"Narra japlah!" panggil Nik.Narra mengabaikannya berpura pura tidak dengar dan segera berlari masuk ke dalam lif.Menuju ke kawasan event tadi.
Tingkat lima ditekan.Kelihatan Nik sedang berlari.Aduh cepatlah tutup lif ni pun..
Narra semakin resah apabila Nik mempercepatkan langkah.Namun lega apabila pintu lif mulai tutup.
"Abang Nik!" jerit Narra.Nasib baik hanya dia seorang ketika itu.Segera butang buka ditekan.Berlalu keluar dari lif.
"Kenapa Abang Nik buat camni.Kalau jadi apa apa macam mana" marah Narra.Tangan Nik yang tadi tersepit di antara pintu lif disentuh.Kelihatan wajah Narra cemas.
Nik tersenyum dalam hati.Suka benar dengan keadaan mereka berdua tika itu.Namun wajahnya di luar masam mencuka.
Pertanyaan Narra tidak dijawab dan mata Nik langsung tidak dialihkan dari memandang tangannya yang agak sakit.
"Abang Nik jawablah Narra tanya.." ujar Narra lagi.Berusaha meraih tangan Nik.Namun Nik menepis.
"Abang Nik nak balik.Narra ada hal kan.Pergilah.Bukannya Abang Nik penting sampai nak tangguhkan hal tuh." ujar Nik merajuk dengan Narra.Lebih kepada ingin menguji perasaan Narra sebenarnya.Nik berusaha untuk berdiri namun cepat sahaja tangan Narra memeluk Nik membantunya bangun.
"Narra balik boleh tak?Abang Nik tak perlu pun kena tolong."marah Nik.Narra yang terkesan dengan bicara Nik berusaha untuk tidak mengalirkan air mata.
" Narra mintak maaf."ucap Narra dengan suara yang penuh emosi.Kedengaran sebak namun Nik membiarkan.
"Dahlah tuh Narra, Abang Nik dah penat.Kejar kejar tapi tak dapat apa.Abang Nik balik dulu."ujar Nik mulai berlalu.Kedengaran tangis Narra memenuhi ruang.Kemudian Narra berlari dari situ.
Nik menoleh.Siapa yang nak pergi sebenarnya nih?Aku ke dia?
" I dont like seeing you cry but its just the only way to see if you love me or not, Narra.."bisik Nik.Kemudian bergegas mencari Narra.Tak terniat pun untuk menyakitkan hati Narra.Seluruh kawasan diteroka mencari kelibat budak kecik tuh.Tak jumpa-jumpa.
Share this novel