"Weh weh tu dia datang.Ingat tau." ujar Nik.Zul mengangguk tanda ya.
"Zahra masih macam dulu ke weh?" tanya Zul.Lakonan mereka bermula.Nik bijak menyusun ayat.Bagi membara hati Narra mendengarnya.
"Tulah weh..Zahra tuh hari hari kalau boleh nak berkepit.Orang campus cakap apetah dulu pasal kitorang.Cakap aku rugi kalau tak terima Zahra tuh.." Jawab Nik selamba saat Narra lalu di tepi mereka.
Narra terkesan.Cemburu? Langkah Narra diperlahankan untuk mendengar butir-butir bicara Zul dan Nik.Zul yang menyedari menahan diri daripada tergelak.
"Haah betul jugak.Sebab Zahra tuh cantik apa?Asal kau tak terima dia je?Kalau aku aku terima je.Rezeki jangan ditolak." balas Zul.Mengapi-apikan Narra.Semakin terbakar hati Narra mendengar pujian daripada abangnya.
'Macam mana kalau Abang Nik suka perempuan tuh balik?Tapi yelah cinta boleh pupuk.Eee.. tak sukalah macam nih.' gumam Narra dalam hati.Risau bertakhta di hati.
"Ouh kan..Sebab aku suka someone tapi kalau orang tuh asyik buat donno aku ikut jelah cakap kau ,rezeki jangan ditolak.Lagipun cinta boleh dipupuk." ujar Nik.Terkena sedas dengan kata-kata Nik itu.Narra segera berlalu ke bilik.
Nik dan Zul kemudiannya bergelak sakan kerana nampaknya rancangan mereka berhasil.Moga-moga selepas menuai hasil tuaian lumayan!
Malam itu Narra tidak dapat duduk tenang seperti cacing kepanasan.Hatinya gundah gulana mendengar perbualan Nik dan Zul di depan rumah sebentar tadi.Macam mana nak lelapkan mata nih?
Narra kemudiannya bergerak ke koridor melihat kelibat Nik dan Zul.Namun kedua mereka tiada.Mungkin sudah masuk ke bilik?
"Abang Zul.." Sapa Narra tanpa memberi salam di bilik Zul.Nik yang tika itu tidak berbaju segera menutup badannya dengan bantal.Narra terjerit.Segera keluar dari bilik abangnya.Macamana boleh lupa kalau Abang Nik bermalam kat sini mesti dalam bilik Abang Zul..Aduh malu...
Share this novel