"Psst.Psst." panggil seseorang secara membisik.Dian mengerutkan dahinya.Tak pasti jika dirinya orang yang dipanggil.Segera memalingkan wajah ke sisi dan belakang.
Takde orang pun.
"Hai Dian." ujar seseorang merapati Dian.Kus semangat!
"Haihh bagilah salam dulu.Terkejutlah." marah Dian.
"Sorry.Assalamualaikum Dian." ujar Rafiq tersenyum.
"Waalaikumussalam.Hai." salam dibalas.Dian bingung kerana crushnya menegurnya buat kali pertama.Tak pernah pernah pon sebelum nih..
"Er awak nak apa ?" ujar Dian separa gugup.Malu weh kalau ada cermin depan nih..
"Oh takde apa saja je.Boleh saya duduk?" tanya Rafiq menuding ke arah kerusi disebelah Dian.Dian memandang sekilas kerusi di sebelahnya.
"Oh okay.Duduklah." Dian mempelawa.Crush aku ajak date lah! bestnya..hehe
Narra dan Naila yang menuju ke pss sekolah menjengket- jengketkan kaki mereka menuju ke arah Dian dan Rafiq yang sedang berborak sakan.
"Sejak bila dorang rapat?Bukan Dian crush kat dia ke?" ujar Naila separuh membisik.Narra hanya mengangkat bahu.
"Hek hem." Narra dan Naila berdehem .Dian secara mengejut berdiri.Tidak mahu mereka berdua berfikir yang lain dan bukan-bukan.Takkanlah tak sedar kitorang dua kat sisi nih.
"Er Hai?Saya Rafiq."ujar Rafiq memberi salam perkenalan kepada Narra dan Dian.Mereka membalasnya dengan senyuman.
" Em Rafiq inilah kawan saya yang saya ceritakan tu.Nih Narra dan ini pula Naila."ujar Dian bagi pihak mereka sambil menuding ke arah Narra diikuti dengan Naila.Narra dan Naila hanya tersenyum menyambut salam perkenalan dari Rafiq.
Share this novel