Sampai dia suatu sudut, Nik terdengar bunyi tangis teresak-esak namun dengan suara yang dikawal.Sah itu Narra! Nik perlahan-lahan mendekati Narra yang sedang duduk di celah ruang itu.
"Narra I'm sorry.Abang Nik takde niat nak buat Narra nangis.Maafkan Abang Nik eh?" pinta Nik.Narra tika itu mengangkat muka seketika kemudian memandang ke hadapan.Tangisnya semakin kuat.
Nik beralih pula ke depan Narra.Menyentuh pipi Narra untuk memandangnya.
"Narra.Please jangan nangis dah.Abang Nik tak sengaja tadi."pinta Nik.Air mata Narra dikesat.Dengan tak diduga, Narra ditarik ke dalam pelukan Nik.
Narra membesarkan matanya.Sungguh tak disangka Abang Nik akan memeluknya.Baru hendak Narra membuka mulut,Nik mula berbicara.
" Narra.Sorry Abang Nik terpaksa buat camni."ujarnya perlahan.Narra tekun mendengar.Degupan jantung Nik tika itu sungguh kuat sampaikan Narra mendengarnya.Narra tersenyum.
"Can you hear it?My heart beat.Abang Nik tahu Narra dengar.Abang Nik jugak dah pernah bagitahu pasal perasaan Abang Nik kan..Abang Nik tunggu jawapan Narra." ujar Nik. Nik menjauhi Narra.Perlakuannya tika itu memang mengundang dosa lebih lebih lagi apabila mereka di kawasan yang agak sunyi.
Narra membisu tidak tahu menjawab apa.Memang dia sukakan Nik tapi takkanlah nak cakap main lepas je?
Tidak lama itu,Nik beredar.Entah kenapa hatinya merasakan bagai tiada harapan untuknya bersama Narra.Narra mungkin membisu kerana dia ada yang lain?Hmm takpe aku redha.At least aku dah luahkan segalanya.
Narra terkejut apabila melihat Nik beredar.Nak ke mana tuh?Baru ingat nak main tarik tali.
"Abang Nik!"panggil Narra kemudian berlari ke arahnya.Nik yang tidak sempat menoleh tersenyum dalam hati.Ada chance ke ni?
Share this novel