Bab 22

Romance Completed 10239

"Narra!" teriak Nik agak perlahan.Suaranya masih dikawal.Takut-takut dikecam gila!

Namun panggilannya tak bersahut.Larian Narra juga semakin laju.

'Tak penat ke minah nih enam round tadi.'Keluh Nik.Sedari tadi Nik terlihat Narra mengelilingi taman namun sekarang berlari.Join jogathon ke apa sekarang?

"Narra tak penat ke lari dari tadi!" ujar Nik sambil tercungap-cungap.Orang kata kalau dah biasa lari memang susah nak lelah.Tapi ini seriously luar biasa.Apa dia makan?

Tetap panggilan Nik tidak bersahut.Timbul satu idea jahat dari Nik untuk memanggil Narra.

"Narr..." panggilnya sekali lagi namun tak sempat habis.Diri Nik rebah di tepi jalan.Narra yang sedang berlari pelik sedikit kerana suara mamat tuh hilang tiba-tiba.

Terniat untuk menoleh ke belakang.Tika itu Narra melopong melihat sekujur tubuh yang dikenali rebah kaku di kaki jalan.

"Abang Nik!" panggil Narra seraya mendekati Nik.Riak Narra sungguh risau dan suaranya begitu resah.

"Abang Nik..Bangunlah.. Narra mintak maaf buat camtu tadi.Narra tak sengaja.Narra buat camtu sebab malu.Abang Nik bangunlah."ucap Narra sayu.Dalam diam Nik mengecilkan matanya melihat rraksi Narra.Dengan tiba-tiba Nik gelak.

" Abang Nik mainkan Narra?"marah Narra.Nik yang mahu duduk dicubit oleh Narra.Hamek kau.

"Aduh.."rengek Nik.Sungguh pedih cubitan tersebut.Kini giliran Narra untuk membalas dendam.

" Sorrylah Narra.Siapa suruh taknak dengar Abang Nik panggil."ujar Nik membela diri.Narra hanya menjelirkan lidah dan tiba-tiba pipinya dicuit.

"Ee apa pegang-pegang nih..Bagitahu mama kang." ugut Narra.Nik hanya tersenyum.Perangai suka mengadu tuh masih kekal rupanya.

"Haa apa sebab panggil Narra tadi?Habis terkenal nama Narra kat kawasan perumahan nih."Perli Narra.Nik kemudian berdiri diikuti Narra.

" Alaa Abang bukan apa.Narra cakap tadi malu?Abang Nik faham tapi taknak lah sebab ni Narra jauhkan diri."pinta Nik.Taknaklah kena friend zone dengan si budak nih.

"Eh mana ada.Abang Nik tuh sebab benda nih yang marah Narra kat tangga tadi.Narra bukan sengaja jatuh tapi abang Nik marah.Hmm Narra nak balik.Lapar."ujar Narra sayu.Aik sensitif? Is this what I wanted ?

" Jap jap."Ujar Nik menghentikan perjalanan Narra.Mungkinkah dia tak bertepuk sebelah tangan?

"Pls jawab dengan jujur.Narra pon sukakan Abang Nik jugak ke?"tanya Nik tiba-tiba.Narra menelan liur.

" Ee perasannya Abang Nik nih.Siapa cakap Narra suka dia?"acah Narra.Nik dapat mengagak sesuatu.

"Betullah Narra.Abang Nik serious nih.."ujar Nik tegas
Narra hanya mendiamkan diri dan berlalu meninggalkan Nik dengan tanda soal.Tapi hati Nik mengatakan 89% perasaannya betul.Narra juga mencintainya ?Ya Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience