Bab 18

Romance Completed 10239

"Macam mana tadi jalan-jalan anak papa?Dah makin baik?" tanya papa semasa di ruang makan.Aku memandang Abang Nik sekilas lalu kembali memandang ke arah papa.Tersengih mengejek.

"Best sangat pa, Narra kena culik dengan pakcik nih." ujarku sinis.Perkataan pakcik ditekankan.Tiba-tiba Nik tersedak.Narra yang terkejut, risau terus menghulurkan segelas air.Ditelan rakus oleh Nik akibat tersedak.Narra Narra..

"A..Abang Nik okay ke?" tanyaku cepat.Yang lain memandang pelik.Kedengaran deheman daripada Zul.

"Ehem ehem.. ada apa apa ke abang Zul taktahu ni.. Haa Narra. Zul kau tak cerita apa-apa pon?" tanya Zul sebaik berdehem.Akibatnya terkena penangan cubitan Narra di peha.

"Eee abang Zul nih merepek je kerja.Macam masa kena culik tadi.Ada pulak Narra kena cop isteri pakcik nih.Tak kuasa Narra.." ujarku mengungkit kisah di taman.Mama dan papa hanya tersenyum mendengar cerita Narra.Macam ada chance je dua orang nih..

"Eh Narra nih.. Kan dah tahu nih Abang Nik.. kenapa masih panggil pakcik? Pakcik muda dan kacak ke Narra maksudkan nih..?" tanya mama menegur.Narra bertukar reaksi.Semua orang sama je.Asyik nak buat andaian.

"Alaa mama nih janganlah camtu.Semua cakap macam-macam pasal kitorang.Padahal Narra bukannya ada apa dengan Abang Nik nih.Hish"ujar Narra cemberut.Narra makan dengan laju dan segera meminta diri.Hati Nik sakit namun itulah kenyataannya.

" Haa makan cepat-cepat tuh nak ke mana? Bersaing dengan setan ke?"ujar Abang Zul memerli.Namun Narra endahkannya dan segera ke ruang depan.Dalam hati Nik rasa serba salah pulak dengan Narra.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience