"Tau.Kau cakap dengan makcik and pakcik.Terima kasih bro!" ujar Nik di hujung panggilan sebelum menamatkan panggilannya dengan Zul.
"Morning Narra!Erm makcik dengan pakcik suruh saya jemput awak.Barang semua dah kemas dah..Jadi erm jap." ujar Nik sebelum berlari ke luar ward.Narra hanya mendengar dan tidak memberikan respond.Muncul semula Nik dengan kerusi roda milik hospital.Huh?Perlu ke?
"Eh apa tunggu lagi?Jomlah..awak taknak balik ke?" tanya Nik blur.Narra hanya membatu.Sedia untuk turun dari katil.
"tq." itu sahaja yang terbit dari mulut Narra sepanjang Nik berbicara.Kemudiannya barangan Narra diambil dan kerusi roda Narra ditolak melintasi jalan menghampiri kereta Audi Nik.
"Awak kena banyak berehat tau.Jangan banyak bergerak.Kena makan ubat.Sebelum balik saya nak bawa awak ke satu tempat..boleh?" tanya Nik.Namun hambar tetap tiada respond.Nik menenangkan diri dengan senyum.Berfikiran yang baik.Tapi tetap Narra nih memang kuat merajuk.
Kerusi roda Narra dikeluarkan dan dibuka dari lipatan untuk memudahkan Narra berjalan.Narra hanya menurut.Kalau mama ada taknak aku ikut.Nih aku fikir nak balik je okay!
Narra dibawa berjalan sepanjang taman.Yaa kerusi rodanya ditolak oleh Nik sepanjang perjalanan.Tidak kira naik atau turun bukit.Mahu menenangkan diri Narra .Serta menebus kesilapannya.Narra mahu tersenyum namun yaa hatinya masih sakit dengan apa yang berlaku semalam.Rasa dibodohkan.
Share this novel