BAB 8

Romance Completed 4638

SAAT KAU UCAPKAN…

Aku merenung pamphlet yang berada di tanganku sambil berfikir dalam. Di
pamphlet itu tentera nama tempat dan tarikh sebuah pertunjukan fesyen
yang bakal berlangsung di ibu kota.

Fashion show ni kerja orang perempuan je tapi dah lama tak nampak
Suzanne. Lama? Baru 3 hari rasanya.

Tak tahu kenapa, malam tu lepas kakak dia call, dia terus pergi tergesa
gesa. Aku nak hantar sampai ke kereta pun dia tak bagi. Keluar je lif,
dia terus masuk kereta tanpa cakap selamat tinggal. Not like Suzanne that
I know.

Mungkin dia horror dengan aku sebab aku buat macam tu kot. Aku tak patut
peluk dia dari belakang masa aku nak ajar dia main gitar tu. Aku tak
tahu kenapa tapi saat aku nampak dia pegang gitar, aku teringat Saph.

Aku menarik nafas panjang. Suzanne bukan Saph dan Saph bukan Suzanne.
Mereka berdua bukanlah dua orang perempuan yang berbeza. Aku susah
sebenarnya nak open up dengan orang tapi dengan Suzanne, aku boleh
bercerita macam tu je.

Aku berkira kira untuk meminta maaf kepada Suzanne bila aku berjumpanya
nanti. Tapi dia langsung tak datang ke cafe dan aku pun tak ada contact
dia ke. Ada satu perasaan halus berbentuk sesalan sebab aku tak pernah
peduli untuk minta nombor telefon dia dulu.

Tapi kenapa pulak aku nak mintak nombor dia? Dia hanya pelanggan tetap
yang hanya aku kenali dengan sebaris nama.

Betul ke hanya pelanggan?

Semenjak hubungan aku dengan Saph berakhir, aku dah malas nak pikir
pasal perempuan. Perempuan ni buat semak je tapi aku akui bila sunyi
datang mengetuk pintu hati, aku rindu gemersik tawa itu.

Saph perempuan pertama yang aku pernah bagi hati tapi dia koyak dan
robekkan lalu campak ke dalam tong sampah. Salah aku jugak sebenarnya
sebab terlalu hanyut dengan dunia aku sendiri masa tu. Terlalu sedih
dengan kehilangan yang tak mampu ditebus walau berapa lama pun aku meratap.

Aku ingat lagi saat dia pulangkan balik cincin emas pertunangan kami.
Aku beli cincin tu dengan hasil buat part time kat 7e. Lepas habis
kerja, aku sambung buat part time lagi sebab nak kumpul duit untuk
kahwin. Selepas 3 bulan pertama, aku berjaya beli cincin untuk melamar
wanita yang aku cintai. Dengan kembalinya cincin itu kepada aku, maka
berakhir lah kisah cinta di antara kami

Aku sedang termenung di sudut dinding sewaktu pintu rumah ku dibuka.
Saphiya masuk dengan sebuah plastik di tangan. Aku memandangnya sepi. Di
fikiranku hanya terbayang mak, ayah dan adik adik yang telah pergi tanpa
sempat aku ucapkan selamat tinggal.

The only time goodbye is painful is when you know you will never say
hello again.

"Bie, you dah makan belum ni?" soal Saphiya yang datang duduk di
hadapanku.

Aku hanya menggeleng lemah.

"Dah mandi?" soalnya lagi. Tangannya membelai lembut rambutku.

Sekali lagi aku menggeleng. Dia mengeluh perlahan lalu mencapai tanganku.

"You pergi mandi, I masak. Nanti siap mandi, kita makan sama sama ok?"
pujuk Saphiya lembut. Aku hanya mengangguk lemah lalu bangun menuju ke
bilik.

Selesai mandi, kami makan bersama sama. Seperti biasa, Saphiya yang
banyak bercakap dan berusaha membuat aku tersenyum namun aku tak mampu.
Sakit itu terlalu perit untuk aku tepis.

"Talk to me," pinta Saph.
"I don't know what to say," balasku senada.

"Dah 5 bulan Bie. You dah lost sangat ni. Boleh tak you bagi tahu I apa
yang I boleh buat untuk tolong you?"

"There's nothing you can do Saph. Nothing," aku menggeleng.

"Sampai bila you nak macam ni? Life must go on. Diorang pun sedih kalau
tengok you meratap sampai macam ni. Dengan kerja dah kena buang, diri
sendiri pun tak terurus. Mak I dah bising tanya bila kita nak kahwin - "

"You masih boleh pikir kahwin dalam keadaan macam ni?" aku tersentak.

"Habis sampai bila kita nak macam ni?" Saph bangun dari kerusi.
Tangannya disilangkan ke dada.

"Dengan keadaan I macam ni, I really need moral support. You jangan
pressure I boleh tak?" aku berkata lemah.

"I tak pressure you tapi I nak you berubah for your own good," suara
Saph berubah lembut tapi ada tegas dalam nada itu.

"I need time," pintaku berharap difahami

"How long?" soal Saph.

"You dah penat dengan I ke?"

"I tak pernah penat dengan you. You yang penat dengan diri sendiri,"
akhirnya meletus juga amarah itu.

"You are wallowing in your self pity, how long Bie. How long? Kenapa
nak kena persoalkan benda yang kita tak boleh nak ubah? I lagi sakit
tengok you macam ni," air mata mengalir laju di pipi gebunya.

Aku hanya diam dan melihat wanita kesayanganku sedang menangis
mengenangkan hidupku. Aku hanya minta difahami dan diberi sedikit waktu
lagi.

"I can't do this anymore," aku rasa jantungku berhenti berdegup
seketika saat kata kata itu keluar dari bibir Saph.

"I'm sorry Bie. You bukan lagi macam lelaki yang I pernah kenal dulu.
You lemah dalam ujian hidup,"

"Saphiya, I love you. Jangan macam ni please, I janji - " Saphiya
memelukku erat. Dia menangis semahu mahunya di bahuku. Aku dapat rasakan
badannya menggigil menahan tangisan yang menggila.

"I love you too but I'm sorry, I really can't do this anymore," katanya
lagi saat meletakkan kembali cincin itu di atas tapak tanganku. Itulah
detik terakhir aku melihat Saphiya dalam hidupku.

Sudah 3 tahun berlalu, aku langsung tidak cuba mencarinya. Aku sudah
tidak tahu apa yang berlaku kepada dirinya. Cincin pertunangan itu aku
gadaikan dan duit tersebut aku gunakan untuk membayar yuran pendaftaran
menyambung pengajian.

Life must go on, with you or without you Saph.

Aku mengeluh berat. Saph dan Suzanne jauh berbeza dari segi perwatakan.
Saph tegas, matang dan menenangkan manakala Suzanne pula manja dan aku
selalu rasa the urge to protect her. Walaupun Suzanne ni memeningkan
kepala namun dalam masa yang sama, dia buat aku tersenyum sorang.

Kenapa aku mesti bandingkan Saphiya dengan Suzanne ? Suzanne tu bukan siapa
siapa pun dalam hidup aku.

Aku nekad, aku mesti cari Suzanne untuk minta maaf dan semuanya akan selesai.

Esoknya, aku berada di tengah tengah pertunjukkan itu mencuba mencari
Suzanne. 80% daripada penonton adalah perempuan dan aku bergelut gelut di
antara mereka untuk mencari seorang perempuan yang hanya aku kenali
berdasarkan sebaris nama.

Pertunjukkan akan berakhir dalam masa 30 minit lagi tetapi kelibat
Suzanne masih belum kelihatan. Aku baru sampai sebab baru habis kelas.
Mungkin Suzanne tak datang ataupun Suzanne dah balik.

Aku mula melangkah untuk pergi dari keramaian. Saat aku berpusing untuk
pergi, perempuan yang berjalan di atas pentas menarik perhatianku.

Suzanne sedang menggayakan dress satin berwarna emas. Nampak beralun
apabila dia berjalan menuju ke hadapan sesuai dengan badannya yang kurus
dan tinggi.

Aku terpegun. Sepanjang hidup aku, aku dah tengok ramai perempuan
cantik, tapi belum pernah aku rasa hatiku seperti ditarik ke arah dia.
Berbeza dengan apa yang aku rasa dengan Saphiya dulu. Berbeza sama
sekali sampai aku tak tahu nak kategorikan perasaan ni sebagai apa.

Terngiang ngiang kembali kata katanya di telinga "I like you coffee, Mr
Barista" .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience