BAB 6

Romance Completed 4638

AKU TERPESONA

"Masuklah," jemput Mr Barista. Dia mula melangkah masuk ke dalam
apartmentnya sementara aku masih terkial kial membuka kasut.

Tadi, aku bertanyakan kedai 24 jam yang terdekat supaya aku boleh lepak
tunggu Tara balik. Tara tak tahu pun aku pergi Coffee Palace. Aku datang
sini pun jalan kaki lepas Tara hantar aku balik rumah.

Tara masih di ofis, nak settle pasal fashion show lagi 2,3 hari. Aku
yang mintak nak balik siapkan drawing kat rumah sebab aku dah penat
duduk ofis. Memang aku penat pun so aku ingat nak minum kopi, tak sangka
pulak Mr Barista ada. Well, things happen.

Lepas tahu aku tertinggal kunci, dia ajak aku tumpang rumah dia
sementara tunggu Tara. Katanya dia tinggal seorang je. Kedai makan 24
jam ada, tapi jauh, kena ambik teksi. Dia cakap bahaya naik teksi sorang
malam malam macam ni. Habis lepak rumah lelaki bujang waktu macam ni tak
bahaya pulak?

"Sue, nak makan tak?" soal Mr Barista dari ruang dapur. Aku berjalan
menghampirinya. Dia sedang berdiri di depan periuk yang sedang
dipanaskan isi dalamnya.

"Awak masak ke?" soalku kagum.

Dia tersenyum kecil sebelum menjawab, "Duk sorang ni, masak lah. Jimat
sikit,"

"Ehhh kalau nak mandi pergilah. Saya boleh tengokkan ni,"

"Hurmm boleh jugak. Buat macam rumah sendiri tau. Kalau nak tengok tv,
cari lah remote atas sofa,"

Aku mengangguk faham. Dia berlalu menuju ke biliknya. Sebaik sahaja sup
ayam itu mendidih, aku menghidangkannya di dalam mangkuk lalu
meletakkannya di atas meja.

Aku menuju ke ruang tamu lalu menaip mesej untuk Tara memandangkan
panggilan ku tidak berjawab dari tadi. Selepas memberi alamat rumah Mr
Barista, aku membuka tv.

Mr Barista keluar masa aku tengah tengok drama cliche pasal seorang
perempuan yang tak boleh move on. Tabahlah nak. Kalau di kedai, aku
melihatnya memakai kemeja putih dengan lengan disingsing sehingga siku -sabar, jangan melting dulu- /tetapi malam ini dia hanya memakai t shirt
dan short pants.

Nampak kasual dan urmmm hotter dengan rambut basah macam tu. Isssshhh.

"Cerita apa tu?" soalnya sambil mengelap rambutnya dengan tuala.

"Entah. Suamiku ex kawanku. Kawan dia tak boleh move on," kataku senada.

"Haha. Cerita melayu. Awak tu dah move on ke?" soalnya tiba tiba.

"Hah?"

"Your boyfriend haritu? Yang gaduh dekat cafe?"

"Ohhh. Entah. Dah kot," aku tersengih.

"Good to know," balasnya sambil tersenyum.

Kenapaaaa? Awak nak masuk line ke? Kalau nak masuk cakap je. Cakaplah!

"Sue, jom makan," entah bila Mr Barista beredar ke dapur, aku pun tak sedar.

"Jom!" aku menutup tv lalu menyertainya di dapur.

"Eh, saya tak nak nasik. Nak makan sup je," kataku apabila melihat Mr
Barista sedang menghidangkan nasi di dalam pinggan.

Aku mengambil sudu untuk merasa sup yang berada di atas meja. Belum
sempat sudu sampai ke mulut, tanganku dipegang oleh Mr Barista.

"Panas tu, tiup dulu," sudu beralih tangan. Dia meniup sup di dalam sudu
sebelum menyuapnya kepadaku. Aku membuka mulut secara reflek. Sedap!

Aku pandang dia. Dia pandang aku. Tiba tiba kami terkaku.

"Errr sorry, saya terbiasa buat macam tu dengan adik bongsu saya. Dulu,"

"Ehhh takper. Kalau tak, dah melecur lidah saya tadi. Btw, sup tu,
nice," balasku untuk mengelakkan awkward situation.

Dia tersenyum lalu duduk di atas kerusi.

"How old are you, actually?" soalku setelah duduk di hadapannya. Suapan
nasinya terhenti. Dia berjeda sebentar sebelum menjawab.

"27. Awak?"

"24. Urmmm awak buat master ke?" soalku ingin tahu.

Dia tergelak sebelum menjawab, "Taklah. Degree. Sebenarnya lepas
kejadian tu, kejadian family saya meninggal dalam kebakaran, I kind of
having a breakdown,"

Air mukanya berubah sedih.

"I'm sorry I shouldn't ask. Tak payah cerita lah kalau benda tu buat
awak sedih," aku memegang tangannya.

Dia tersenyum kecil sebelum menyambung, "Lama jugaklah saya sedih, putus
harapan, sebelum dapat kekuatan untuk mulakan hidup balik. Can you
imagine, all the person that I love lost in one night. Patutnya saya pun
meninggal - "

Aku meletakkan tangan di mulutnya sebelum dia sempat menamatkan bicara.
Namun, cepat aku alihkan setelah menyedari ketelanjuran tindakan.

"Don't. Don't say that word. Ada sebab kenapa awak masih mengharungi
kehidupan sampai sekarang," azimat itu sebenarnya dari Tara. Tara yang
selalu cakap macam tu kat aku. Sekarang ni, aku sampaikan pula kepada Mr
Barista.

"Sue, awak mesti nak basuh tangan tu sebab saya tengah makan nasik tadi,"

Tak guna! Aku baru nak masuk scene sedih tadi.

Aku tergelak lalu bangun menuju ke sinki.

"Thanks btw. I'll take that as an advice," suaranya setelah aku
membelakanginya.

"No biggie. Kakak saya selalu cakap macam tu bila - urm nevermind,"
belum sampai masanya untuk aku membuka cerita.

"Awak dah cakap kat kakak awak yang awak ada kat sini?"

"Dah. Kejap, nak tengok fon," aku berlari menuju ke ruang tamu. Buatnya
Tara call, aku tak dengar, masak!

Aku mencari telefon di dalam beg. Masih tiada apa apa call atau
WhatsApp. Fuhhh nasib baik. Si Tara ni boleh tahan workaholic jugak.
Kadang kadang kerja sampai lupa nak makan. Pakwe pun takder. Nak kena
jaga aku lagi. Kesian Tara. Ehhh jap, ni cerita pasal Tara ke pasal aku?

Telefon ku letakkan di atas meja. Mataku tertangkap imej sebuah gitar
berada di atas kerusi. Aku mengambil gitar itu lalu mencuba untuk
memetiknya.

Payah betul nak petik gitar ni. Lagi payah daripada nak petik bunga di
taman.

Berkerut dahi aku try nak main gitar ni. Semua aspek kehidupan aku kena
try hard.

"Salah lah cara pegang tu," satu suara menegurku dari belakang. Aku
yakin itu suara Mr Barista melainkan dia ada bela saka.

"Macam ni," suara tu tiba tiba dekat dan aku rasa macam ada orang kat
belakang. Aku terkaku.

"Tangan ni kat sini," Mr Barista mengalihkan tanganku.

"Yang ni pulak, pegang macam ni," suaranya perlahan berbisik di telinga.
Yelah, kalau cakap kuat kuat aku mungkin pekak sebab secara praktikalnya
dia sedang memeluk aku dari belakang.

"Ok, lepas tu?"

"Nak main lagu apa?" soalnya kembali.

"Urmmm...tak kisahlah," balasku sebab dah tak boleh berfikir. Cuak
habis. Jantung ni dah berlari serupa atas mile track.

Tapak tangannya diletakkan di atas tanganku. Dia mula melarikan jariku
perlahan lahan mengikut chord.

"Do...re...mi..eh kenapa jari awak sejuk?"

"Haha. Tak tahu. Nervous kot sebab tak reti. Apa kata awak nyanyi je?"

Gitar bertukar tangan. Kami duduk berhadapan.

"What would I do without your smart mouth? Drowning me in and you
kicking me out..." dia mula menyanyi sambil memetik gitar.

Aku terpesona. Dan malam itu ku rasa malam yang paling bahagia sepanjang
24 tahun usia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience