Narra yang penat berlari mengambil tempat duduk di Strabucks.Tak boleh balik event sebab event tadi dekat je dengan tempat jumpa Nik. Mati aku kalau dia ternampak.
Setelah berlari seperti orang gila dan tak waras di mall dirinya lega kerana dapat lari dari Abang Nik.Usahanya tidak sia-sia.Begitu juga bajunya yang basah akibat peluh.
Setelah diri Narra tenang, pernafasannya kembali seperti sedia kala.Pandangan Narra beralih pula ke hadapan.Namun dia kaget.
"Hai." sapa orang dihadapannya.Narra menutup wajahnya dengan kedua belah tangan.Menepuk-nepuk pipinya.Moga-moga ini mimpi.
Nik hanya memerhatikan gelagat Narra dari awal hingga akhir.Sungguh kebudakan!
Muka Narra kemudiannya dialihkan tangan. Semoga orang di hadapannya ini hilang serta merta,namun Narra semakin gelisah apabila orang di hadapannya memberi senyuman memukau.
Akhirnya Narra mengalah ,menghembuskan nafas berat.Dia memang betul-betul ada.
"Macam mana Abang Nik tahu Narra kat sini?Penat orang lari Abang Nik dapat jumpa jugak." ujar Narra hambar.Mengawal suara dek malu.
"Ikut kata hati.Kan orang cakap kalau jodoh tak ke mana?Am i right?" ujar Nik ingin bergurau.Namun gurauannya memberi makna sebenar perasaannya.
"Tadi tuh Narra terlepas cakap.Narra ingat tuh Zahra and Abang Nik tengah bercinta dengan dia."ucap Narra menerangkan hal sebenar.Nik mendengar penuh tekun.
" Jadi kenapa cakap i love you jugak ? Tak malu ke?"ujar Nik sedikit sinis.sinis yang kurang berbanding dahulu.Ingin bergurau. Sungguh rindu dengan budak nih dah lama tak tengok dia merajuk.
Narra kemudiannya menggaru kening mencari alasan.Haa!Merangka ayat dan tupp jawapannya bernas dan logik untuk melarikan diri.
"Em ah bye! Narra terpaksa pergi.Narra ada hal.Sorry."ujar Narra berlalu tanpa memperdulikan Nik yang ditinggal begitu saja.Suka sinis.Ingat orang nih tunggul ke takde perasaan.Hish!
Share this novel