Bab 7

Romance Completed 10239

Hari demi hari berlalu.Kini sudah sebulan tujuh belas hari Dian dan Rafiq menjalin cinta.Namun Narra dan Naila pelik dengan sikap Rafiq kerana jika tidak ada Narra ketika mereka hendak berdua maka pertemuan mereka dibatalkan.Sepanjang masa Narra merasakan Dian hanya dipergunakan.Entahlah mungkin perasaan aku je kot?

"Hai Narra ." ujar Rafiq mengambil tempat di sebelah Narra.Narra pelik.Kenapa dengan mamat ni.Awek dia ni mana?

"Hai.Dian mana ?" tanyaku memandang ke sekeliling.Dia sibuk mengusap rambutnya.Yak!acah macho.Perasan handsome ah nih?

"Oh dia , dia ada kerja kat pss." ujar Rafiq ringkas.

"Oh.. kenapa tak teman Dian?" tanya Narra ingin Rafiq beredar.Ingin menduga Rafiq.

"Taknaklah.Bosan.Dia asyik dengan buku buku buku dan buku.Saya tak suka Dian.Saya suka awak ,Narra." ujar Rafiq tiba-tiba sambil meraih tanganku.Yaa apa jadi kalau Dian nampak nih!! apa benda nih??

"Ey apa awak nih Rafiq lepaslah." ujar Narra separuh menjerit.Haram tau erghh!

"Narra.Rafiq awak berdua buat apa nih ?"tanya Dian setelah melihat aksi Narra dan Rafiq.Rafiq berhenti meraih tangan Narra.Terus berubah gelagat Rafiq.Bagai naif yang ugh tidak pernah buat salah.Dasar laki psiko!

" Dian.Awak jangan salah faham.Narra nih yang salah.Dia pujuk saya supaya tinggalkan awak.Dia kata dia sukakan saya."tipu Rafiq menutupi kesalahannya.Dian memandang Narra dengan jelingan.Sampai hati awak Narra?

"Awak Narra.."ujar Dian kesal.Narra selama ini dianggap bff tapi ditikam belakang.Menitis air mata mereka berdua.Hubungan persahabatan yang terjalin hancur begitu saja..Ya Allah..

" Kau jantan.."marah Narra .Rafiq telah menaburkan fitnah terhadapnya.

" Saya tak salah Dian.Dia yang tipu awak.Dia gunakan awak je.Saya takkan rosakkan hubungan kita sebab dia ni je."ujar ku mempertahankan diri.Berusaha untuk mempertahankan diri.Namun Dian..

"Sudahlah Narra.Awak jangan putar belitkan cerita.Kita dah takde apa-apa dah lepas ni.Anggap je saya tak pernah kenal awak sebelum nih."ujar Dian memutuskan persahabatan kami .Dian dan Rafiq meninggalkanku di kantin berseorangan.

" Dian.."ujar Narra menangis.Aku tak salah..Aku tak pernah buat apa-apa.Siap kau Rafiq!!You'll get what you give.Aku tak desperate lah nak kau..Sanggup kau buat camni kat aku Rafiq...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience