"Narra kita berhenti kat sini jelah eh.Saya penat awak berat sangat."ujar Nik menghentikan pergerakan kerusi roda di sebelah bench yang terdapat di taman.Narra hanya membisu.Berat? so?? kau yang nak bawak aku kat sini kay.
" Narra." panggil Nik.Dengan nada entah susah nak dihuraikan.Macam serba salah tapi macam nak mengurat pon ada.Narra hanya memandang ke hadapan.Suasana taman agak lenggang dengan pengunjung pada masa itu.
"Narra pls dengar saya cakap boleh? seminit pon jadilah.."pujuk Nik dengan nada perlahan.Mahu menarik perhatian Narra untuk ajak berbual.Narra mulai memandang Nik namun sepi.
" Apa? Orang dengar lah nih.Bukannya dah pekak ke apa..Hish.." jawab Narra.Geram dengan mamat di hadapannya ini.Dari tadi orang taklayan tapi dari tadi jugak sibuk nak ajak borak.Kelihatan Nik tersenyum namun sedikit hambar.Entah kenapa Narra sakit melihat senyuman itu.Namun hatinya ego nak merajuk jugak.
"Hmm yelah.Nik tahu Narra nih suka merajuk dari kecik tapi Nik tak sengaja pon mainkan Narra.Saya tak cakap apa apa lagi tapi Narra dah label saya pakcik semalam.Pemberian coklat and bunga tuh pulak memang saya ikhlas nak bagi Narra.Nik mintak maaf eh.Hm takpelah kita balik takut makcik and pakcik risau pulak" ujar Nik menamatkan perbualannya.Dah cukup syukur bila Narra sanggup nak dengar apa aku cakap.Brek kerusi roda Narra dilepaskan mulai bergerak ke arah kereta.
"Erm"ucap Narra sepatah namun Nik hanya membiarkan. biar Narra fikir sendirian.Banyak benda yang difikirkan oleh Narra tika itu.Ragu-ragu mahu membalas dan menjawab Nik.
" Erm Abang Nik..."panggil Narra.Suara dikuatkan seketika.Nik tersenyum mendengar panggilan Narra dan segera bergerak menghadap Narra.
"Kenapa? Narra?"tanya Nik selepas melihat riak muka Narra.Narra hanya menggaru tengkuknya dan segera memandang kiri dan kanan.Memanggil Nik untuk merapatkan dirinya seketika.
" Saya nak ke tandas.Emergency.."ujar Narra tanpa menunggu lagi.Malu tapi tulah..dah tak tahan.Nik hanya tersengih.Ingatkan nak confess ke apa.
"Hmm jap.Tapi Narra boleh ke nak bergerak ke tandas tuh sorang?"tanya Nik risau.Yelah dengan kerusi rodanya lagi.Narra tidak menjawab dan hanya mengangguk.
Share this novel