BAB 1

Romance Completed 4638

Patah Sayap Merpati Dua Sejoli

Eh apakah peliknya ejaan nama dia? Orang Korea mix mat Salleh ke ni? Tanyaku dalam hati.

"SuZ Anne?" teragak agak aku menyebut nama pelanggan yang memesan
Caramel Macchiato itu tadi. Tentera namanya di atas gelas dengan ejaan
SuZ Anne tetapi tak pasti pulak nak sebut macam mana.

Di depan mata ku, sepasang kekasih sedang berbincang dengan penuh
ketegangan. Mata perempuan itu tajam merenung lelaki itu. Kedua-duanya
langsung tidak berganjak posisi kepala mereka dari kedudukan asal.

Aku yakin pemilik nama Suzanne adalah perempuan itu kerana hanya mereka
berdua sahaja di dalam kafe ini sekarang.

"Suzan, your Caramel Macchiato is ready," seru ku sekali lagi kali ini
dengan lancar menyebut nama.

"It's SuZ Anne and can u please give us a moment," lelaki itu tiba-tiba
berpusing melihat aku. Aku terkedu dengan nadanya yang agak tinggi.

Whatever, customer is always right. Aku mengangkat bahu dan kembali
meneruskan kerjaku di belakang kaunter. Gelas yang berisi minuman itu
kubiarkan di atas meja.

"Ni lah yang I tak suka pasal u Kyle. Your temper. Yang u nak marah
abang tu kenapa? Dia nak bagi minuman I je," kedengaran suara Suzanne
mengeluh.

"Habis, u ingat I suka dengan perangai jealous tak bertempat u tu?"
lelaki itu membalas sinis.

"Tak bertempat? She uploades her picture with you kissing her cheek, itu
u cakap tak bertempat?!"

"It was her birthday!"

"Haa pergi lah cium semua pipi birthday girl atas dunia ni,"

"Woo woo woo bro. Kalau ya pun marah, jangan sampai naik tangan.
Perempuan tu," aku memotong apabila tangan lelaki itu seperti mahu
singgah di pipi perempuan itu.

Suzanne yang matanya sudah terpejam kerana terkejut membuka matanya
kembali dan melihat ke arahku. Matanya seolah olah mengucapkan terima kasih.

"You know what Suz I'm done! I'm so done with you. Tara is much more
better than you. It's over," lelaki itu berkata seraya bangun dari
kerusi dan berlalu keluar dengan Suzanne berkali kali memanggil namanya.

Suzanne mula menangis. Mukanya ditengkupkan di atas meja berlapikkan
kedua dua belah tangannya. Hanya tinggal kami berdua saja di dalam kafe
itu. Sunyi. Yang kedengaran hanyalah esakan kecil tangisan si gadis.

Aku berjalan menghampirinya. Gelas yang berisi minuman ku bawa lalu ku
letakkan di atas meja.

" Suzanne errr.. Air awak,"

Perlahan dia mengangkat muka. Air mata yang sedang mengalir laju disapu
perlahan.

"Thank you," balasnya dalam tangisan yang masih bersisa. Air itu dicapai
lalu disedut perlahan lahan. Dia mengeluh perlahan.

"I thought he loved me," lemah Suzanne e bersuara saat aku menapak perlahan
ingin meninggalkannya. Langkahku terhenti. Aku berpaling semula ke
hadapan dan berdiri kembali di tempat tadi.

"I'm sorry," balasku yang tidak tahu untuk memberi respon apa. Jujur aku
tidak biasa dengan situasi sebegini. Aku tidak pernah bercinta dan soal
hati perasaan ini leceh untuk difikirkan bagi seorang lelaki seperti aku.

Suzanne mendongak melihatku yang sedang berdiri. Inilah kali pertama aku
melihat wajahnya dengan jelas. Matanya nampak sedikit merah tetapi
langsung tidak mencacatkan keayuan wajahnya. Ia mengingatkan aku kepada
sebuah lagu

"..even when you're crying you're beautiful too.."

"Hah?"

Ehhhh aku tercakap kuat ke tadi?

"Err itu lagu," Suzanne masih lagi melihatku. Aneh

Tiba-tiba dia tergelak kecil. Matanya dikalihkan ke tepi sambil jarinya
menyelitkan rambutnya ke telinga.

Cantik.

"Even when you're crying you're beautiful too. Tu lagu All Of Me,"
sambungku, untuk apa. Aku pun tak tahu.

"Saya tahu," katanya tersenyum. Seorang pelanggan masuk menyelamatkan
keadaan.

Aku tersenyum dan mengangguk perlahan ke arah Suzanne tanda meminta diri.

"Mr Barista," sekali lagi dia memanggil namaku saat aku ingin menapak.

"Yes," aku berpusing ke belakang untuk melihatnya.

"I like your coffee." sekali lagi Suzanne tersenyum manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience