Bab 2

Romance Completed 10239

Tiba di counter 7 Eleven Nik menggapai sebungkus coklat bar 'Cadbury'.Zul memandangnya pelik.Sejak bila dia makan coklat nih?

"Kau sihat tak Nik?Sejak bila kau mula makan coklat.Bukan kau kata coklat ni buat badan kau tak sado ke?" tanya Zul.Badan Nik memang sedikit lain dengan Zul kerana selalu ke gim membina badan.

"Ahh biasalah sekali-sekala." balasnya sambil membuat pembayaran untuk roti dan air hundredplusnya.Dia turut membeli makanan untuk rakannya yang lain.

"Yelah.Cepat sikit.Yang lain dah tunggu tuh."tegur Zul.Kemudian mereka berlari ke taman berdekatan.Mereka akan bermain futsal di siang hari.

Tibanya masa rehat sudah pun jam 6 lebih.Mereka menjamu roti dan air yang dibeli Nik.Nik pula ke tandas dahulu untuk membasuh muka.Sememangnya pembersih mamat nih!

Nik sudah mengasingkan makanannya terlebih dahulu.Tiba di sana, dia berlari dan menolak badan Khairul.Dadanya kelihatan tidak stabil dan tidak duduk diam.

" Kau dah kenapa Nik?" ujar Khairul bangun daripada jatuhnya.Yang lain pun terkejut terutamanya Zul,teman baiknya.Apa hal dengan dia nih??

"Yang kau makan coklat tuh kenapa bodoh?!!" pekik Nik.Dadanya turun naik menahan marah.

"Lah kenapa ? Kau belikan untuk kitorang kan?Coklat ni memang ada dalam plastik."marah Khairul.Yang lain cuba menahan mereka daripada berlaga.Masing-masing memegang badan Nik dan Khairul.

" Hish..Tu bukan untuk koranglah.Sial lah."Nik bagai separuh sedar.Dia berlari ke arah begnya dan beredar tanpa memberitahu apa-apa.Khairul dan yang lain ditinggalkan begitu saja.Tidak lama Nik hilang dari pandangan.

"Nik." panggil Zul namun tidak bersahut.Kenapa dengan Nik ni.Sejak balik dari bercuti kat oversea dia jadi lain.Pasal coklat je dia nak gaduh ngan teman sefutsal dia sejak darjah 6.

"Sabar Rul.Dia penat lah tu.Sabar sabar.Kawan kita tu.Kau okay je kan bro ?"yang lain bertanya dan menenangkan dirinya.Khairul hanya tersenyum nipis namun dalam diam menahan ego membara terhadap Nik.Bodoh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience