seafood Marinara , Sue nak apa?" soal Kyle.

"Sue nak ni," kata Suzanne sambil jarinya jatuh di atas gambar Fish and
Chips.

"I nak Chicken Kiev, " sambungku setelah membelek menu dan membaca
tulisan yang terpamer di situ.

"Caramel..caramel machiaa,"

"Caramel Macchiato," Kyle membantu Suzanne menyebut perkataan itu.

"Caramel Macchiato tu apa mama?" Suzanne mendongak memandangku. Mata
bundarnya berkelip memandangku meminta penjelasan.

"Caramel Machiato tu kopi sayang," balasku sebak. Semerta aku
teringatkan Suzanne yang pergi meninggalkan kami semua dalam kemalangan
yang telah berlaku 8 tahun dulu.

Waktu panggilan telefon ku terima, aku panik dan lantas bergegas menuju
ke tempat kejadian kerana kebetulan tempat tersebut berdekatan dengan
butik. Sewaktu aku tiba, Suzanne sedang bernafas menggunakan inhaler
dengan bantuan seorang perempuan yang berada di situ. Wajahnya dan
badannya nampak kusut dan trauma selepas berlakunya kemalangan.

Mr Barista, dalam keadaan badan yang berlumuran darah kerana tertikam
objek tajam di perutnya memegang tanganku saat aku tiba di situ.
Tangannya sejuk dan pucat, petanda terlalu banyak kehilangan darah di
dalam badan

"Ambik jantung saya...Sue..." itulah ayat terakhir yang keluar dari
mulutnya sebelum tangannya terkulai layu di sisi. Air mataku jatuh saat
melihat sendiri kematian di depan mata. Matanya ku tutup perlahan
sebelum berpaling pergi ke arah Suzanne.

"Noooo, noooo! Sue yang patut mati! Bukan dia!" Suzanne mula histeria.
Aku berjalan ke arah adik perempuanku yang berada tidak jauh dari situ.
Menurut Suzanne, Mr Barista sempat menolak dia keluar dari kereta sebelum
lori itu merempuh kereta. Suzanne meluru ke arah sekujur tubuh yang
terbaring kaku di atas tar yang keras itu tanpa sempat aku halang.

Dengan pernafasan yang tersekat sekat, dia cuba memangku kepala lelaki
kesayangannya itu. Air matanya mengalir laju umpama empangan pecah.

"Sue, you need to breathe.." aku mendekatinya sambil membawa inhaler
yang ditinggalkan sebentar tadi. Suzanne muntah. Muntah darah dengan
amaun yang begitu banyak. Sebelum ambulans sempat sampai, dia meninggal
di tempat kejadian kerana pendarahan dalaman.

"Tara....papa... Love you..." aku sempat menyambut badannya sebelum dia
rebah jatuh ke bumi. Suzanne dalam pangkuanku manakala Mr Barista dalam
pangkuaannya. Saat itu juga aku merasakan mahu mengikut langkah berdua,
pergi meninggalkan dunia.

Pasukan paramedik sampai dan mereka membawa kami semua ke hospital. Tapi
semua itu sudah terlambat. Aku hilang punca, buntu, sesat, kelam, gelap.
Waktu Kyle menarik aku ke dalam pelukannya, aku seakan terlupa di mana
aku berada. Hilang.

EPILOGUE
"Dear, Jauh you mengelamun, fikir appa?" soalan Kyle menghentikan lamunan panjangku. Aku tergamam seketika lalu melemparkan senyuman hambar.

"Takde apa dear, mengelamun kosong je" sudah lapan tahun peristiwa itu berlaku namun hangatnyapegangan tangan Mr Barista dan tangisan Suzanne yang tumpah seakan masihterasa.

"I tahu you teringatkan siapa dear, well doakan yang terbaik untuk dia dan teruskaan hidup itu saja bagi kita yang hidup mampu buat" Kyle mengusap lembut tanganku. Air matayang ditahan sekian lama, akhirnya tumpah juga membasahi pipiku yang kemerahan dek blusher.

"Why are you crying mummy?" Suzanne berjalan turun dari kerusinya lalu
datang ke arahku.

"Mommy, don’t cry, I’m here, I won’t leave you," anak kecil itu menyapu air
mataku menggunakan jari mulusnya. Selepas kejadian itu, aku hilang arah
sehinggalah Kyle membuat keputusan untuk mengahwiniku. Kami dikurniakan
seorang bayi perempuan comel dan kami berdua bersetuju untuk
menamakannya Suzanne.

"Tak, tak, mama tak nangis dah," aku memegang tangan kecil itu lalu
menciumnya perlahan.

"Taaaaraaa Caramel Macchiato," seorang lelaki datang meletakkan kopi di atas meja sambil membuat aksi ceria.

" Suzanne punya!" Suzanne melompat turun dari kerusi ku.

"What you should say??" Kyle menguji anak gadis itu.

"Terima kasih..." Suzanne memandang lelaki itu seolah olah bertanyakan
namanya.

"Mr Barista,"

"Terima kasih, Mr Barista!"
Arghhh apa ini dejavu? Memori kembali terlakar.
Suzanne, akan ku pahat segala memori dan hadiahkan doa untukmu dan barista kesayanganmu, sementara aku, aku akan meneruskan kehidupan walaupun adakalanya ia sukar, tapi aku tahu Suzanne kecil ku yang sedang menari-nari gembira sambil menikmati minumannya di hadapanku ini akan berada di sisi menemaniku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience