Bab 21

Romance Completed 10239

Tika di ruang makan setelah mama mengejutkan Narra,Narra telah bersedia di anak tangga untuk menuruni tangga.Dengan tak sedar matanya memandang lama ke arah Abang Nik.Fikirannya tika itu bukan di alam realiti malah memikirkan suatu.Mestilah apa yang diperkatakan oleh Abang Mik semalam! Tak dapat tidur fikir.Tipulah tak dapat tidur cuma memang sukar untuk dapat tidur.

"Narra." panggil Nik secara keras.Bagus dia sempat tangkap kalau tak macamana ? Narra yang sedang meneruni anak tangga tidak melihat langkahnya seterusnya menyebabkannya tidak sempat memijak anak tangga yang seterusnya.

Dan kerana itu, mereka bukan berpelukan tetapi Nik hanya menggapai tangannya dan satu lagi tangan berada di lengan Narra.Narra agak terkejut tapi bersyukur kerana Nik pandai menjaga batas.Namun ada yang lebih menyakitkan hati Narra iaitu suara keras Nik tadi.

"Hati-hatilah kalau turun tangga tuh.Tengok anak tangga bukan tengok benda lain." ujar Nik dengan sinis.Namun riaknya hanya biasa.Sungguh terguris hati Narra mendengarnya.Perempuan biasalah sensitif hal hal macam nih..

"Terima kasih." ujar Narra.Ingin berlalu namun ditahan oleh Nik.Air mata Narra tidak dapat ditahan apabila lebih lama di hadapan Nik.

"Nak ke mana?" tanya Nik berubah nada.Entah apa yang difikirkan oleh Nik tika itu.Narra ragu-ragu untuk menjawab.

"Er Narra nak masuk bilik.Sakit perut tiba-tiba." Nik hanya mengangguk.Namun dalam diam, Nik berasa serba-salah.Dirinya hanya ingin menguji perasaan Narra.Namun apa yang dilihatnya hambar!

Segera Narra berlalu memanjat anak tangga.Di dalam bilik,Narra duduk seketika dan mengambil keputusan untuk berjalan-jalan di taman.

Taman di perkarangan rumah dituju.Narra berjalan lima enam round kemudian duduk di bench.Dan Nik yang kebetulan sentiasa berjoging pagi-pagi terserempak dengan Narra di situ.

Narra yang melihat kelibat Nik dari jauh terus berpura pura selamba mahu meneruskan joggingnya.!Padahal dah penat gila.Namun perkara itu disedari Nik kemudian dikejarnya Narra.

'Apahal dia ikut aku nih?'Resah Narra.Orang lari dia pun join lari tapi makin dekat pulak.Er dahlah orang masih malu nak jumpa dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience