BAB 14

Romance Completed 4638

WINTER IN MY HEARTS

Aroma kopi menusuk rongga saat pintu kaca Coffee Palace ku tolak dari
luar. Maia yang sedang berada di sebalik kaunter sibuk menyediakan kopi
tanpa menyedari kehadiranku.

"Caramel Macchiato satu," kataku saat berada di hadapan kaunter. Maia
yang sedang menunduk perlahan mengangkat muka.

"Nama?" soalnya sambil tersenyum, nakal.

Suzanne, S-U-Z-A-N-N-E," ejaku satu persatu.

"Dah kenapa pulak pakai nama perempuan? Suzanne ni that girl yang panggil
kau Mr Barista kan?"

"Ha'ah. Kau buat jelah. Jangan banyak bunyi," balasku malas.

"Kau tak nak apa apa ke? Ke nak buat sendiri?"

"Tak nak," aku mengeluarkan wang lalu membayar harga minuman tersebut.
Kakiku ku atur menuju ke sebuah meja yang agak terselindung di sudut
kafe. Ini adalah kali pertama untukku bersemuka semula dengan Suzanne
setelah kejadian yang meruntuhkan emosi tempoh hari. Ada rindu yang
tersembunyi namun aku tahu hati ini tak akan mampu menanggung bebanan
luka lagi.

"We need to talk. At least dengarlah dulu penjelasan saya sebelum
menghukum. Saya janji, lepas ni saya takkan ganggu awak lagi,"/

Permintaan dari Suzanne sedikit sebanyak menggugat keegoaan aku. Ada satu
perasan halus yang mengetuk pintu hati yang mengatakan bahawa gadis itu
tak bersalah. Maka, aku cuba memenuhi kehendaknya kali ini walaupun
bukan shift aku sekarang ni.

Suzanne tiba lima minit lebih awal daripada waktu yang dijanjikan.
Segalanya nampak seperti biasa tetapi kali ini dia berkaca mata hitam.

Silau ke apa budak ni pagi pagi pakai spek hitam?

" Suzanne , your Caramel Macchiato is ready," langkahnya terhenti. Dia
menoleh ke arahku meminta jawapan. Aku mengangguk tanda minuman itu
memang itu untuk dirinya.

Langkah diatur kembali menuju ke arahku bersama secawan kopi di tangan.

"Thanks for the treat," katanya sambil duduk di hadapanku.

"Your welcome," balasku tidak tahu untuk mempamerkan emosi apa. Yang
nyata, aku rasa tenang melihat dia ada di depan mata.

Sepi seketika saat Suzanne menghirup kopinya. Aku mengambil peluang itu
untuk menatap wajahnya. Nampak sedikit pucat dan cengkung.

"Pasal benda yang saya nak cakap -"

"Boleh tak awak bukak spek?"

"Hah?Kenapa?" jelas nampak keningnya bertaut kerana kerutan di dahi.

"Err saya tak boleh kalau cakap tak pandang mata...rasa pelik,"

Actually I just want to see your eyes.

"Kenapa? Awak takut saya pejam mata masa bercakap?"

This is my Suzanne! My?

Suzanne terdiam sendiri apabila aku tidak memberi sebarang respon. Cermin
matanya ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja. Jadi itulah yang cuba
disembunyikan, sepasang mata yang bengkak dan hilang cahayanya.

"Feeling better?" tanyanya kembali.

"Perfect! Jadi... Awak nak cakap apa?"

Matanya dikerlingkan ke sudut kiri sebelum berkata, "Saya nak mintak maaf,"

"Sebab?"

"Sebab dah tipu awak selama ni. Ya, awak betul, saya hanya main main.
Dari permulaan lagi saya menipu sebab nak tahu apa respon awak, tak
sangka, you really fall for the trick,"

Tipu.

"Macam awak cakap, drama orang kaya. Maafkan saya. Sebab saya bosan
dengan hidup saya dan saya rasa awak menarik, so I pull the act,"

Tipu.

"Saya harap awak boleh lupakan saya sebab saya memang tak pernah ada
perasaan pada awak,"

Tipu.

Aku menelan air liur berkali kali. Cuba menghadam kata katanya yang
begitu tajam menikam tapi aku tahu itu semua hanya satu penipuan. Kenapa
dia menipu? Bukan dia kata pertemuan ini untuk menjernihkan keadaan.

"Dah habis?" soalku setelah beberapa minit kami berdua berdiam. Suzanne
mengangguk pantas.

"Boleh saya tanya sesuatu?"

"Awak nak tanya apa?"

"Awak sakit apa sebenarnya, Sue?"

Suzanne tersentak. Matanya lantas menikam pandanganku.

"Sakit?" soalan dikembalikan semula kepadaku.

"As far as I know, Kyle tu doktor peribadi awak dan awak sebenarnya sakit -"

Suzanne bingkas bangun, kerusi yang didudukinya ditolak ke belakang, dia
berpaling untuk beredar namun tangannya sempat ku tangkap.

"Lupakan saya....tolong...." aku dapat rasa getaran di badannya saat
kalimah itu dikeluarkan.

"Malangnya, dunia ni bukan berputar di keliling awak. Awak dah masuk
dalam hidup saya, tak semudah itu untuk saya lepaskan awak pergi."
Suzanne diam membisu, kelu. Bukan seperti Suzanne yang selalu.

Aku berjalan ke depan lalu memegang pipinya, "Hey, look at me. Tell me
the truth. I'm your barista, you can trust me with everything," air
matanya yang membasahi pipi ku sapu perlahan. Pedih apabila melihat
orang yang kita sayang menangis, lebih pedih apabila tangisan itu muncul
kerana kita.

"Mana awak tahu saya sakit?" soal Suzanne saat tangisannya mula surut.

"Saph yang bagitahu - "

"Do you love her?" mata si gadis merenung dalam, mencari kebenaran.

"Who?" soalku sedikit bingung.

"Saphiya?"

"She's my ex fiancee - " aku cuba untuk berterus terang tentang hal sebenar.

"I'll take that as a yes," laju dia memotong sebelum aku sempat
menghabiskan sebaris ayat. Tangannya ditarik pantas, tanda mahu pergi
dari situ.

"Sue, please.." aku memegang bahunya cuba menghalang.

"Please..." sambungku lagi sambil menariknya ke dalam pelukan. Suzanne
menangis semahunya. Bukan tangisan seperti mana kali pertama aku melihat
'drama' lakonannya dengan Kyle. Bukan tangisan yang aku lihat saat aku
meninggalkannya terpinga-pinga bersama Saphiya. Ini tangisan lain.
Tangisan yang lebih kepada merelakan sesuatu yang dia tidak mahu.

"I'm sorry," katanya saat meloloskan diri dari pelukanku. Dia mengeluh
berat.

"It's okay," kataku sambil menyebak rambutnya ke belakang.

"Baguslah kalau awak tahu yang saya sakit..sekarang ni dah ada sebab kan
untuk awak lupakan saya. Seorang perempuan yang hanya menunggu hari
kematian," suaranya sudah mula pecah. Suara lepas menangis.

"Tapi saya tak pernah lihat sebegitu banyak harapan untuk hidup dalam
mata seorang gadis yang bertarung dengan kesakitan," balasku sambil
tersenyum.

"Maksud awak?"

"Have your coffee and I will tell you the story," aku menariknya kembali
ke meja lalu membuka kerusi untuk diduduki. Suzanne menurut seperti
seorang kanak kanak yang patuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience