BAB 5

Romance Completed 4638

KAU NAK APA?
Aku membuka buku pertama yang berada di antara timbunan buku di atas
meja. Musim peperiksaan, semua benda kalau boleh nak dimasukkan dalam
kepala.

Untuk seminggu ni, aku tak bekerja sebab kena bersedia untuk lima subjek
yang aku belajar semester ini. Tadi aku sempat singgah di Coffee Palace.

Maia cakap gadis yang aku pinjamkan sweater dah pulangkan balik harta
kepunyaan aku tu. Dalam senyuman yang bersisa, Maia tanya kenapa dia
panggil aku Mr Barista. Mana lah aku tahu. Tanyalah dia.

Sweater hijau itu ku buka memandangkan suasana sejuk mula menjelma.
Maklumlah, waktu sudah pun menganjak ke 11.45 malam. Aircond dekat
library ni suhu sama je. Tak kiralah pukul 12 tengahari ke pukul 10
malam. Suhu yang boleh buat tulang rusuk berlaga. Sejuk!

Wanginya bau sweater ni. Biasalah, seminggu duduk dengan perempuan kan.
Aku menyeluk tangan kiri ke dalam poket memandangkan tangan kanan
terpaksa memegang pensel. Yelah, kalau dua dua dalam poket, macam mana
nak menulis nanti?

Ehhh ada apa kat dalam ni? Sehelai kertas yang berlipat kemas aku
keluarkan dari poket kiri.

All the best for your exam!
-Sue

Tak sangka, sekeping nota itu berjaya buat aku tersenyum sendiri. Haih,
kuasa perempuan. Perempuan yang aku tak kenal dari mana datangnya. Tapi
aku yakin, ada sebab kenapa kami bertemu dalam satu garis masa.

Esoknya aku ke tempat kerja. Dah sampai masa untuk kembali beraksi di
belakang kaunter untuk penggemar tetap kopi yang datangnya dari mana
mana sahaja penjuru dunia.

"Hi!" ceria suara seorang perempuan menyapa. Aku mengangkat muka. Suzanne
berada di depan mata. Tersenyum manja. Cantik macam biasa.

"Hai. Nak apa?" soalku setelah membalas senyuman.

"Macam biasa, Caramel Macchiato,"

"Nama?"

"You know my name already," protesnya manja.

Aku tersengih, "Tahu. Tapi ni kan prosedur. So, saya tulis Sue eh?"

Dia mengangguk lalu membayar harga minuman yang diminta. Setelah itu dia
duduk di meja yang betul betul berhadapan dengan kaunter. Tempat
kegemarannya barangkali.

Aku hampir memanggil namanya apabila minumannya sudah siap. Tapi
disebabkan aku nampak dia leka melakar sesuatu di atas kertas, aku
membuat keputusan untuk menghantar kopi itu ke mejanya.

Lagipun, waktu sudah menunjukkan jam 5.30 petang. Baru lepas habis sesi
kedai diserang oleh mereka yang membeli kopi sebagai peneman mengharungi
jalan sesak untuk pulang ke rumah.

"Caramel Macchiato," kataku sambil meletakkan secawan kopi di atas mejanya.

Suzanne angkat muka sambil tersenyum memandangku.

"Thank you. U know what, I can sit here all day, watching you brewing
the coffee," katanya.

Aku mengangkat kening. Memintanya menyambung penjelasan.

"But then, awak mesti akan rasa saya ni creepy stalker," sambung gadis
itu setelah menghirup sedikit kopi.

"Stalker? Kenapa nak stalk saya?"

"Entah," dia angkat bahu.

"Ehhh peliknya. Semua benda yang kita buat mesti ada tujuan. Kan?" bunyi
agak memaksa tapi aku serius mahu tahu.

"Tak jugak. Contohnya kita masuk kedai tak tahu nak beli apa. Masuk
tengok tengok lepas tu keluar,"

"Itu perangai perempuan. Lelaki tak buat benda macam tu," balasku.

Suzanne tergelak. Mudah terhibur jugak perempuan ni. Aku tak rasa pun aku
sedang buat lawak.

"By the way, awak belajar apa?" Suzanne menukar topik.

"Engineering," gadis itu terlopong. Kalau ada lalat, mesti straight je
terbang masuk mulut. Nasib baik kedai ni kebersihan gred A. Kedai kopi
hipster kannnn.

"Damn! Tak boleh hot lagi ke? An engineer as a barista."

"Excuse me?" Dia cakap aku hot? Ke aku salah dengar?

"Nothing,"

"Sure?"

"Absolutely," balasnya lalu tunduk memandang kertas di atas meja.

Wow, cepatnya dia berubah. Sekejap daring, sekejap acah acah jual mahal.
Nak main tarik tali lettew.

"Ok then, saya nak kena buat kerja balik,"

"Ok. I will be here," dia senyum tayang gigi.

"Huh?"

"Saya nak kena siapkan design baju ni sebelum kena halau dari rumah,"
Suzanne angkat kertas.

Aku mengangkat bahu lalu berjalan kembali ke kaunter. Kemain dia buat
working place aku jadi working place dia jugak. Kalau aku hilang
konsentrasi macam mana?

Seharian aku berkerja. Seharian maksud aku dari jam 4 petang sehingga ke
11 malam. Dan seharian jugalah Suzanne berada di situ. Sibuk dengan
lukisannya.

Kadang kadang aku nampak dia menguap, kadang kadang aku tertangkap dia
sedang memerhatikan aku, kadang kadang pandangan kami berlaga saat aku
curi curi pandang dia.

Perempuan ini, mahu apa sebenarnya?

"Sue, we are closing," kataku sambil mula mengemaskan apa yang patut.

Suzanne bangun dari kerusi lalu menggeliat malas. Kertas kertas yang
berada di atas meja, dimasukkan ke dalam fail.

"Ok lah. Saya pun dah nak balik," dia menyeluk beg tangannya, mencari
sesuatu.

"Damn!" aku sempat menangkap bisikan kecil itu kerana aku sedang
mengelap meja yang berhampiran.

"Kenapa Sue? Ada masalah ke?" soalku prihatin.

"Kunci rumah tertinggal kat ofis!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience