BAB 11

Romance Completed 4638

BLAST FROM THE PAST

Aku mengemaskan barang barang yang berselerak di atas meja. Telefon
pintar yang berada di kanan meja berbunyi menandakan ada WhatsApp yang
baru diterima.

/I otw. See u there :*/

Aku tersenyum sendiri membaca pesanan dari Mr Barista. Kami telah
berjanji untuk makan tengahari bersama sama harini di sebuah mall yang
berdekatan dengan butik. Tara akan bergegas menuju ke rumah pelanggan
selepas waktu makan tengahari jadi tinggal aku seorang yang akan
menguruskan butik. Perfect!

"Sue, tak nak lunch ke?" soal Tara yang sedang menjinjit beg kertas di
kiri dan kanannya.

"Nak. Jom," aku mencapai beg tangan yang berada di atas kerusi. Kami
berjalan beriringan menuju ke luar. Aku tersenyum sendiri membayangkan
kejadian yang berlaku di Coffee Palace hujung minggu lalu.

" Sue, nanti dah lunch terus balik tau. Akak nak kena pergi rumah Susan
ni. Pukul 2 janji dengan dia," pesan Tara untuk kali yang keberapa entah.

"Ya, ya, lepas makan Sue terus balik, don't worry. Akak pergi settle kan
Susan tu," balasku malas.

Tara menukar papan tanda yang berada di pintu kaca daripada open kepada
close. Kami berdua melangkah keluar dari butik.

"Diorang dah tutup. Kita cari tempat lain lah," aku berpusing ke
belakang apabila terdengar suara lelaki di belakang.

"Kyle," Tara tersenyum lebar sambil membuang shade yang dipakainya.

Kyle membalas senyuman tersebut. Di sisinya ada seorang perempuan yang
sedang melihat gaun pengantin yang berada di dalam kedai melalui cermin.

"Dah tutup ke? Gaun ni cantik lah. I teringin nak cuba," kata perempuan
itu sambil memandang Tara.

"Ohhh tutup lunch je. Tapi kalau you nak try gaun tu sempat je. Come on
in," kata Tara mesra. Aku membuka kembali pintu yang telah dikunci tadi.

"Kenapa tak call dulu Kyle?" soal Tara.

"I - "

"Laa, you all kenal ke?" perempuan itu memandang Kyle dan Tara bergilir
gilir.

"Kyle is my sister's doctor, Sue. Btw, I Tara, and you?" Tara
menghulurkan tangan.

Perempuan itu bersalaman dengan Tara sambil menjawab, "Saphiya, tunang
Kyle."

Tara memang layak menang Anugerah Pelakon Terbaik. Mukanya tenang tanpa
segarit kejutan. Senyumannya juga tidak berkurang walau seinci pun.
Kalau aku kat tempat Tara, aku mungkin dah menangis.

"Jom, pergi cuba gaun tu. Kalau nak yang sleeveless pun ada- " sayup
terdengar suara Tara membawa Saphiya ke bilik persalinan.

"Wow, I tak pernah tahu pun you ada tunang," komenku sebaik sahaja
kelibat kedua-duanya menghilang.

Kyle mengeluh. Dia meraut wajahnya berkali kali.

"This is a big mistake. It shouldn't be like this," katanya lemah.

"Why? What's happening?" soalku risau. Tak pernah aku lihat Kyle
sebegitu resah. Sebelum ini dia hanya tenang walaupun mendengar aku
berulang kali bercerita mengenai takutnya menghadapi kematian.

"Sebelum I ambik master dulu, my mom ask me to marry this girl, Saph.
Masa tu I takder sape sape and I just setuju jelah dengan apa yang mama
I cadangkan. Turns out I meet you and Tara. Tara, she's so incredible.
She's stunning in her own way -"

"Are you in love with her?" potongku sebelum Kyle sempat menghabiskan
ayatnya.

"How do I look?" satu suara muncul dari belakang. Aku dan Kyle menoleh.
Saphiya sedang berdiri dengan memakai gaun kembang seperti mana impian
kanak kanak perempuan yang ingin kelihatan seperti puteri

Mata Kyle melirik ke arah Tara yang sedang membetulkan gaun tersebut.

"Yes, I love her," gumam Kyle perlahan dengan nada yang hanya mampu
didengari oleh dia dan aku saja. Jadi betul lah apa yang aku teka selama
ni. Both Kyle and Tara are in love with each other. Skinny love.

"So?" Saphiya masih setia menanti jawapan. Matanya bergilir gilir
memandang aku dengan Kyle.

"You look nice," balas Kyle senada.

"Urmmm, I rasa you kena buang yang atas tu sebab you kan tinggi. That
kind of line buat you nampak lagi tinggi," komenku.

Saphiya cantik. Lebih tepat, anggun dan nampak kewanitaan. Rambutnya
yang lurus separas siku dibiar lepas bebas. Berbeza dengan Tara yang
nampak serius kerana rambutnya yang disanggul dan gaya pemakaiannya
seperti business woman.

Tara melihat Saphiya dari jarak jauh seperti mana dia melayan pelanggan
yang lain. Professional as usual.

"Betul lah Sue. Atas tu kita ganti dengan necklace. I think it will look
better. Jom, kita fix lagi sikit," Tara mengajak Saphiya menuju ke bilik
persalinan untuk kali kedua.

"Tara seems ok. Guess I'm the only one who -"

"Habis tu you expect apa? Tara mengamuk? Tara is not like me. Dia matang
dan professional Kyle. Don't assume before you ask, it's unfair for her,"

"Dia ada cakap apa apa ke kat Sue?" soal Kyle.

"She's my sister. Dia tak cakap pun I tahu. Tapi macam I cakap tadi, be
fair to her. Tanya dia sendiri,"

/Mende lah dua dua orang ni. Nama je bekerjaya tapi bab cinta fail.
Takkan nak kena aku jugak jadi orang tengah./

"Tapi dah jadi macam ni, you rasa dia boleh faham ke semua ni?"

"I rasa Tara maybe boleh faham tapi Saph tu macam mana pulak? Dia suka
you tak?"

" Sue," aku menoleh ke arah suara yang muncul dari pintu. Mr Barista
sedang berdiri di situ dengan sebuah senyuman. Damn! Macam mana aku
boleh terlupa pasal dia.

"Mr Barista, sorrryyyyy! Saya dah nak keluar tadi lepas tu tiba tiba ada
customer pulak. Lama ke awak tunggu?" aku berjalan ke arah pintu lalu
menarik tangannya masuk ke dalam.

"Taklah. Saya bosan kat mall tu, saje try cari butik kakak awak. Tak
sangka pulak jumpa. Eh tu bukan -"

"Ha'ah tu Kyle. Dia dengan tunang dia tengah cari baju pengantin,"
balasku dengan jujur. Semoga Kyle masih ingat apa yang pernah berlaku dulu.

"Tahniah. Kahwin dengan Tara ke?" soal Mr Barista lagi.

"Err tak. Kahwin dengan-" belum sempat Kyle menjawab. Saphiya dan Tara
muncul. Alamak! Lupa lagi sekali. Tara tak tahu apa yang berlaku antara
aku dengan Mr Barista. I'm attending my own funeral. Good luck SUzanne.

Tara dan Saphiya terpaku dengan kehadiran Mr Barista di situ. Tanpa
diduga, Saphiya meluru ke arah Mr Barista lalu memeluknya.

"I'm sorry. I miss you," laju air mata Saphiya menuruni pipi.

Mr Barista tergamam. Begitu juga dengan aku, Tara dan Kyle. Kenapa dia
peluk Mr Barista?!

"Can somebody tell me what's going on right now?" soal Tara memecah
kesunyian. Matanya merenung ke arahku. Semua orang yang berada di situ
memandangku termasuk Saphiya yang telah meleraikan pelukannya. Eeeee
kenapa dia peluk Mr Baristaaaa????

"Urmmm Sue ada lunch dengan Mr Barista," aku menelan air liur.

"Lunch? So you still seeing him la? Sue janji apa dengan akak?"

"Akak?" soal Mr Barista bingung. Damn!

"Yes, Tara ni akak saya," aku memandang Mr Barista takut takut.

"Drama apa yang awak buat ni Suzanne? So tell me, everything that you
have done is just a lie? Awak nak apa dengan saya Suzanne?" soalnya sesal.

Aku menarik lengan Mr Barista. "Awak dah salah faham. Yes I'm lying from
the beginning. Tapi saya tak pernah tipu pasal perasaan saya kat awak,"
air mataku mengalir perlahan.

Mr Barista menggeleng perlahan. Dia menarik tangannya dari peganganku.

"Enough. Perempuan ni hanya mendatangkan kelukaan. Saph, I thought I had
over you tapi bila lihat awak dengan gaun pengantin ni, it's still
hurt," Mr Barista memandang Saphiya. Apa yang pernah berlaku antara mereka?

"Dan Sue, from the beginning I already know that you are too good to be
true but slowly I'm falling for you...and it's hurt too," aku nampak
matanya yang berkaca. Aku tahu semuanya salahku yang tidak jujur dari
mulanya.

Tapi kalau dia tahu siapa sebenarnya aku, mampu ke dia terima perempuan
yang macam ni? Yang entah bila bila sahaja boleh pergi.

"You don't understand and I can't explain," kataku lemah.

"Why not kita duduk dan settle kan semua ni? Saph, Sue, Mr Barista?"
kata Kyle yang cuba menjadi pendamai keadaan.

"No thank you. Saya dah muak dengan drama orang kaya macam awak semua,"
kata Mr Barista lalu berlalu menuju ke pintu. Aku dan Saph mengejar
langkahnya tetapi dia terlalu laju ke hadapan.

Dengan gaun yang kembang dan pernafasan yang tersekat sekat, Mr Barista
meninggalkan kedua dua perempuan dalam tangisan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience