Sudah tiba masanya Nik pulang ke pangkuan ibu bapa setelah seminggu berada di rumah Zul.Pasti dia akan merindui suasana di sini.Terutamanya budak kecik si Narra comel tu.Haihh.
"Narra..Mari sini Abang Nik dah nak balik ni." ujar Rashida.Tak sopan kalau Narra tidak ada di sini.Tetamu kena dilayan dengan baik,adat turun-temurun lah katakan.
"Hm yelah." Ujar Narra sambil menghentak-hentakkan kakinya ke lantai.Hish abang Nik tuh nak balik rumah je pon.. mama nih..
"Salam Abang Nik tu sayang." Ujar Rashida.Ee mama ni.Malu lah Narra.Hmm
Namun aku hanya menurut kata mama untuk menyalaminnya.Nik tersenyum.Kali terakhir melihat Narra.
"Em Zul.Boleh ambilkan gambar aku dengan Narra tak kat henfon kau?" tanya Nik.Peluang hanya datang sekali.
"Hmm yelah.Photographer tak berbayar lah aku harini." ujar Zul pura-pura merajuk.
Narra yang ingin masuk ke dalam rumah ditarik oleh Nik dengan tiba-tiba.Eh eh apa nih?
"Hishh apa tarik tarik orang nih Abang Nik." ujar Nara sedikit meronta.Mama hanya memerhati.
"Alaa Abang Nik nak bergambar dengan adik abang ni je.Boleh kan?" ujar Nik sambil mencubit pipiku.Haa abang Nik buat lagi!
Aku baru hendak membantah tapi saat terpandang mama menyuruh ku menurut dengan isyarat matanya.Hmm mama nih .Dah terlebih sayang Abang Nik nih pulak.Mama dah tak sayang Narra ke? Asyik lebihkan Abang Nik nih je hmm..
"Haa dekat sikit.Tak cantiklah camtu Narra.Jauh sangat."ujar Zul memerli Narra.Hish..Abang Zul nih pon sama.
Aku merapatkan lagi badan ku hingga tiada ruang.Setelah sedia posing .Aku hanya membuat muka dan Abang Nik meletakkan kedua tangannya 'peace' di atas kepala berdekatan telinga membuatkanku seperti arnab dan wajahnya kelihatan begitu gembira.
" Okay dah."ujar Zul.Aku beredar untuk berdekatan dengan mama.
"Bye Nik.Hati hati jalan.Kirim salam dekat ayah dan ibu kamu ye."Ujar Zul diikuti mama dan papa.Aku hanya menjelirkan lidahku buat kesekian kalinya. 'Bwekk'.Tapi kali ini Abang Nik turut menjelirkan lidah kepadaku.'Bwekk' dan aku terpana .Abang Nik kemudiannya ketawa kecil kerana wajah terkejutku.Itulah kali terakhir untuk Narra dan Nik bersua.Pasti Nik akan merindui Narra.
Share this novel