BAB 7

Romance Completed 4638

DALAM DILEMA

Aku bergegas menuju ke bilik sewaktu Tara sedang sibuk mengunci pintu rumah.

"Nak pergi mana tu, Suzanne ?" aku berpusing berpusing ke belakang. Tara
sedang berdiri memeluk tubuh. Garangnya muka. Kalau letak sebelah
harimau, harimau pun takut.

Aku berpusing semula mengikutinya menuju ke ruang tamu.

"Explain, please," kata Tara senada.

Aku menelan air liur sebelum bersuara, " Sue tertinggal kunci kat ofis
lepas tu Sue nak pergi kedai 24 jam tapi Mr Barista cakap bahaya naik
teksi sorang. Lepas tu dia ajak pergi rumah dia,"

"And Sue ikut? Macam tu je?"

Aku mengangguk.

"For God's sake Sue, he could be a serial killer! Dia mungkin boleh
bunuh, rogol, kerat 14 Sue! Ada Sue fikir semua tu? Ada?"

"But- "

" Sue tak fikir semua tu sebab Sue dah hanyut dengan perasaan suka tu!
Kalau apa apa jadi kat Sue, macam mana akak nak jawab dengan papa?" Tara
menghempaskan dirinya di atas sofa. Dia duduk bertentangan denganku.

"You know kan, akak busy dengan fashion show lagi 2,3 hari. Dengan
drawing, dengan customers semua. Sue boleh tak jangan buat hal? Jangan
tambah beban akak,"

Aku tersentak, "Am I a burden to you?"

"You know what I mean Sue . Sue mungkin rasa akak ni overprotective tapi
I couldn't afford another lose Sue No, not now," suara Tara beransur
perlahan diiringi dengan mata yang berkaca.

Macam tu lah Tara bila marah. Mula mula macam gunung berapi meletus
lepas tu dia menangis sendiri. Aku bangun lalu duduk di sebelahnya.

"I'm sorry," aku memeluk Tara dari tepi. Mungkin betul kata Tara yang
aku terlalu ikutkan perasaan.

"Sampai sekarang akak rasa bersalah sebab tak jaga mama masa dia sakit
dulu...So, akak cakap kat papa, akak nak jaga Sue.. Akak janji, akan
jaga Sue elok elok."

Mama meninggal sebab kanser paru paru. Masa tu Tara belajar kat oversea
so dia tak ada masa aku dengan papa jaga mama yang tengah sakit. Aku
yang mewarisi sakit mama. Walaupun hanya pneumonia dan bukan kanser,
tetapi kami semua sentiasa mengambil langkah berjaga jaga.

Penyakit aku ni pulak boleh datang menyerang secara tiba tiba. Kadang
kadang aku susah nak bernafas terutamanya waktu aku takut dan cemas.

"Can you promise me one thing?" soal Tara tiba tiba.

"I'll do anything for you, Tara,"

"Jangan jumpa Mr Barista lagi,"

"What?! No? Tara, you can’t do this to me!" aku mula bangun dari kerusi.
Rasa nak memberontak.

"Yes. I can do anything I want Suzanne. Anything. Kalau Sue degil tak nak
dengar cakap kakak, akak hantar Sue balik duduk dengan papa," suara Tara
sambil memandangku tajam.

"Tapi, dia takde kena mengena pun dalam hal ni!"

"Sebab dia lah semua benda ni jadi. Dahlah Sue. I'm tired. Akak nak
tidur. Sue pilih lah apa yang Sue rasa baik untuk Sue," Tara mengambil
beg tangannya lalu berlalu menuju ke bilik.

Macam ditaktor, langsung tak boleh dibawak berbincang. Tapi aku tahu,
Tara tak pernah bergurau dalam kata kata. Kalau dia kata dia nak buat,
dia buat.

Damn it! Mata aku mula berkaca. Aku masuk ke dalam bilik lalu mencari
telefon bimbit. Contact list aku scroll, mencari nama Kyle. Last seen,
2.15 am. Baru beberapa minit tadi. Dia tengah on call agaknya.

"Kyle, I dah buat Tara upset. Can you comfort her please,"

Aku menghantar WhatsApp tersebut lalu menghempaskan badan ke atas katil.
Aku tahu Tara suka Kyle dan Kyle pun mungkin suka dia jugak. Maybe
diorang serba salah nak bercinta depan aku kot.

Lampu biru berkelip di telefon pintar menandakan ada WhatsAppa masuk.
Aku membuka telefon, WhatsApp dari Kyle.

"What have you done this time,Sue ?"

"I gaduh dengan dia. Pasal Mr Barista,"

"Pulak. Ok, nanti I text dia. Dia tak tidur lagi kan? You ok ke tak ni?"

"Tak lagi kot. Thanks,"

Aku menutup telefon lalu mengeluh berat. Jangan jumpa Mr Barista lagi?
Dahla takde contact dia. Macam mana? Mana boleh.

Kesunyian malam membuatkan aku rasa seperti ditikam tikam dengan
perasaan sendu.

Kali pertama aku sukakan seorang lelaki dalam hidup aku. Sebelum ni ada
lah suka suka macam tu tapi kali ni, it's real. Dia macam, entah, aku
rasa seperti ada connection di antara kami.

Aku teringat saat pertemuan kami yang pertama.

Aku berada di luar restoran menunggu Tara datang menjemputku. Masa tu
aku baru siap makan. Sebenarnya memang janji nak makan dengan Tara tapi
dia lupa. Sebab kebulur sangat, aku makan je sorang sorang.

Masa aku tengah berdiri tu, hujan turun rintik rintik secara tiba tiba.
Aku masih berdiri di situ. Di luar kedai makan di bawah bumbung sambil
menghulurkan tapak tangan menadah hujan.

Aku ternampak seorang lelaki sedang berlari dalam hujan. Laju lariannya
walaupun hujan hanya menyapa lembut tubuhnya. Langsung tidak berpadanan.

"The storm is coming! Cepat!" suara lelaki itu saat dia melewati aku
yang sedang berdiri di situ. Spontan, dia menarik tanganku lalu
membawaku lari.

"Kejap!" aku tak boleh berlari laju laju tapi badanku terdorong ke
depan kerana lariannya yang laju. Dia membawaku masuk ke dalam sebuah
cafe. Saat kami berhenti berlari, aku dapat rasa jantungku berdegup laju
daripada biasa.

Aku jatuh terduduk. Tanganku berada di dada. Bertahan! Tolong lah
bertahan!

"Ehhh, awak, kenapa ni?" soalnya cemas. Aku hanya mampu menunjukkan ke
dalam beg.

Dia menyelongkar beg ku lalu mengeluarkan inhaler. Segera dia
meletakkannya ke mulutku. Aku menggengam tangannya yang memegang inhaler.

"Breath.." dia mengusap kepalaku.

"Please breath.." sambungnya lagi. Jelas nampak simpati di matanya. Aku
memejamkan mata, memikirkan Tara. Sejenak, aku rasa tenang dan
pernafasanku kembali teratur.

Saat aku membuka mata, aku nampak wajahnya dengan senyuman yang penuh
kesyukuran, seorang perempuan turut berada di situ dengan wajah risau
dan angin kencang di luar yang menerbangkan daunan di jalanan./

Aku membuang inhaler yang berada di mulutku. Perempuan itu mengurut
dada lega. Dan tanpa diduga, lelaki itu menarik aku ke dalam pelukannya.
Badannya menggigil.

"Thanks God. I can't afford another lose," dia berbisik di dalam
rambutku. Dari intonasi suaranya, jelas dia pernah mengalami kehilangan
yang maha berat. Aku membalas pelukannya dan mengusap belakangnya lembut.

"Thank you. Saya dah tak apa apa sekarang," balasku menenangkannya.

Bunyi telefon bimbit meleraikan pelukan kami. Dalam tangisan, Tara
menanyakan aku di mana. Masa dia sampai di restoran itu, ribut sangat
kuat dan aku tiada di situ. Aku memberitahu yang aku selamat di sebuah
cafe dan memintanya supaya menunggu ribut berhenti sebelum datang
mengambilku.

Ya, aku yakin aku selamat. Dengan adaya lelaki itu di sini.

Mr Barista.....

Air mata mula mengalir perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience